Teruskan Saman Saya Ada Bukti Kata Rafizi Kepada Tuan Ibrahim




 Saya mengesahkan telah menerima satu Surat Tuntutan (“Demand Letter”) dari Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kenyataan-kenyataan saya yang mendedahkan pelantikan Mangkubumi Sdn Bhd dalam beberapa projek besar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
Untuk makluman orang ramai, menghantar Surat Tuntutan bukanlah bermakna tindakan saman telah diambil. Secara umumnya, satu pihak menghantar Surat Tuntutan ke satu pihak yang lain untuk mendapat penjelasan dan memaklumkan hasrat pihak itu untuk mengambil tindakan saman sekiranya tuntutan-tuntutan tidak dipenuhi.
Tindakan saman hanya bermula apabila saman itu difailkan di mahkamah.
Pengalaman saya selama ini menunjukkan hanya separuh dari surat-surat tuntutan yang dihantar kepada saya berakhir dengan tindakan saman. Surat-surat tuntutan dari 1MDB contohnya tidak pernah berakhir dengan tindakan saman.
Oleh itu, selepas peguam-peguam saya menjawab Surat Tuntutan dalam tempoh seminggu ini, saya berharap Tuan Ibrahim Tuan Man meneruskan niatnya untuk menyaman saya di mahkamah. Saya tidak mahu Surat Tuntutan yang dihantar semalam menjadi alat kempen semata-mata dalam tempoh berbaki kempen PRU15, tetapi selepas itu ia tidak berakhir dengan saman di mahkamah.
Saya mahu ke mahkamah kerana saya ada bukti yang kukuh mengenai pendedahan saya itu.
Sejak saya membawa isu ini ke pengetahuan umum pada hari Isnin lalu, reaksi tidak rasmi dan kenyataan rasmi Tuan Ibrahim Tuan Man cuba memberi gambaran berikut:
• Bahawa isu yang saya bawa (iaitu projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 akan diberikan secara rundingan terus pada harga RM2 bilion kepada Mangkubumi Sdn Bhd) adalah rekaan dan palsu
• Kenyataan saya bahawa proses untuk melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus telah dan sedang berlaku adalah palsu
• Bahawa Tuan Ibrahim Tuan Man tidak tahu apa-apa mengenai keputusan untuk melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus bagi sebuah projek yang sebegitu besar
Oleh itu, hari ini saya tampil menunjukkan bukti kukuh bahawa projek tebatan banjir Kuala Langat Fasa 2 berjumlah RM2 bilion ini sebenarnya telah pun diluluskan secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn Bhd.
Saya sertakan petikan surat dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir. Dr Zaini Ujang bertarikh 7 Oktober 2022 dengan nombor rujukan MOF.BPK(5)600-15/59/206(4) yang bertajuk “PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI LANGAT FASA 2, SELANGOR”.
Saya petik kandungan surat tersebut di perenggan 2 untuk manfaat rakyat Malaysia:
“2. Dimaklumkan bahawa YB Menteri Kewangan telah bersetuju meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor dilaksanakan secara rundingan terus dengan syarikat Mangkubumi Sdn. Bhd. (MSB).”
Keputusan ini juga merujuk kepada surat dari Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai projek ini yang bertarikh 16 Ogos 2022.
Surat dari Kementerian Kewangan ini dikeluarkan pada 7 Oktober 2022 iaitu pada hari pembentangan bajet yang lepas. Secara logiknya, tumpuan keseluruhan kerajaan, Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan pada hari ini ialah pembentangan bajet.
Sebaliknya, surat ini dikeluarkan juga pada tarikh itu memandangkan menteri-menteri telah pun tahu bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari Isnin, 10 Oktober 2022.
Sebab itu saya katakan bahawa projek sebesar ini telah dipercepatkan keputusannya supaya kelulusan diberikan sebelum PRU15.
Lazimnya, apabila keputusan sebesar ini yang melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air telah diputuskan di peringkat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, walaupun surat pemakluman keputusan adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha KASA, sudah tentu KSU KASA telah pun memberi taklimat dan memaklumkan Menteri KASA sejurus selepas 7 Oktober 2022.
Sebab itu saya kecewa dengan reaksi Tuan Ibrahim Tuan Man dan kepimpinan PAS yang cuba memberi gambaran mereka tidak tahu apa-apa. Malah, kempen PAS telah bertumpu sepenuhnya kepada menyerang peribadi saya untuk mengalihkan perhatian bahawa logiknya Tuan Ibrahim Tuan Man TAHU memang projek berjumlah RM2 bilion ini telah pun diluluskan oleh kerajaan untuk tindakan beliau sebagai Menteri KASA.
Saya juga akan menumpukan perhatian kepada tanggungjawab Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Kewangan yang meluluskan projek-projek rundingan terus seperti ini dalam sidang media yang akan datang.
Buat masa ini, saya berharap Tuan Ibrahim Tuan Man tidak berselindung di sebalik satu Surat Tuntutan untuk mencuci tangan dari tanggungjawab beliau mengenai projek ini.
Sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan dalam tempoh 10 hari dari sekarang, saya berhasrat untuk membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa mengenai peranan Ismail Sabri Yaakob, Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai peranan, fungsi dan keterlibatan mereka dalam kes ini untuk disiasat sepenuhnya oleh pihak-pihak berkuasa.
Walaupun Tuan Ibrahim sebelum ini mencabar saya untuk membuat laporan SPRM, saya berharap beliau bersabar kerana sudah tentu laporan SPRM akan dibuat sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat.
RAFIZI RAMLI
Timbalan Presiden PKR
11 November 2022.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/teruskan-saman-saya-ada-bukti-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saman La Tuan Ibrahim Saya Ada Bukti Kukoh Jumpa Dimahlkamah Ra

