Tertukar Bayi Wajib Kembali Berbin Binti Bapa Kandung Mufti


Kesilapan membin atau membintikan bayi yang tertukar dengan keluarga lain wajar dibetulkan semula meletakkan nama bapa sebenar agar tidak menimbulkan isu berbangkit di kemudian hari terutama membabitkan pembahagian pusaka.
Mufti Kelantan Mohamad Shukri Mohamad berkata seseorang anak mempunyai hak untuk mendapatkan sumber pusaka yang ditinggalkan bapa kandungnya yang sudah meninggal dunia.
“Memang (wajib) seseorang itu dibin atau dibintikan kepada bapa sebenar, tidak boleh dibinti atau bin kepada bapa angkat, haram kalau dengan sengaja.
“Dalam kes ini ia tersilap, jadi apabila tersilap, insya-Allah Tuhan ampunkan tetapi dari segi pengurusan (Jabatan Pendaftaran Negara), terserahlah.
“Kalau undang-undang kata tidak boleh tukar sebab melibatkan sijil misalnya, tidak mengapa, tetapi perlu ada satu catatan bahawa ini adalah anak angkat.
“Kalau tidak nanti dia boleh buat tuntutan di mahkamah dan berhak mendapat tuntutan pusaka. Sekarang tidak mengapa kerana damai (tiada perbalahan),” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Mohamad Shukri berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam berkenaan dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tragis selepas tiga bayi perempuan – termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas – tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Kejadian itu hanya disedari tahun lepas apabila ketiga-tiga mereka iaitu Adryani Iwani, 20, ‘kembarnya’ Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada Sept tahun lepas.
Mohamad Shukri berkata tidak menjadi kesalahan untuk anak yang tertukar itu terus tinggal bersama keluarga yang memeliharanya selama ini kerana dia dianggap anak sebenar kerana telah menyusu daripada ibu keluarga berkenaan.
Sehubungan itu katanya dari aspek hukum aurat adik-beradik susuan adalah sama dengan hukum aurat adik-beradik seibu sebapa.
Mengenai wali dalam pernikahan pula, merujuk kepada kes ini yang kedua-duanya sudah kehilangan bapa kandung, Mohamad Shukri menjelaskan pengganti wali yang terdekat ialah abang atau adik-beradik lelaki kandung.
“Meskipun (Adryana Iwani) sudah tinggal bersama keluarga angkat, wali pernikahan itu mesti ikut binti bapa yang sebenar, wali asal.
“Andai kata sudah nikah berwalikan bapa angkat atau adik-beradik angkat, tidak jatuh hukum zina, tapi dia mesti angkat lafaz nikah baru dengan wali asal selepas diketahui hal sebenar,” katanya.
Bagaimanapun dalam kes ini, kesemua yang terlibat masih belum mendirikan rumah tangga.
Berkenaan ujian DNA bagi membuktikan tali kekeluargaan seseorang pula, Mohamad Shukri berkata ia boleh diterima sebagai satu daripada mekanisme untuk menentukan nasab (anak kepada bapa).
Sementara itu, pakar genetik manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Thilakavathy Karuppiah berkata seseorang itu akan mewarisi 50 peratus daripada DNA ibu dan 50 peratus DNA bapa.
“Malah, setiap indidvidu pula mempunyai profil (corak) DNA yang berbeza, kecuali kembar seiras,” katanya.
Thilakavathy berkata keputusan ujian DNA yang tidak boleh dipertikaikan adalah lebih kurang antara 96 peratus hingga 99.99 peratus namun sebarang ujian DNA, ada kebarangkalian yang kecil akan memberi keputusan yang boleh dipertikaikan.
“Keputusan yang boleh dipertikaikan bukan bermaksud keputusan negatif. Semakin tinggi peratusan, semakin besar kemungkinan individu-individu yang diuji itu mempunyai tali persaudaraan,” katanya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Dr Zaini Hussin ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu dan akan berhubung dengan pihak berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
 
Sumber: malaysiakini.com
The post Tertukar Bayi: Wajib Kembali Berbin, Binti Bapa Kandung – Mufti appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/tertukar-bayi-wajib-kembali-berbin-binti-bapa-kandung-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecoh Tertukar Bayi Doktor Pesan Ibu Bapa Perlu Alert Sebelum Keluar Dari Wad

Kecoh Tertukar Bayi Doktor Pesan Ibu Bapa Perlu Alert Sebelum Keluar Dari Wad

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 259 hits
Seorang ibu Siti Suriani sangat terkejut setelah membuat pemeriksaan ke atas bayi yang telah dibawa pulang apabila mendapatai bayi tersebut bukan bayi yang telah dilahirkannya Ia sangat mengecewakannya kerana pihak hospital kerana tidak mem...
Bayi Usia Setahun Maut Dilibas Dengan Parang Oleh Bapa Saudaranya

