Panas Tuan Ibrahim Pucat Gigi Rafizi Tunggu Di Mahkamah




KERAJAAN BN/PN BERSETUJU MELANTIK MANGKUBUMI BAGI PROJEK TEBATAN BANJIR RM2 BILION SECARA RUNDINGAN TERUS.
Saya mengesahkan telah menerima satu Surat Tuntutan (“Demand Letter”) dari Tuan Ibrahim berhubung kenyataan-kenyataan saya yang mendedahkan pelantikan Mangkubumi Sdn Bhd dalam beberapa projek besar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air Untuk makluman orang ramai, menghantar Surat Tuntutan bukanlah bermakna tindakan saman telah diambil. Secara umumnya, satu pihak menghantar Surat Tuntutan ke satu pihak yang lain untuk mendapat penjelasan dan memaklumkan hasrat pihak itu untuk mengambil tindakan saman sekiranya tuntutan-tuntutan tidak dipenuhi. Tindakan saman hanya bermula apabila saman itu difailkan di mahkamah. Pengalaman saya selama ini menunjukkan hanya separuh dari surat-surat tuntutan yang dihantar kepada saya berakhir dengan tindakan saman. Oleh itu, selepas peguam-peguam saya menjawab Surat Tuntutan dalam tempoh seminggu ini, saya berharap Tuan Ibrahim meneruskan niatnya untuk menyaman saya di mahkamah. Saya tidak mahu Surat Tuntutan yang dihantar semalam menjadi alat kempen semata-mata dalam tempoh berbaki kempen PRU15, tetapi selepas itu ia tidak berakhir dengan saman di mahkamah. Saya mahu ke mahkamah kerana saya ada bukti yang kukuh mengenai pendedahan saya itu. Sejak saya membawa isu ini ke pengetahuan umum pada hari Isnin lalu, reaksi tidak rasmi dan kenyataan rasmi Tuan Ibrahim cuba memberi gambaran berikut: • Bahawa isu yang saya bawa (iaitu projek tebatan banjir Sungai Langat Fasa 2 akan diberikan secara rundingan terus pada harga RM2 bilion kepada Mangkubumi Sdn Bhd) adalah rekaan dan palsu • Kenyataan saya bahawa proses untuk melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus telah dan sedang berlaku adalah palsu • Bahawa Tuan Ibrahim tidak tahu apa-apa mengenai keputusan untuk melantik Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus bagi sebuah projek yang sebegitu besar Oleh itu, hari ini saya tampil menunjukkan bukti kukuh bahawa projek tebatan banjir Kuala Langat Fasa 2 berjumlah RM2 bilion ini sebenarnya telah pun diluluskan secara rundingan terus kepada Mangkubumi Sdn Bhd. Saya sertakan petikan surat dari Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Dr Zaini Ujang bertarikh 7 Oktober 2022 dengan nombor rujukan MOF.BPK(5)600-15/59/206(4) yang bertajuk “PROJEK RANCANGAN TEBATAN BANJIR SUNGAI LANGAT FASA 2, SELANGOR”. Saya petik kandungan surat tersebut di perenggan 2 untuk manfaat rakyat Malaysia: “2. Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju meluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor dilaksanakan secara rundingan terus dengan syarikat Mangkubumi Sdn. Bhd. (MSB).” Keputusan ini juga merujuk kepada surat dari Perdana Menteri, Ismail Sabri mengenai projek ini yang bertarikh 16 Ogos 2022. Surat dari Kementerian Kewangan ini dikeluarkan pada 7 Oktober 2022 iaitu pada hari pembentangan bajet yang lepas. Secara logiknya, tumpuan keseluruhan kerajaan, Menteri Kewangan dan Kementerian Kewangan pada hari ini ialah pembentangan bajet. Sebaliknya, surat ini dikeluarkan juga pada tarikh itu memandangkan menteri-menteri telah pun tahu bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari Isnin, 10 Oktober 2022. Sebab itu saya katakan bahawa projek sebesar ini telah dipercepatkan keputusannya supaya kelulusan diberikan sebelum PRU15. Lazimnya, apabila keputusan sebesar ini yang melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air telah diputuskan di peringkat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, walaupun surat pemakluman keputusan adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha KASA, sudah tentu KSU KASA telah pun memberi taklimat dan memaklumkan Menteri KASA sejurus selepas 7 Oktober 2022. Sebab itu saya kecewa dengan reaksi Tuan Ibrahim dan kepimpinan PAS yang cuba memberi gambaran mereka tidak tahu apa-apa. Malah, kempen PAS telah bertumpu sepenuhnya kepada menyerang peribadi saya untuk mengalihkan perhatian bahawa logiknya Tuan Ibrahim TAHU memang projek berjumlah RM2 bilion ini telah pun diluluskan oleh kerajaan untuk tindakan beliau sebagai Menteri KASA. Saya juga akan menumpukan perhatian kepada tanggungjawab Tengku Zafrul sebagai Menteri Kewangan yang meluluskan projek-projek rundingan terus seperti ini dalam sidang media yang akan datang. Buat masa ini, saya berharap Tuan Ibrahim tidak berselindung di sebalik satu Surat Tuntutan untuk mencuci tangan dari tanggungjawab beliau mengenai projek ini. Sekiranya PH membentuk kerajaan saya berhasrat untuk membuat laporan kepada pihak-pihak berkuasa mengenai peranan Ismail Sabri Yaakob, Tengku Zafrul dan Tuan Ibrahim mengenai peranan, fungsi dan keterlibatan mereka dalam kes ini untuk disiasat sepenuhnya oleh pihak-pihak berkuasa. Saya berharap beliau bersabar kerana sudah tentu laporan SPRM akan dibuat sekiranya PH membentuk kerajaan persekutuan dalam masa terdekat.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/panas-tuan-ibrahim-pucat-gigi-rafizi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Dakwa Tuan Ibrahim Gagal Jawab Isu Sungai Langat 2 Bernilai Rm2 Bilion

