Terukir Di Bintang



Assalam mualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semua manusia mengimpikan kejayaan didalam setiap bidang yang diceburi. Tidak kira 'status' sebagai apa, kejayaan tetap diburu meskipun ia kelihatan kecil dan tidak penting bagi sesetengah pandangan orang.

Mencapai atau mendapat kejayaan boleh dikatakan sebagai mendapat hasil akhir yang diidamkan. Untuk mendapatkan hasil ini ia memerlukan satu plan perancangan yang sistematik yang melibatkan peranan individu didalam mencapai matlamat yang telah di'set'kan didalam perancangan tersebut.

Bagi pelajar lulus peperiksaan dengan cemerlang adalah kejayaan mereka.Manakala bagi ibubapa pula apabila mendengar dan menerima keputusan peperiksaan cemerlang anak-anak juga merupakan satu kejayaan buat mereka. Syukur, sambil meraikan kejayaan ini adalah puncak segala kegembiraan.

Apabila meraikan kejayaan didalam peperiksaan, dua individu ini yang paling gembira.Pelajar ( anak-anak ) dan ibubapa. Sebolehnya ingin mereka war-warkan seantero dunia atau terukir dibintang mengukirnya dibintang akan kejayaan ini. Bukan sebagai tanda megah atau riak tetapi satu perasaan puas selama ini yang terpendam dan terkurung disebalik perasaan risau, takut dan tertekan akhirnya telah hilang ditelan oleh perasaan gembira yang teramat.

Meraikan kejayaan dengan penuh kesyukuran kepada Allah Yang Maha Pemurah adalah satu kewajipan sesudah kita menerima kejayaan. Sesungguhnya segala kejayaan itu adalah Rahmat dari Allah Yang Maha Penyayang. Sekuat mana pun usaha dan pengorbanan yang kita lakukan untuk mencapai kejayaan semuanya adalah ketentuan dari Allah Yang Maha Kuasa.

Kenangkan kembali kaum-kaum dahulu yang binasa. Akibat dari terlupa dek melayan perasaan puas menggengam kejayaan. Terlupa akan kesyukuran yang wajib dilakukan kerana kejayaan itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Mengetahui. Qarun tersungkur ditelan bumi akibat tidak bersyukur. 'Sesungguhnya kekayaan dan kejayaan aku ini adalah hasil usaha dan kebijaksanaan aku sendiri'. Ayat kufur yang diucapkan sebagai meraikan kejayaan telah menyebabkan segalanya musnah sekelip mata dan jadilah dia manusia yang gagal selamanya.

Meraikan kejayaan tidak salah malah sebagai manusia yang lemah serba serbinya, meraikan kegembiraan adalah satu tenaga yang perlu dilepaskan. Selagi tidak dilepaskan ia tidak akan puas. Menangis, ketawa, menjerit bahkan melompat adalah satu tindakan refleks yang berlaku takala mengetahui perkhabaran gembira ini.

Namun harus diingat dan difahami, bahawa meraikan kegembiraan haruslah didahului dengan banyak bersyukur. Bersyukur dan terus bersyukur memuji Allah Yang Maha Pengasih kerana telah memberi anugerah, rahmat dan rezeki kepada kita.

Sesungguhnya didalam meraikan kejayaan juga adalah merupakan satu ujian untuk pelajar dan ibubapa.

Dimana letaknya ujian tersebut?

Rujuk kembali kisah Qarun. Apakah yang menyebabkan dia musnah?

Kadangkala kita sebagai manusia kita terleka disebabkan puas meraikan kejayaan. Kepuasan terbayang diwajah kerana sebelum ini segala penat lelah dan kesukaran didalam mendaki ke puncak kejayaan terasa benar akan peritnya. Malah parut dan kesan terluka akibat duri dan selumbar dijalanan juga hilang setelah mendapat kejayaan. Sesungguhnya kita gembira tak terkata.

Disinilah bermulanya jarum dari makhluk yang dilaknat oleh ALLAH Yang Maha Pencipta.

Disebabkan keterujaan menceritakan pergorbanan, strategi atau teknik belajar yang dilakukan sebelum ini, kita terlupa mengungkap rasa terima kasih Ya Tuhanku dipermulaan ayat.

Tanda soal  ???

Mungkin selama ini kita sebahagian daripada Qarun dizaman moden. Syukur tidak diazabkan dengan tanah serta merta tetapi runtunan akhlak dikalangan pelajar dengan segala permasalahan disiplin sampai sanggup memukul guru, biadap akhlaknya, berzina, vandalism dan sebagainya adalah azab persis yang menimpa Qarun?

