Terus Aktif Bersama Nu Prep



Terus Aktif Bersama Nu-Prep! | Assalammualaikum semua! Pada 28 Ogos 2021 semalam, Ruby telah menonton FB LIVE di akaun facebook Nu-Prep. Topiknya adalah "Senior #TERUSAKTIF Berpandukan Sains". Di dalam sesi Digital Forum tersebut dihoskan oleh Fahrin Ahmad, selebriti popular tanah air, telah disertai oleh panel-panel yang terdiri daripada pakar kajian isu penuaan antaranya Professor Madya Dr. Noorlaili, Pakar Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan & Felo H-Care, Dr. Norman Norawi, Pakar Gaya Hidup Sihat dan Pemakanan serta Esma Daniel, pelakon terkenal tanah air yang membuat perkongsian tentang pengalaman beliau mengamalkan kehidupan yang terus aktif di usia yang telahpun mencecah 50 tahun

Terus Aktif Bersama Nu-Prep!
Sering kali Ruby lihat, apabila seseorang meningkat usia, mereka masih berasa keadaan fizikal mereka masih sama seperti waktu muda dahulu. Ada yang masih belum sedar keadaan semasa. "Midlife Crisis" atau krisis pertengahan umur adalah peralihan identiti dan keyakinan diri yang boleh berlaku pada individu pertengahan umur.  Mungkin bagi para wanita, kita akan mula sedar usia meningkat apabila kulit wajah mula menunjukkan tanda garis halus. Manakala bagi para lelaki, mungkin akan mula sedar usia meningkat apabila penampakan beberapa helai uban di rambut.

Prof Madya Dr Noolaili Mohd Tohir Bimbang Statistik Warga Senior Masyarakat Malaysia Seawal usia 30-an, hormon kita semakin berkurang. Keadaan pandemik COVID-19 yang sedang membimbangkan membuatkan ramai membeli suplimen jenis Vitamin C sahaja sedangkan kita perlu penjagaan kesihatan menyeluruh. Di Malaysia, walaupun kita mempunyai kepelbagaian makanan, tetapi kita juga tergolong dalam kes kekurangan nutrisi iaitu Kurang Zat Makanan (KZM) dikalangan warga senior. Ini kerana, Warga senior bergantung kepada ehsan anak-anak untuk menjaga mereka. 40% dari warga senior berisiko mengalami masalah pemakanan disebabkan anak-anak yang menyediakan keperluan mereka. Anak bukan sahaja perlu menyediakan suplemen, pemantauan pemakanan yang sihat dan turut sertai amalkan gaya hidup sihat juga perlu. Warga senior B40, tiada sumber pendapatan tetap setelah pencen. Ada yang masih menanggung anak dan cucu. Ancaman besar sekiranya tidak menangani dengan betul. Situasi keluarga besar ketika waktu makan, nenek dan atuk akan makan slow dan lambat, mereka ingin mendahulukan semua hidangan makanan kepada anak dan cucu.Sedih pula Ruby apabila mengetahui situasi para warga senior di Malaysia. Mereka sangat pendiam untuk memaklumkan jika ada apa-apa masalah. Kita sering dengar para belia merungut kekurangan itu ini. Sedangkan kita masih mempunyai tenaga dan sihat tubuh badan untuk melakukan sesuatu bagimenjana pendapatan. Astaghfirullahalazaim.
Prof juga menyarankan agar warga senior #TerusAktif untuk kekal sihat dan boleh melakukan apa yang disukai bersesuaian dengan keadaan usia dan kesihatan.Lakukan aktiviti senaman kardio fizikal sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau lengkapkan 150 minit seminggu. Sekiranya ada masalah jantung, buah pinggang, kencing manis, anda boleh merujuk doktor untuk saranan senaman yang bersesuaian. Limitasi, kemampuan, kesusaian diri.Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala.Tidur yang mencukupi,  6-8 jam. Pemakanan seimbang.Minum air 2 liter sehari.Perkembangan otak juga penting, mulakan berperingkat. Tidak mengapa jika kita seperti kanak-kanak tadika baru mula bermain game puzzle, sudoku. Membaca buku atau Al-Quran.Mula berjalan-jalan. Set minda bahawa aku sudah berusia, bukan muda lagi. Aku berhak bahagia dengan cara tersendiri.Kombinasi pemakanan, senaman dan kawalan stress yang bagus akan membuatkan anda menghargai kehidupan.
Dr Norman Norawi Mahu Masyarakat Amalkan Pemakanan Seimbang
Hormon Testosteron dan gaya hidup sihat sangat penting untuk mendapatkan waktu usia emas kita lebih bermanfaat. Pergerakan, keseimbangan badan, pergerakan sendi perlu dilakukan supaya otot tidak keras kematu.  
Lakukan apa-apa aktiviti, jangan terlalu banyak duduk. Sapu rumah, jalan keliling rumah, berkebun. Kalau sakit lutut, jangan berjogging.Mengayuh basikal statik di dalam rumah pun boleh.Tidak semestinya, apabila ingin bersukan, anda perlu ke pusat gym.Pemakanan seimbang adalah wajib, tidak faham berkenaan kalori, tidak mengapa. Asalkan ambil makanan kaya antioxidant. Aktiviti harian juga termasuk dalam senaman dan kecergasan. Kenali keadaan diri anda.Kesan suplemen bergantung kepada individu. Amalkan gaya hidup sihat serta suplemen pasti memberi kesan positif.


