Teruja Wei Bila First Time Dapat Join Butterfly Coachella Party
Sekarang ni Eyza memang jarang join event dengan komuniti blogger. Tapi, bila Tammy dari Butterfly Project inform nak buat Butterfly Cochella Party, terus je Eyza daftar. Teruja nak join sebab Eyza tau apa je party yang Butterfly Project buat memang best. Rugi la kalau tak join
Event kali ni dibuat dekat Hearty Party yang terletak di Setia Alam. Mula-mula segan jugak nak pergi, tapi akhirnya ada Emi dan Sally. Baru la tak bosan nak drive dari KL ke Setia Alam kan bila ada kawan berborak
Party Venue | Hearty Party Sdn Bhd https://www.facebook.com/heartypartymalaysia/
Sampai je kat tempat Event, Eyza dah agak kagum sebab aktiviti ada di setiap tingkat. Macam Photobooth dekat tingkat bawah sekali dengan pendaftaran. Senang sangat. Daftar dan terus boleh bergambar
Party Photobooth | Tagbooth Photobooth http://tagbooth.com.my/
Eyza tak sempat bergambar kat sini sebab masa sampai tu sibuk nak pergi toilet, pastu buat task lagi kat tingkat 2 sampai lupa nak turun balik ambik gambar kat booth. Tapi Eyza tengok ramai yang bergambar kat situ. Cantik-cantik gambar diaorg. Rugi sangat tak sempat. Excited Eyza tengok dress up masing-masing. Semua ikut tema. Eyza je rasa pakai apa yg ada je
Ops..lupa plak nak cerita pasal task yang kami kena buat. Setiap orang kena pergi setiap booth, buat task macam tangkap gambar dengan produk, buat video then upload dekat ig atau ig stories. Lepas tu tunjuk kat diaorang dan boleh claim goodies bag.
Best sangat sebab datang cuma bawak handbag. Balik bawak berbag-bag. Heaven beb
Kalau ada Butterfly Projects, memang wajib ada Althea Korea. Yes! Althea Korea. Eyza ni dah la memang suka sangat produk dari Althea ni.
K-Beauty | Althea Korea https://my.althea.kr/
Kami semua dapat barang-barang Althea dan paling best kami dapat produk terbaru iaitu A'Bloom Brow Wow Eyebrow Pencil. Ada 3 pilihan warna iaitu 01-Grey Brown, 02-Dark Brown dan 03-Soft Brown. Nanti bebila free Eyza buat video tutorial ye untuk semua warna Eyebrow ni. Tak sabar nak try tau
Mini Gallery Voir pun ada kat sini. Eyza ni antara yang suka handbag voir ni. Bilik Voir ni la paling crowded sekali sebab semua sayang nak tinggalkan bilik ni sebab susun atur cantik ditambah pulak dengan barangan voir yang pelbagai dan menarik
Fashion | Voir Gallery https://www.voirgallery.com/
Eyza pun dapat satu handbag tau. Warna coklat lagi. So cute dan cantik. I love it! Bag ni boleh pegang ala-ala datin dan boleh galas/sling kat bahu sebab dia ada tali panjang sekali
Kalau snack kudap-kudap Eyza memang suka kekacang dari Signature Market. Selalu Eyza beli online je.
Heatlhy Snacks | Signature Market Healthy Snacks https://www.signaturemarket.co
Kat sini baru la Eyza dapat tengok sendiri setiap paket produk ni. Banyak rupanya barangan di bawah Signature Market. Eyza baru tahu. Tapi yang pasti, semua sedap dan menyihatkan. Memang tak rugi la kalau beli
Eyza suka tengok bunga-bungaan yang ada kat sini. Cantik tau. Eyza pun dapat bawak balik sekuntum. Kami boleh pilih nak warna apa. Eyza ambik kuning. Rare sikit kan. Pink dah biasa
Flowers | Avantgarde Blooms Flowers https://www.facebook.com/avantgardeblooms/
Eyza ni bukan la penggemar kopi tapi Eyza suka betul Mocha dari Curmudgeon's Brew. Yang paling best tak manis pun tau. Memang menjaga kesihatan sangat. Satu lagi Eyza try coklat. Dan kalau korang nak yg rare, jangan lupa try Peanut Butter. Unik sangat
Cold Brew Coffee | Curmudgeon's Brew Cold Brew Coffee https://www.facebook.com/curmudgeonsbrew/
Dah puas jalan-jalan dalam tu, kami pun terus naik ke tingkat 3 untuk makan dan rilek santai sambil dengar nyanyian
Tempat dia memang santai la. Sambil makan sambil tengok sunset. Pastu borak-borak ngan kengkawan. Rasa macam tengah pergi bercuti gitu. Padahal kat Setia Alam je pun
Memang sesuai sangat kami minum-minum sambil borak dengan jus dari Lerz.
Fruit Tea | Lérz' Tea & Coffee Fruit Tea https://www.facebook.com/lerzmalaysia/
Serius sedap minuman dari Lerz. Eyza sorang je sampai 2 cawan. Memang terasa fresh je bila lalu kat tekak
Kalau dah minum mesti ada makan kan. Ha.. Bab makan ni bukan Eyza nak puji la. Tapi semua sedap. Sampaikan kenyang betul kami malam tu. Tq Party Caterer buat kitaorang kekenyangan sangat
Party Caterer | JomParty https://www.facebook.com/Jompartylah/
Sambil-sambil makan tu kami dihiburkan dengan nyanyian dari Sidh Haizad Yusuf. Memang best la.
Dengan party ala-ala taman, dengar lagu live lagi. Rasa tak mau balik. Tapi apakan daya, kena la balik
Party Live Music | Sidh Haizad Yusoff https://www.facebook.com/sidhaizadyusoff
Untuk sape yang tak nak balik lagi, diaorang join painting workshop. Eyza n gang terpaksa balik lepas makan dan tak join workshop sebab rumah jauh dan tak nak lewat sangat sampai rumah
Painting Party | Hearty Party Sdn Bhd https://www.facebook.com/heartypartymalaysia/
Serius tak rugi join Butterfly Cochella Party walau agak jauh. Berbaloi dengan semua goodies bag dan dapat jumpa ramai kawan-kawan baru. Tq Tammy dan Butterfly Project sebab anjurkan party yang ohsem. Tak lupa jugak Tq pada Eros (www.fishmeatdie.com) untuk sebahagian gambar-gambar yang cantik ni
Thanks jugak untuk semua Sponsor. Happy Me
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.eyzamiel.com/2019/10/teruja-wei-bila-first-time-dapat-join.html