Teruja Dapat Bertemu Bergambar Bersama Siti Nurhaliza
Assalamualaikum dan salam sejahtera
SITI NURHALIZA. Kalau sebut sahaja nama figura ini pastinya seluruh pelusuk Malaysia dan juga boleh dikatakan di seluruh kawasan Asia Tenggara mengenali nama ini. Pelbagai pencapaian beliau dalam bidang seni suara meletakkan beliau antara yang terbaik dalam generasi sekarang ini
Untuk anda yang mungkin dah lama mengikuti blog aerill.com ini pastinya tahu bahawa aku merupakan salah seorang peminat tegar Dato Seri Siti Nurhaliza. Entah berapa banyak artikel telah ditulis mengenai beliau, sama ada berita hiburan, kisah konsert beliau, album terbaru dan pelbagai lagi, memang banyak artikel sudah ditulis dalam blog ini
BAGAIMANA BOLEH MEMINATI SITI NURHALIZA?Sejak kecil, aku dibesarkan dengar lagu-lagu beliau. Dato Seri Siti Nurhaliza memulakan karier nyanyian beliau pada tahun 1996 manakala aku pula dilahirkan pada tahun 1995, jadi kira usia perjalanan karier beliau dan usia aku hampir sama, sebaya
Tahun 2002/2003 macam tu, ayah aku ada belikan kaset album Sanggar Mustika. Dalam album tu ada lagu seperti Badarsila, Nirmala, Kurik Kundi dan sebagainya. Kalau keluar naik kereta mesti akan buka kaset tu, jadi memang boleh hafal lagu-lagu dalam tu. Lepas tu, aku juga selalu menonton AJL, kemudian persembahan beliau di Anugerah Era 2005 dengan lagu Medley membuatkan aku lebih tertarik pada beliau
Kemudian, aku mula fokus pada pembelajaran, tinggal di asrama semua, sehinggalah ketika aku mula melanjutkan pengajian di UiTM, belajar bidang muzik pula. Dari situ aku mula mengenali beliau melalui pembelajaran subjek muzik tradisional dan sebagainya. Aku mula mendengar setiap satu album beliau, lagu-lagu hits, lagu-lagu underated semuanya aku cuba dengar dan hafal. Tapi sehingga aku menamatkan pengajian degree, aku masih belum pernah menonton persembahan beliau secara live
PERSEMBAHAN LIVE KALI PERTAMA Sewaktu Konsert Lentera Timur (2013) aku baru sahaja mula pengajian diploma, jadi memang tak sempat nak tonton konsert tersebut kerana masih belum mempunyai pendapatan sendiri dan sebagainya
Tahun 2016 beliau mengadakan sebuah konsert di Stadium Negara iaitu Konsert Siti Nurhaliza & Friends (2016). Alhamdulillah, aku berjaya dapatkan tiket sewaktu saat akhir dan berjaya menonton persembahan beliau secara langsung buat kali pertama. Walaupun tempat duduknya di tempat paling hujung, tetapi memang berbaloi
Tahun 2019 pula aku mendapat jemputan sebagai blogger untuk acara Shopee dimana disitulah pengumuman dibuat kerjasama antara SimplySiti dan Shopee. Beliau tidak membuat persembahan tetapi aura beliau di acara tersebut memang kuat dan beliau sangat cantik! Kemudian pada bulan September 2019 pula beliau mengadakan mini konsert Siti Nurhaliza x Shopee (2019) yang memang sangat menghiburkan. Ulasan sudah pun aku buat dalam satu artikel khas.
Siri konsert jelajah beliau iaitu Siti Nurhaliza On Tour (2019) pada awalnya memang aku nak sangat pergi, tetapi tiket memang sangat laku dan aku tak dapatlah menonton konsert itu. Hanya menonton pada video yang dikongsikan orang ramai sahaja
Tahun 2022 pula pada bulan September beliau datang ke Tapak Arkeologi Sungai Batu dan membuat persembahan di hadapan orang-orang Kedah termasuklah aku. Jarak Padang Meiha dengan Sungai Petani tidaklah jauh sangat. Setelah hampir 4 tahun tak menonton persembahan beliau, akhirnya dapat juga menonton walaupun kedudukan yang agak jauh dengan ribuan penonton dari Kedah
MUSIC OF THE SOUL: AN EVENING WITH SITI NURHALIZA 2022
Alhamdulillah, untuk persembahan istimewa kali ini aku berjaya hadirkan diri untuk kedua-dua harinya iaitu pada 6hb dan 5hb November 2022. Tiga hari sebelum tarikh persembahan ini, aku masih mencari tiket konsert yang paling murah untuk menonton persembahan yang diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Alhamdulillah, aku berjaya jumpa satu tiket untuk persembahan pada hari kedua iaitu 6hb November 2022
Pada 5hb November 2022, jam 6 petang aku dapat jemputan dari rakan aku untuk menonton persembahan beliau. Memang cepat-cepat bersiap dan terus memandu ke lokasi persembahan tersebut. Alhamdulillah, sempat sampai sebelum persembahan bermula. Selepas persembahan berakhir, siapa sangka aku dapat jumpa beliau dan bergambar dengan lebih dekat
Perasaan memang tak boleh diucapkan dengan kata-kata bilamana dapat melihat idola yang kita memang lihat dari kecil sehingga sekarang, akhirnya dapat bertemu secara berhadapan dan bergambar pula. Sudah tercapai salah satu impian aku iaitu untuk bergambar dengan Siti Nurhaliza
Pada 6hb November pula aku pergi lagi menonton persembahan beliau dan aku boleh simpulkan persembahan beliau untuk kedua-dua hari tersebut memang sangat memukau, hebat dan beliaulah nombor satu. Untuk ulasan lebih panjang mengenai persembahan beliau, aku akan ulas dalam artikel berlainan
HARAPAN / SOKONGANIn shaa Allah selepas ini aku akan sentiasa menyokong usaha beliau dalam apa jua, sama ada menerusi pembelian tiket konsert, album dan sebagainya. Aku percaya bahawa aku tidak salah memilih beliau sebab idola kerana aku menyaksikan usaha beliau untuk bangkit menjadi seseorang yang berjaya. Sebagai seorang peminat, buat masa sekarang anugerah dan trofi bukan lagi satu perkara yang perlu dikejar kerana tiada apa lagi yang perlu dibuktikan.
Cukup sekadar memeriahkan industri seni negara dengan pelbagai lagu-lagu menarik, malar segar, konsert dan persembahan yang menghiburkan serta menjadi contoh buat anak seni yang baru. Untuk berharap agar beliau aktif seperti zaman sebelum berkahwin mungkin tidak, kerana beliau sudah gembira berkeluarga. Syukur kerana beliau masih mahu menghiburkan jutaan peminat. Jadi, sehingga itu artikel khas kali ini sebagai penghargaan untuk Penyanyi No Satu Negara, Siti Nurhaliza Tarudin
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2022/11/teruja-dapat-bertemu-bergambar-bersama.html