.......kita terlupa mengungkap rasa terima kasih Ya Tuhanku dipermulaan ayat. Mungkin sebahagian kita memandang enteng. Apalah sangat dan cukuplah hanya menyebut Al-Hamdulillah dan selebihnya adalah bait-bait perkataan yang perlu dihembur dan diceritakankan mengenai usaha dan pergorbanan yang telah kita lakukan selama ini. Bercerita tentang apa yang kita lakukan dan peranan kedua ibubapa yang telah dimainkan sehingga tercapainya kejayaan ini. Kita bersungguh menerangkan kaedah dan strategi belajar yang digunakan semoga dapat dijadikan panduan dan ikutan rakan-rakan tetapi kita masih juga terlupa memulakan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Bijaksana didalam setiap pengucapan.

Tidak bersyukur adalah permulaan menuju kepada kehancuran.

ps: Tamat untuk babak pertama 140113





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://nombordansifir.blogspot.com/2013/01/terukir-di-bintang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Aku Bintang Kau Rembulan Aprilian Feat Fany Zee

Lirik Aku Bintang Kau Rembulan Aprilian Feat Fany Zee

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 387 hits
coba lihat langit oh sayangbulan selalu berteman bintangterangi malam beri keindahanaku tau itumereka selalu berdampingandimana ada bulan sudah tentu ada bintangku ingin dirimu seperti rembulantemanaiku sang bintang dimalam gelapaku selalu ...
Pn Tidak Janjikan Bulan Dan Bintang Lakukan Yang Terbaik

Pn Tidak Janjikan Bulan Dan Bintang Lakukan Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 245 hits
SUARA MERDEKA Muhyiddin Yassin PERIKATAN Nasional tidak menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat Namun menurut Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin parti itu mempunyai komitmen yang tinggi untuk melakukan yang terba...
5 Jenderal Bintang Tiga Berpotensi Jadi Kasad

5 Jenderal Bintang Tiga Berpotensi Jadi Kasad

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 232 hits
Jenderal Andika diketahui telah ditunjuk Presiden Joko Widodo sebagai calon panglima TNI untuk menggantikan Marsekal TNI Hadi Tjahjanto yang memasuki masa pensiun pada akhir November 2021 ini
Bintang Tenis China Peng Shuai Dakwa Dipaksa Adakan Hubungan Seks

Bintang Tenis China Peng Shuai Dakwa Dipaksa Adakan Hubungan Seks

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 223 hits
BEIJING Bekas pemain nombor satu tenis beregu wanita China Peng Shuai membuat pendedahan berhubung dakwaan serangan seksual ke atasnya oleh pegawai tinggi kerajaan Zhang Gaoli yang kini telah bersara beberapa tahun lalu Peng mendedahkan per...
Dituduh Bohong Soal Raker Di Hotel Bintang Lima Nurul Ghufron Maafkan Novel

Dituduh Bohong Soal Raker Di Hotel Bintang Lima Nurul Ghufron Maafkan Novel

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 236 hits
Wakil Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Nurul Ghufron menyebut dirinya telah memaafkan mantan Kasatgas Penyidikan KPK Novel Baswedan yang menuduhnya berbohong soal pelaksanaan rapat kerja lembaga antirasuah di hotel bintang lima
Hotel Al Manar Mekah Bertaraf 5 Bintang

Hotel Al Manar Mekah Bertaraf 5 Bintang

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 477 hits
Hotel Al Manar Mekah Bertaraf 5 BintangAsalamualaikum Salam SejahteraHotel Al Manar yang tinggi dan ada Jam pada menara inilah Hotel tempat kami ketika Umrah 2019Salam pertemuan lewat petang hari Sabtu updated lagi blog ini Dengan memaparka...
Bandi Amuk Ani Maiyuni Adibah Noor Dan Aliff Aziz Antara Bintang Gegar Vaganza 8

Bandi Amuk Ani Maiyuni Adibah Noor Dan Aliff Aziz Antara Bintang Gegar Vaganza 8

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 1308 hits
Memecahkan kebuntuan orang ramai senarai peserta Gegar Vaganza musim kelapan akhirnya rasmi diumumkan tadi Pada tahun ini masih mengekalkan Farm Fresh sebagai penaja utama dan Digi sebagai telco rasmi Manakala Cuckoo dan Adabi juga menjadi ...
Tips Menang Di Gudangtoto

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Rezeki Tahun Ini

Filem Martabat Misi Berdarah

Lepak Mengopi Beramai Ramai Di Koffie Jln Mentol

Nak Ketupat Tahan Sampai Esok Elak 6 Kesilapan Ini Waktu Masak