Esma Daniel Menyarankan Kita Harus Sedar Kebolehan Diri
Pandemik COVID-19 membuatkan banyak masa kita di rumah. Kurang pergerakan, tambahan warga senior pada masa kini tidak berpeluang untuk ke Surau dan Masjid untuk beramal ibadat. Kebiasaannya, inilah waktu buat mereka melakukan senaman ringkas dengan berjalan kaki atau kayuh basikal ke surau atau masjid berdekatan. Kita perlu sedar segera bahawa kita berada di dalam norma baharu. Banyak cara boleh kita lakukan untuk #TerusAktif. 
Apabila ada yang menegur berat badan naik, perut buncit. Kita perlu berfikiran positif dan menganggap ia satu anjakan paradigma untuk kita melakukan senaman. PKP banyak beri tekanan, stress sebab banyak perkara normal kita lakukan secara harian tidak dapat dilaksanakan seperti biasa. Sekurang-kurangnya, dengan senaman, ia dapat membantu mengeluarkan peluh. Meningkatkan adrenalin. Tekanan darah tinggi juga akan menjadi lebih stabil.
Motivasi perlu ada, kita perlu tahu keupayaan badan. Jangan buat senaman seperti orang muda, kenali diri anda. Setelah mengetahui kebolehan diri anda. Anda boleh join kelompok senaman yang bersesuaian. Amalkan secara konsisten mengikut langkah anda. Bersosial dengan golongan yang bersesuaian. 
Sokongan dari keluarga juga penting. Apabila anda kekal sihat dan aktif, ia meningkatkan oksigen optimum dalam darah. Amalkan makanan antioxidant. Sedar kemampuan diri, langkah pelari juga berbeza dengan anda. Jangan terikut-ikut cara orang lain. Kalau denyutan jantung melebihi kemampuan. Ia boleh membahayakan diri. Statistik risiko kematian secara mengejut selepas aktiviti fizikal sangat banyak.
Aktiviti Virtual Run boleh membantu anda untuk sertai larian dengan cara anda. Lakukan pada bila-bila masa mengikut masa yang telah ditetapkan. Selesaikan perlahan-lahan dan jejak langkah anda melalui jam kesihatan atau semudah menggunakan telefon pintar sedia ada. Berlari di dalam rumah menggunakan threadmill juga boleh. 
"Apabila sihat, automatik Handsome!"- Esma Daniel


Digital Forum Di Facebook LIVE "Senior #TERUSAKTIF Berpandukan Sains".Pada mulanya, Ruby agak skeptikal, mesti bosan lah digital forum ini. Tetapi sangkaan Ruby meleset. Sebab hos dan para panel santai-santai berkongsi informasi dan pengalaman. Menjadi tarikan apabila topik ini bertepatan dengan situasi yang sedang berlaku dikalangan masyarakat Malaysia. Semoga program begini diteruskan secara mingguan, agar memberi peluang warga senior, anak-anak untuk ambil tahu situasi semasa. Dalam masa yang sama, kita dapat membantu mengubah persepsi dalam beberapa perkara. 
Lagi pula kandungan ilmiah begini sangat berkurangan pada waktu ini. Mungkin stesen televisyen hampir lupa untuk memperbanyakkan rancangan sebegini ketika pandemik COVID-19. Kita dilambakkan dengan rancangan hiburan, drama bersiri dan filem. Maka, di sinilah Nu-Prep memainkan peranan. Terima kasih Nu-Prep. 
Ruby berasa terkesan dengan statistik Kurang Zat Makan (KZM) dikalangan warga senior yang dimaklumkan oleh Prof. Mereka adalah senior yang penuh dengan pengalaman. Seharusnya, giliran kita yang muda membantu mereka setelah semua pengorbanan yang telah mereka lakukan sepanjang bersama kita. 