Bayi Usia Setahun Maut Dilibas Dengan Parang Oleh Bapa Saudaranya

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 262 hits
The ReporterSeorang bayi perempuan berusia setahun maut akibat ditetak oleh bapa saudaranya dalam pergaduhan di antara ahli keluarganya pada jam 12 tengah hari semalam di Kampung Parit Mahang Jeram Menurut saksi kejadian yang tidak mahu did...
Sarat Hamil 6 Bulan Izreen Azminda Bimbang Isu Tertukar Bayi

Sarat Hamil 6 Bulan Izreen Azminda Bimbang Isu Tertukar Bayi

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 280 hits
Sejak kebelakangan ini berita tentang tertukar bayi dilaporkan media membuatkan ibu ibu hamil gusar Seperti yang terjadi kepada seorang usahawan kosmetik sebelum ini yang kesal apabila bayi dibawa pulang bukan anaknya Malah satu lagi kes te...
Balikpulau Bapa Beri Bayi Minum Keras Direman Lima Hari

Balikpulau Bapa Beri Bayi Minum Keras Direman Lima Hari

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 530 hits
Pemuda yang ditahan selepas dipercayai memberikan bayinya berusia lima bulan meminum arak di kediaman mereka di Teluk Bahang di sini ditahan reman selama lima hari sehingga 27 Jun ini Perintah reman ke atas suspek berusia 20 tahun itu dikel...
Hiburan Disangka Hamil Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

Hiburan Disangka Hamil Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 347 hits
Penyanyi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan Ernie Zakri tampil menafikan dakwaan mengenai berita yang mengatakan dirinya kini hamil Isteri kepada penyanyi Syamel ini berkata berat badannya kini meningkat selepas mendirikan rumah tan...
Jururawat Labour Room Jelaskan Skop Kerja Yang Ketat Elak Bayi Tertukar

Jururawat Labour Room Jelaskan Skop Kerja Yang Ketat Elak Bayi Tertukar

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 359 hits
Jururawat Labour Room Jelaskan Skop Kerja Yang Ketat Elak Bayi TertukarTugas sebagai seorang jururawat atau turut digelar misi ini bukanlah sesuatu yang mudah Tambahan pula menjadi jururawat labour room yang bertanggungjawab dalam urusan ib...
Tular Video Bayi Diberi Minum Arak Bapa Ditahan Polis

Tular Video Bayi Diberi Minum Arak Bapa Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 217 hits
Tular video seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab apabila dia bertindak memberikan seorang bayi minum minuman dipercayai arak sehingga menimbulkan kemarahan netizen Video berdurasi 30 saat tersebut tular di media sosial hari ini Menuru...
Hiburan Ini Betul Betul Jadi Bukan Sinetron Indonesia Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

Hiburan Ini Betul Betul Jadi Bukan Sinetron Indonesia Siti Sarah Seriau Kejadian Tertukar Bayi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 243 hits
Penyanyi dan juga usahawan Siti Sarah mengakui dirinya seriau dan fobia apabila mendengar berita mengenai kejadian bayi yang baru dilahirkan telah tertukar dengan bayi lain baru baru ini Ujar Sarah perkara itu sering dilihatnya terjadi hany...
Tiga Bayi Termasuk Pasangan Kembar Di Lapor Tertukar Kejadian Di Sedari Selepas 20 Tahun

Tiga Bayi Termasuk Pasangan Kembar Di Lapor Tertukar Kejadian Di Sedari Selepas 20 Tahun

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 798 hits
KUALA LUMPUR Bagaikan kisah dalam sinetron dua keluarga terpaksa melalui kisah tragis apabila tiga bayi yang dilahirkan 20 tahun lepas rupa rupanya tertukar dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu Kelantan...
Najib S House Detention Addendum Issue Points To A Cover Up At The Highest Echelons Of The Madani Government

Nahas Di Lampu Isyarat 3 Kenderaan Terbakar Termasuk Lori Tangki

Pekerja Terima Tempahan Misteri Pasang Wi Fi Di Kubur

Rumah Kenduri Deena S Menu Kenduri Harian Dan Katering Di Kulim

Bossku S Royal Addendum Win Is The End Nigh For The Madani Gov T

Al Imam Salim Dari Kota Hadhramaut Ke Alam Nusantara

Konsert Genkru Dilaksanakan Tiga Hari Cipta Sejarah Baru Industri Hiburan Negara

Scammers May Hijack Water Supply Barcodes To Steal Your Money Claims Netizen


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Buffet Buka Puasa Muara Steamboat Grill Serendah Rm50 Sahaja

Create Buzz And Attract Investors

Cucur Nasi Pedas Sedap Rangup Dan Mengenyangkan

Reset Sarawak Id Kemaskini No Tel Password Username Baru

Lupa Kata Laluan Sarawak Pay Username Ini Cara Reset Semula

Bangun Awal Bersiap Nak Pergi Sekolah