Terus Siasat Dakwa Walaupun Setelah Minta Ampun










Terus siasat, dakwa walaupun setelah minta ampun
Mac 6, 2024 


Bukan sekali dua kita menyaksikan insiden pemimpin parti politik mengeluarkan kenyataan melampaui batas, termasuk terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Sultan, tetapi kemudian menarik balik dan memohon ampun. Mereka seolah-olah tidak memahami peribahasa 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya' biarpun sudah sebati dalam adat bangsa dan adab agama.


Terbaharu, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengutuskan warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas mengeluarkan kenyataan ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Raja-Raja Melayu. Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan Abdul Hadi itu yang turut disiasat polis berhubung tulisannya, 'Ketinggian Islam Wajib Dipertahankan'.


*Di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengakui kekhilafan kenyataannya pada minggu lalu mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalahguna kuasa dan memohon maaf jika kenyataan dikeluarkannya menyentuh Yang di-Pertuan Agong. Susulan kenyataan itu, Wan Saiful terlepas daripada usul menggantung kehadiran Sidang Dewan Rakyat apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik, sebelum dipersetujui Speaker, Tan Sri Johari Abdul.*


Walaupun tiada manusia tidak melakukan kesalahan, kita mengingatkan ahli politik, termasuk Ahli Parlimen sepatutnya menunjukkan teladan, terutama dalam adab dan etika dengan Yang di-Pertuan Agong serta Sultan. Bukankah semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara perlu mengangkat sumpah termasuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya dengan institusi diraja termaktub secara jelas?


Hakikatnya, ahli politik terutama pemimpin parti tidak boleh menjatuhkan kedudukan mereka setaraf orang biasa seperti pempengaruh mudah-mudah memuat naik kandungan media sosial melampaui batas, tetapi kemudian meminta maaf. Mereka sepatutnya menunjukkan adab, etika dan integriti lebih tinggi daripada masyarakat umum termasuk kepada pemimpin bawahan dan ahli parti pada peringkat akar umbi kerana kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari.


Justeru, kita meminta Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menelaah tulisan pakar Perlembagaan, Prof Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain tersiar di Muka 10 hari ini menjelaskan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sama sekali berlainan dengan konsep Westminster di United Kingdom (UK). Jika ada perbezaan pandangan sekalipun, ia perlu disampaikan kepada baginda secara beradab kerana digariskan dalam Perlembagaan melalui amalan adat bangsa.


Di sebalik permohonan maaf itu, kita meminta polis meneruskan siasatan seperti dilakukan kepada Menteri Besar Kedah sebelum ini yang walaupun meminta ampun, perlu berdepan dengan implikasi undang-undang. Ini kerana penyiasatan dan pendakwaan jika ada kes perlu dijalankan bukan sahaja set keadilan sama perlu dikenakan kepada semua tanpa mengira sama ada pemimpin politik mahupun orang biasa, bahkan sebagai pengajaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan melampaui batas terutama kepada institusi diraja.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/03/1220080/terus-siasat-dakwa-walaupun-setelah-minta-ampun






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/terus-siasat-dakwa-walaupun-setelah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafidah Dakwa Hantarannya Di Facebook Disekat

Rafidah Dakwa Hantarannya Di Facebook Disekat

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 270 hits
malaysiakini comBekas menteri Rafidah Aziz mendakwa media sosialnya ditapis selepas salah satu catatan Facebooknya mengenai layanan terhadap pesara kerajaan di Institut Jantung Negara disekat daripada khalayak di Malaysia Menurutnya dia dim...
Hiburan Noah Dah Nak Ada Adik Bcl Sedang Rehearsal Lagu Netizen Dakwa Nampak Baby Bump

Hiburan Noah Dah Nak Ada Adik Bcl Sedang Rehearsal Lagu Netizen Dakwa Nampak Baby Bump

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 335 hits
Sebelum ini selebriti terkenal Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari atau mesra dikenali sebagai BCL berkata dirinya enggan lagi hamil kerana bimbang akan kesihatan lagi disebabkan faktor umur Netizen nampak baby bump Melalui video terbaru ya...
Padu Tak Mesra Rakyat Dakwa Ahli Parlimen Tanjung Piai

Padu Tak Mesra Rakyat Dakwa Ahli Parlimen Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 298 hits
Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng berkata pendaftaran Padu boleh dikatakan agak leceh KUALA LUMPUR Seorang Ahli Parlimen kerajaan mendakwa laman sesawang pendaftaran Pangkalan Data Pusat tidak mesra pengguna yang mungkin menyebabkan ...
Parlimen Wan Saiful Dakwa Ditawar Rm1 7j Sokong Anwar

Parlimen Wan Saiful Dakwa Ditawar Rm1 7j Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 217 hits
KUALA LUMPUR Seorang ahli Parlimen pembangkang mendakwa beberapa kali diajak malah ditawar RM1 7 juta peruntukan kawasan supaya mengalihkan sokongannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Sa...
Pembangkang Belasah Speaker Anwar Dakwa Kerana Dendam Kesumat

Pembangkang Belasah Speaker Anwar Dakwa Kerana Dendam Kesumat

papar berkaitan - pada 27/2/2024 - jumlah : 273 hits
Ahli parlimen pembangkang petang ini keluar dari Dewan Rakyat sebagai protes terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyampaikan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebagai Yang di Pertuan Agong ke 17 negara pada sebel...
Delulu Sangat Ni Kak Wanita Dakwa Dic Bul 50 Lelaki Melayu Sepanjang 30 Minit Berjalan Di Kl

Delulu Sangat Ni Kak Wanita Dakwa Dic Bul 50 Lelaki Melayu Sepanjang 30 Minit Berjalan Di Kl

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 239 hits
Seorang wanita warganegara Amerika telah mencetuskan perdebatan netizen di media sosial apabila dia mendakwa telah dicabul 50 orang lelaki Melayu ketika berada di Kuala Lumpur Malaysia Wanita berkenaan yang juga bergelar wartawan dilaporkan...
Ruhainies Amp Aliff Aziz Mohon Maaf Dakwa Situasi Sebenar Ditokok Tambah

Ruhainies Amp Aliff Aziz Mohon Maaf Dakwa Situasi Sebenar Ditokok Tambah

papar berkaitan - pada 10/3/2024 - jumlah : 165 hits
Pelakon Aliff Aziz dan rakan gandingan Ruhainies mohon maaf berhubung dakwaan ditangkap khalwat di ibu negara awal pagi Sabtu Aliff Aziz mohon maaf dakwa situasi sebenar ditokok tambah Melalui hantaran Instagram Story pemilik nama Mohammad
Wan Rosdy Dakwa Penceroboh Tanah Haram Di Cameron Highlands Yang Gangster Bukan Beliau

Wan Rosdy Dakwa Penceroboh Tanah Haram Di Cameron Highlands Yang Gangster Bukan Beliau

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 291 hits
KUANTAN Tidak mengapa biarlah netizen menilai dia seorang je cakap orang lain tak cakap pun Saya tak gengster kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Menurutnya para netizen berhak menilai dan mengukur keperibadian beliau ...
Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjaya Virtual Assistant Flexi Dan Menguntungkan Untuk Newbie Yang Nak Mula

Sufian Suhaimi Kembali Bersama Bekas Kekasih Rancang Kahwin Tahun Ini Saya Rasa Dah Wajib

Orient Raikan 75 Tahun Dengan Model Mako Terhad Warna Baru Untuk Mako 40

Individu Malaysia Laporkan Palsu Kena Rompak Untuk Elak Denda Hilang Ic Lagi

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Ini Sebenarnya Serangan Di Kashmir Berlaku