Sepanjang sesi, Ruby ada ambil beberapa tips yang amat bermanfaat untuk kita semua. #TerusAktif bukan tertakluk kepada misi ingin kurus atau misi ingin menjayakan sesuatu program. Ia lebih kepada konsisten dan fokus untuk meneruskan gaya hidup sihat sepanjang usia. Iya sepanjang masa! Ramai di antara kita yang mudah berpuas hati. Apabila sihat sedikit, berhenti menjaga kesihatan. 
Apabila sudah turun berat badan, berhenti menjaga pemakanan seimbang. Apabila sudah berusia, selalu berfikir ia adalah waktu untuk tidak berbuat apa-apa. Pada hakikatnya, selagi hayat dikandung badan. Selagi Allah s.w.t memberi usia panjang. Kita perlu #TerusAktif. Terus aktif dan manfaatkan kehidupan.
Tahukah anda, Penyakit Kronik di kalangan Warga Senior mungkin bertambah menjelang 2030? Malaysia kini sedang menuju ke arah ‘Ageing Nation’ kerana populasi warga senior di Malaysia dianggarkan akan bertambah sebanyak 15% menjelang tahun 2030, sekaligus akan meningkatkan jumlah mereka yang berpenyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis & darah tinggi. Fakta ini telah dikongsi ketika berlangsungnya digital forum yang dibawakan oleh Nu-Prep, sebuah jenama suplemen dibawah Biotropics Malaysia Berhad (BMB) bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia yang disambut pada 21 Ogos yang lepas.

https://www.facebook.com/nupreplelaki/videos/402813674518035

Bersempena dengan Hari Warga Emas Sedunia juga, Nu-Prep telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen #TerusAktif dengan hasrat untuk menggalakan warga senior di Malaysia untuk terus aktif dan cergas di usia emas. Forum Digital bertajuk "Senior #TerusAktif Berpandukan Sains" ini membincangkan tentang isu-isu yang sering dialami oleh senior di Malaysia, punca masalah yang dialami dan juga bagaimana kita boleh menyelesaikan atau mengurangkan risiko masalah tersebut

Persepsi Tentang Tongkat Ali Yang Perlu Diubah Oleh Masyarakat MalaysiaKebiasaannya, apabila bercerita tentang Tongkat Ali, pasti ia berkenaan faktor kesuburan kaum lelaki dan seksual. Sebenarnya banyak manfaat Tongkat Ali yang tidak diketahui umum. Ia boleh diamalkan oleh mereka yang belum berkahwin juga. Walaupun anda bujang, bukan bermakna hormon sensual anda meningkat tiba-tiba. Ia akan memberi tenaga untuk anda lakukan rutin dengan lebih cergas. Malah, wanita juga boleh mengamalkan Tongkat Ali. Fahami isi kandungan dan dos yang dibenarkan. Nak lagi mudah? Amalkan Nu-Prep sahaja!


Tongkat Ali adalah herba penjagaan kesihatan untuk semua. Eurycoma longifolia, biasanya dipanggil sebagai tongkat ali atau pasak bumi adalah tanaman berbunga dalam keluarga Simaroubaceae. Ia berasal dari Indochina (Malaysia, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam) dan Indonesia (pulau-pulau Borneo dan Sumatera), juga terdapat di Filipina. Tanaman ini bersaiz sederhana yang tingginya mencapai 10 m (33 kaki), dan sering tidak bercabang. Akar tanaman telah digunakan dalam perubatan masyarakat di rantau Asia Tenggara, dan pada zaman moden ini biasa digunakan sebagai suplemen tambahan.
Tongkat Ali dikenali sebagai Malaysian Ginseng oleh seluruh dunia. Kita sepatutnya bersyukur bumi Malaysia mempunyai ginseng khas untuk kita amalkan. Ruby selalu percaya bahawa, tidak akan ada tumbuhan tumbuh jika tidak bersesuaian dengan faktor cuaca dan iklim. Tongkat Ali untuk Rakyat Malaysia. 
Manfaat Nu-Prep Kepada Kesihatan
Tahukah anda, seawal usia 25 tahun anda boleh mula mengamalkan suplemen Nu-Prep? Dos berbeza diantara lelaki dan wanita. Dos yang disarankan berdasarkan dari kajian klinikal. Tongkat Ali memberi manfaat kepada kesihatan dalaman, meningkatkan stamina dan mengurangkan stress.