Saman La Tuan Ibrahim Saya Ada Bukti Kukoh Jumpa Dimahlkamah Ra

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 109 hits
Rafizi Ramli mencabar supaya beliau disaman dan berjanji akan mendedahkan lebih banyak bukti dakwaan beliau tentang skandal RM2 0 Billion Tebatan banjir yang didakwanya dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man Rafizi menda...
Go Ahead Sue Me Rafizi Tells Tuan Ibrahim

Go Ahead Sue Me Rafizi Tells Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 91 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Panas Tuan Ibrahim Pucat Gigi Rafizi Tunggu Di Mahkamah

Panas Tuan Ibrahim Pucat Gigi Rafizi Tunggu Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 95 hits
KERAJAAN BN PN BERSETUJU MELANTIK MANGKUBUMI BAGI PROJEK TEBATAN BANJIR RM2 BILION SECARA RUNDINGAN TERUS Saya mengesahkan telah menerima satu Surat Tuntutan dari Tuan Ibrahim berhubung kenyataan kenyataan saya yang mendedahkan pelantikan M...
Tuan Ibrahim Tuntut Rafizi Mohon Maaf Dalam Tempoh 7 Hari

Tuan Ibrahim Tuntut Rafizi Mohon Maaf Dalam Tempoh 7 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 140 hits
Malaysiakini Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan tempoh tujuh hari kepada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk memohon maaf dan mencadangkan jumlah ganti rugi kepadanya Tuntutan itu dibuat setelah Rafizi didakwa memfi...
Tak Cerdik Rafizi Ni Tuan Ibrahim Cabar Rafizi Lapor Sprm Usah Cari Publisiti Murahan

Tak Cerdik Rafizi Ni Tuan Ibrahim Cabar Rafizi Lapor Sprm Usah Cari Publisiti Murahan

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 225 hits
Tuan Ibrahim cabar Rafizi lapor SPRM usah cari publisiti murahanMenteri Alam Sekitar dan Air kerajaan sementara Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man 102SharesMenteri Alam Sekitar dan Air kerajaan sementara Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menca...
Rafizi Dakwa Tuan Ibrahim Gagal Jawab Isu Sungai Langat 2 Bernilai Rm2 Bilion

Rafizi Dakwa Tuan Ibrahim Gagal Jawab Isu Sungai Langat 2 Bernilai Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 115 hits
nbsp PETALING JAYA PKR menempelak Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man gagal menjawab isu yang dibangkitkan berhubung penganugerahan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion Timbalan Presi...
Rafizi Cabar Menteri Pas Teruskan Saman Di Mahkamah

Rafizi Cabar Menteri Pas Teruskan Saman Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 97 hits
Susulan surat tuntutan Tuan Ibrahim Saya ada bukti kukuh harap teruskan saman di mahkamah bukan sekadar modal kempen AYHAN FERHATSusulan surat tuntutan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada Rafizi Ramli berhubung projek tebatan banjir hari ini...
Tuan Ibrahim Sah Calon Mb Pahang Muhyiddin

Tuan Ibrahim Sah Calon Mb Pahang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 168 hits
PAGOH 8211 Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bakal dilantik menjadi Menteri Besar Pahang sekiranya Perikatan Nasional berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 15 Perkara itu disahkan oleh Pengerusi PN Ta
Kkb Polls Go Out To Vote With Peace Of Mind As Safety Assured Says Selangor Police

Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Bnm Fines Habib Jewels Rm96 250 For Anti Money Laundering Breach

Business Community Heaves Sigh Of Relief At Stable Opr

Pharmaniaga Komited Pulih Kewangan Keluar Status Pn17

Are Malaysian Consumers Missing The Target In Anti Israel Boycotts Of Western Brands

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Faedah Sirah Nabi Perang Bani Quraizhah Dan Pelajaran Di Dalamnya

Zim Zim Ala Kazim

Dalia Farhana Curang Chord

Cara Hilangkan Migrain

Untonglah Menantu Zahid Hamidi Dilantik Pengerusi Jiankun

Mad Science A Harley Sportster Grand Prix Racer By A Nuclear Chemist