Rafizi Dakwa Tuan Ibrahim Gagal Jawab Isu Sungai Langat 2 Bernilai Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 112 hits
nbsp PETALING JAYA PKR menempelak Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man gagal menjawab isu yang dibangkitkan berhubung penganugerahan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion Timbalan Presi...
Go Ahead Sue Me Rafizi Tells Tuan Ibrahim

Go Ahead Sue Me Rafizi Tells Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 86 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Teruskan Saman Saya Ada Bukti Kata Rafizi Kepada Tuan Ibrahim

Teruskan Saman Saya Ada Bukti Kata Rafizi Kepada Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 106 hits
Saya mengesahkan telah menerima satu Surat Tuntutan dari Dato Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung kenyataan kenyataan saya yang mendedahkan pelantikan Mangkubumi Sdn Bhd dalam beberapa projek besar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air...
Tuan Ibrahim Tuntut Rafizi Mohon Maaf Dalam Tempoh 7 Hari

Tuan Ibrahim Tuntut Rafizi Mohon Maaf Dalam Tempoh 7 Hari

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 137 hits
Malaysiakini Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan tempoh tujuh hari kepada Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli untuk memohon maaf dan mencadangkan jumlah ganti rugi kepadanya Tuntutan itu dibuat setelah Rafizi didakwa memfi...
Tak Cerdik Rafizi Ni Tuan Ibrahim Cabar Rafizi Lapor Sprm Usah Cari Publisiti Murahan

Tak Cerdik Rafizi Ni Tuan Ibrahim Cabar Rafizi Lapor Sprm Usah Cari Publisiti Murahan

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 222 hits
Tuan Ibrahim cabar Rafizi lapor SPRM usah cari publisiti murahanMenteri Alam Sekitar dan Air kerajaan sementara Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man 102SharesMenteri Alam Sekitar dan Air kerajaan sementara Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menca...
Tuan Ibrahim Mulakan Saman Fitnah Terhadap Rafizi

Tuan Ibrahim Mulakan Saman Fitnah Terhadap Rafizi

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 69 hits
Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan dia telah memulakan proses saman fitnah terhadap Rafizi Ramli berhubung dakwaan timbalan presiden PKR itu berkaitan projek tebatan banjir oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air
Pagi Ini Sprm Panggil Pagi Ini Juga Sampai Tuan Ibrahim

Pagi Ini Sprm Panggil Pagi Ini Juga Sampai Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 74 hits
MENTERI Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu proses pemberian projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion Beliau berkata tiada apa yang perlu...
Saman La Tuan Ibrahim Saya Ada Bukti Kukoh Jumpa Dimahlkamah Ra

Saman La Tuan Ibrahim Saya Ada Bukti Kukoh Jumpa Dimahlkamah Ra

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 106 hits
Rafizi Ramli mencabar supaya beliau disaman dan berjanji akan mendedahkan lebih banyak bukti dakwaan beliau tentang skandal RM2 0 Billion Tebatan banjir yang didakwanya dilakukan oleh Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man Rafizi menda...
More People Are Questioning Why The Official Silence On Akmal

Samsung Galaxy A55 5g A New Chapter In The A Series Legacy

Oh Dear From Socks To Shoes And Now Floor Mats With Portrayals Resembling Kaaba

Shots Fired At Klia 1 One Hurt Manhunt On For Shooter On The Run

Ev Jenama Cina Tetap Menjadi Pilihan Utama Dengan Jualan Meningkat 26 4 Dalam Kuartal Pertama

China Plus One Nine Opportunities Yet Challenges For Malaysia To Derive Maximum Benefits

Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang Dibincang Rabu Depan Kata Fadillah

The 3rs Are An Instrument Of Tyranny For Malaysia



10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Terbaru Best Di Platform Online Netflix Malaysia 2024 Mesti Tonton

Resepi Biskut Coklat Rice Paling Tak Banyak Bahan dan Senang Ingat


Poster Hari Raya Muat Turun Percuma

Madykit Biar Aku Tidur Dulu Chord

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam Dan Sektor Swasta Dan Penerangan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Tetamu Pagi

Petang Raya Malam Raya Kami

Hiburan Saya Tak Tahu Menahu Pasal Ni Umisya Dedah Dah Lama Tak Berhubung Dengan Marissa Anggap Hantaran Ig Tanda Rindu