Perbezaan suplemen di luar terlalu banyak. Fahami isi kandungan, pastikan ketulenannya dan telah melalui proses kajian klinikal. Ambil suplimen, lebihkan masa rehat dan amalkan gaya hidup sihat. Jangan putus asa. Teruskan bersemangat. Sentiasa berfikiran positif. Terus Aktif. Okay?

Nu-Prep Ada Physta®

Nu-Prep mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti Nu-Prep Lelaki dan Nu-Prep Wanita yang membantu untuk mengekal dan menambah tenaga di dalam badan. Selain mencapai objektif yang sedia ada, kempen oleh Nu-Prep ini juga berhasrat untuk memberi kesedaran kepada warga senior di Malaysia untuk melakukan pengesanan awal bagi mengelakkan penyakit-penyakit yang kerap dialami di usia emas. 
Nu-Prep LELAKI adalah suplemen kesihatan lelaki yang diformulasikan dengan ekstrak akar Tongkat Ali premium (Physta®), ekstrak Tongkat Ali yang larut dalam air tulen di rumah. Setiap kapsul mengandungi bahan aktif standard yang berkesan, terbukti melalui 14 kajian klinikal dan kajian keselamatan, memastikan anda mendapat yang terbaik dengan penggunaan yang berkesan. Physta® dihasilkan melalui pengekstrakan air dan teknologi kering beku AS dan Eropah yang dipatenkan untuk memastikan komponen aktif biologi nilai terapi Tongkat Ali dikekalkan dan dipelihara.
Semua ekstrak asli Eurycoma Longifolia secara klinikal terbukti dapat Meningkatkan Tenaga, Vitaliti & Sistem Imun untuk Lelaki & Wanita.
(Paten US: US 1,132,117 B2, Paten Eropah: EP 1,313,491 B1, Jepun JP, 5607013, B dan Malaysia MY-134867-A).




Dapatkan Nu-Prep Di Farmasi Dan Laman E-Dagang.

Sejajar dengan keadaan semasa, pembelian produk Nu-Prep amat mudah untuk didapati. Anda boleh dapatkan di farmasi Guardian, Watsons dan Caring atau dengan lebih mudah berbelanja dalam talian di laman e-dagang Biotropics Malaysia, Shopee dan Lazada.



BIOTROPICS : https://shop.biotropicsmalaysia.com/
SHOPEE : https://shopee.com.my/nuprepofficial

Mengenai Biotropics Malaysia Berhad

Biotropics Malaysia Berhad (Biotropics) ditubuhkan pada Februari 2007 untuk mengembangkan dan mengkomersialkan sumber daya bio Malaysia menjadi produk kesihatan semula jadi yang unggul. Di Biotropics, kami didorong oleh falsafah kami untuk mengubah pendekatan tradisional semalam untuk kesihatan dan kesejahteraan, menjadi penyelesaian kesihatan inovatif esok dengan mengesahkan tradisi yang diselaraskan melalui sains moden. Produk Biotropics merangkumi ekstrak standard proprietari, suplemen makanan semula jadi, ramuan untuk nutraseutikal, makanan berfungsi dan aplikasi kosmetik, dan terus mengembangkan ubat-ubatan herba dan ubat-ubatan botani.

Biotropics Malaysia Berhad telah dipilih sebagai salah satu daripada enam syarikat teladan yang berjaya mengkomersialkan penyelidikan, dalam Pelan Produktiviti Malaysia 2017-2020 oleh Unit Perancang Ekonomi.
Biotropics Malaysia Berhad telah dilantik sebagai Penasihat Tongkat Ali rasmi dalam Program Adopt-Herb yang dilancarkan oleh Majlis Botani Amerika dan pihak berkuasa antarabangsa terkemuka dalam produk herba dan semula jadi.
BIOKESUM yang merupakan ekstrak Kesum standard telah dianugerahkan pingat Gangsa untuk Produk F&B Paling Inovatif di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2017 kerana ingatan, peningkatan imun dan kesan anti-radang.
Ekstrak Physta® Tongkat Ali telah dianugerahkan Kisah Kejayaan Industri dalam kategori Penuaan Sihat di Vitafoods Europe Conference 2016.
Kisah Kejayaan Syarikat dipilih kerana inovasi dan penyelidikan berkualiti tinggi dalam berjaya membawa produk atau ramuan melalui kitaran pengeluaran penuh dari percubaan klinikal ke pasaran. Pemilihannya dilakukan oleh Lembaga Penasihat Eksekutif Persidangan Vitafoods Europe yang terdiri daripada ahli dari industri terkemuka dan ahli akademik yang disegani, melalui proses Vitafoods Call-for-Papers yang kompetitif.
Nu-Prep Tongkat Ali telah dianugerahkan sebagai produk paling popular dalam kategori Kesihatan Lelaki di Farmasi Guardian pada tahun 2014.
www.biotropicsmalaysia.com

Nu-Prep | FACEBOOK | INSTAGRAM | YOUTUBE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/08/terus-aktif-bersama-nu-prep.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Hael Husaini Kurang Aktif Di Media Sosial Untuk Terus Kekal Tenang

Hiburan Hael Husaini Kurang Aktif Di Media Sosial Untuk Terus Kekal Tenang

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 493 hits
Penyanyi dan juga komposer terkenal Hael Husaini berkata dia mengambil keputusan untuk kurang aktif di media sosial kerana ingin menghilangkan tekanan dan kekal tenang ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjarnya lagi jika hatinya tidak tenteram ...
Nabil Doakan Isteri Dan Rakan Artis Terus Berhijab

Nabil Doakan Isteri Dan Rakan Artis Terus Berhijab

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 179 hits
Nabil doakan isteri dan rakan artis terus berhijab Melihat kepada perubahan baik beberapa rakan selebriti dan artis wanita tanah air termasuk isterinya Nazira Ayub sejak awal Muharam lalu pengacara dan pelawak terkenal Nabil Ahmad 38 melahi...
Asyraf Tak Mahu Jawatan Mahu Terus Bersuara Untuk Rakyat

Asyraf Tak Mahu Jawatan Mahu Terus Bersuara Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 197 hits
Asyraf tak mahu jawatan mahu terus bersuara untuk rakyat Saya bukan kemaruk jawatan Asyraf Wajdi Datuk Asyraf Wajdi Dasuki yang didakwa lantang bersuara kerana kemaruk jawatan menegaskan beliau sama sekali tidak mahu menerima sebarang jawat...
Rating Police University Terus Meningkat

Rating Police University Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 333 hits
Drama terbaru KBS 2TV Police University terus menerajui penilaian penonton dikalangan drama Isnin Selasa Menurut Nielsen Korea episod ketiga Police University telah mencapai purata rating sebanyak 6 8 peratus peningkatan 0 3 peratus berband...
Mgnews Saya Redha Dan Terus Bersemangat Ebit Lew

Mgnews Saya Redha Dan Terus Bersemangat Ebit Lew

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 213 hits
Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican bersama anak guamnya pendakwah terkenal Ustad Ebit Lew bercakap kepada media selepas selesai memberi keterangan kepada polis berkaitan siasatan kes dakwaan gangguan seksual ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis...
Sematkan Satyalencana Karya Satya Menaker Pesan Asn Terus Kembangkan Keahlian

Sematkan Satyalencana Karya Satya Menaker Pesan Asn Terus Kembangkan Keahlian

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 219 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah menyematkan Satyalencana Karya Satya Tahun 2021 kepada Aparatur Sipil Negara yang telah berdedikasi selama puluhan tahun dan ASN teladan di lingkungan Kementerian Ketenagakerjaan
Makeover Bilik Air Cara Bajet Tampal Wallpaper Kalis Air Diy Lantai Epoxy Terus Berubah Wajah

Makeover Bilik Air Cara Bajet Tampal Wallpaper Kalis Air Diy Lantai Epoxy Terus Berubah Wajah

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 907 hits
Bila tengok keadaan bilik air yang dah lama teringin pula nak makeover Tapi kalau nak renovate pecah tiles sedia ada memang makan bajet yang tinggi
Indeks As Terus Mencatatkan Penurunan Susulan Minit Mesyuarat Fed

Indeks As Terus Mencatatkan Penurunan Susulan Minit Mesyuarat Fed

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 224 hits
S P 500Indeks Amerika Syarikat jatuh pada Rabu selepas minit mesyuarat Fed bagi bulan Julai dikeluarkan Purata Perindustrian Dow Jones turun 1 1 S P 500 susut 1 1 dan Nasdaq Composite merosot 0 9 Indeks dolar AS meningkat kepada 93 40 paras...
Allah Terus Lindungi Anwar Ibrahim Dari Terjebak Dengan Mainan Politik Yang Menjijikkan

Allah Terus Lindungi Anwar Ibrahim Dari Terjebak Dengan Mainan Politik Yang Menjijikkan

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 264 hits
Apakah perjuangan mendapatkan mandat rakyat ini harus dihentikan Mengapa takut gagal dan terus gagal lagi Atau mahu dibiarkan hak rakyat ini terus dirobek dan diagihkan sesama mereka Aku teringat pesanan pemimpin lebai sewaktu mereka belum ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket