Terserempak Kakak Baju Putih Di Galeri Darurat Bukit Kepong


Assalamualaikum...


Sabtu lepas, tanpa dirancang, Sk tiga beranak membuat lawatan sambil belajar ke Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar. Pada mulanya, Sk mengajak Pak Inche ke Claytan di Ayer Hitam. Dari rumah, kami ikut Bandar Baru Pulai Jaya dan keluar plaza tol Senai Utara untuk memasuki lebuhraya utara selatan sebelum keluar di plaza tol Simpang Renggam. Sampai di Claytan, Sk pilih beberapa keping pinggan mangkuk sahaja sebab tak banyak yang berkenan. Kami kemudian singgah ke Arena Warna, iaitu kompleks perniagaan baharu yang menempatkan pelbagai produk IKS dan hiasan rumah yang sememangnya terkenal di Ayer Hitam. Lepas tersampuk beli beberapa pokok hiasan di sana, Pak Inche ajak pula ke Batu Pahat.

Tetiba, Pak Inche mengajak kami ke Muar pula, dah lama katanya tak makan di Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Sk malas nak membantah, layankan ajelah, sebelum tu dia kata, nak makan Beriyani Power Batu Pahat, lepas tu dia sebut pulak pasal Satay Muo, ni nak makan ikan bakar pulak. Janji Sk kata, dah dapat pergi claytan, haha. Lepas tu, Sk nak tidur, tapi tak boleh tidur pun. Memang tak tidur langsung sepanjang perjalanan pergi dan balik tu. Jadi, dari Ayer Hitam, kami ikut Yong Peng dan terlepas simpang ke lebuhraya. Jalan punya jalan, dah sampai Labis. Jumpa simpang Labis - Muar, kami terus masuk situ. Sk cakap dengan Pak Inche, rasanya nanti kita akan lalu Galeri Darurat Bukit Kepong. Kalau masih awal, Sk nak singgah masuk, itupun kalau dibuka, sebab kita dalam PKPP kan.

Rezeki betul, bila tengok pintu pagar galeri dibuka. Nampak jugak ada beberapa pelawat berlegar di lobi galeri. Pak Inche yang dah terlepas pintu pagar, cepat-cepat buat pusingan U. Ialah, masa tu baru pukul 4 lebih, Sabak Awor pun belum buka. Marilah kita menyelusuri sejarah Bukit Kepong dulu. Walaupun dah hafal sangat jalan cerita filem Bukit Kepong, tapi nak jugak jejak sendiri kawasan yang pernah bermandikan darah 70 tahun dulu


Galeri Darurat Bukit Kepong ini didirikan di lokasi sebenar serangan kira-kira 200 pengganas komunis menyerang balai polis yang mengorbankan 25 anggota pasukan keselamatan Balai Polis Bukit Kepong dan penghuni berek di Bukit Kepong itu termasuk anggota keluarga mereka. Meremang jugaklah bulu roma di petang suram selepas hujan sepanjang kami berada di situ tambahan hanya kami tiga beranak yang masih berada di ruang galeri bangunan tiga tingkat itu.  



Galeri Darurat Bukit Kepong dibina dengan kos sebanyak RM11.5 juta bagi menghargai jasa dan pengorbanan seluruh anggota polis yang berjuang bermati-matian dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara. Ia dibina bagi memperingati tragedi yang berlaku kira-kira jam 5 pagi, pada 23 Februari 1950, apabila segerombolan kira-kira 200 pengganas komunis menyerang balai polis terbabit




Walaupun serangan pengganas berlaku di pelbagai tempat di negara ini, peristiwa Bukit Kepong paling diingat kerana ia bukan sahaja memaparkan semangat juang pasukan keselamatan, tetapi juga perpaduan apabila beberapa penduduk di kampung berhampiran turut sama memberi bantuan bagi menentang komunis.

Selain peristiwa serangan di Balai Polis Bukit Kepong, galeri ini juga menghimpunkan peristiwa perjuangan pasukan keselamatan ketika zaman darurat di seluruh negara. Pengunjung ke galeri ini juga bukan sahaja akan dapat melihat pelbagai artifak seperti senjata api, pakaian, keadaan berek anggota dan beberapa kenderaan yang pernah digunakan pasukan keselamatan, tetapi juga disajikan dengan pelbagai maklumat secara interaktif.

Pengunjung seolah-olah dibawa merentasi ruang masa apabila segala maklumat berkaitan polis disusun dengan dengan kemas, disamping mendapat pelbagai maklumat mengenai sejarah negara. Galeri Bukit Kepong ini turut memaparkan mengenai sejarah pembentukan Malaysia ini termasuk ketika era dan pasca ini.

Pihak galeri juga menyediakan ruang interaktif seperti tayangan filem sejarah Bukit Kepong yang diarahkan oleh seniman negara, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin. Sayangnya, masa tu sistem video dan audio dikatakan mengalami kerosakan dan tayangan gambar dibatalkan. 





Selain itu, kereta perisai dan bot peronda polis juga dipamerkan di ruang bawah galeri manakala anda dapat menyaksikan pelbagai artifak lain yang pernah digunakan oleh pasukan keselamatan dan musuh turut dipamerkan











Turut juga dipamerkan mata pencarian masyarakat dahulu yang menjadikan getah sebagai sumber rezeki. Keluar menoreh seawal pagi dan mengusung susu getah dengan basikal untuk dihantar ke kedai sekerap


Set ruang tamu yang benar-benar menggamit nostalgia. Dulu, dari tv macam nilah kami menonton tv setiap hujung minggu. Masa tu, belum ada lagi siaran tv dua puluh empat jam macam sekarang. Pukul 6 petang baru mula siaran tv, itupun masa maghrib dah kena tutup. Pukul 8 buka semula untuk dengar warta berita. Malam Ahad tengok rancangan nyanyi-nyanyi Mekar Sejambak, esok malam tengok Drama Minggu Ini. Manalah ada slot Akasia, Samarinda dan Cerekarama, hahaha


Walaupun keluasan galeri agak terhad, namun ia padat dengan pelbagai cerita dan sejarah. Bukan sahaja kisah Bukit Kepong malah pelbagai kisah darurat yang terjadi di negara kita. Pusing punya pusing mujur tak gugur jantung bila terserempak kakak baju putih ini sedang berdiri tegak menghala ke pengunjung yang memasuki galeri yang menempatkan sejarah perjuangan kaum wanita di Tanah Melayu


Kalau tak bertiga, memang Sk dah lama cabut, hahaha. Iman, berani-berani takut berposing dengan kakak baju putih, hihi. Teringat masa berkunjung ke muzium negara mengikut rombongan sekolah dulu, semua tidak berani berpusing masuk ke galeri yang mempamerkan kedudukan mayat orang muslim di dalam liang lahat, huhu. 









Tahun 1989, masa ni Sk baru dalam Tingkatan Dua
Kalau dibaca-baca semula kisah sejarah, masa Sk lahir tu pun belum berapa aman lagi rupanya walaupun negara sudah merdeka







Datuk Mohd. Salleh Perang ialah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. Selaku ketua Jabatan Tanah dan Ukur Negeri, beliau telah dapat membuat peta negeri yang lengkap serta bertulisan Jawi. Tindakan pertamanya ialah pelukisan sebuah peta pembangunan negeri Johor. Peta itu menunjukkan semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga menunjukkan bentuk muka bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu

Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan Bandar Penggaram (1893). Beliau juga menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor

Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan melawat negeri China dalam tahun 1880-an. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Pesuruhjaya Polis Negeri, dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli Jemaah Menteri

Sumber

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi salah satu tanah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera
Pada tahun 1946, Johor telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union dan Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963

Sumber




















Sedang kami bergerak menuju ke tangga keluar, tetiba Sk terpandang seorang anggota polis yang berdiri di pintu pagar menunjukkan isyarat time-up kepada kami. Hahaha, apalagi, kelam kabut la berlari turun tangga. Rupa-rupanya memang cuma kami tiga beranak jer yang masih ada dalam galeri tu, huhu. Tengok jam baru pukul lima tapi memang suramlah sebab lepas hujan, kan.Patutlah dia punya feel lain macam. Teringat pulak tadi terserempak dengan anggota polis tinggi lampai yang masuk ke dalam galeri ketika kami keluar. Memang kena berani la jadi polis ni kan, I salute

Galeri Darurat Bukit Kepong ini boleh dikatakan sebagai pelengkap sektor pelancongan di daerah Muar yang sememangnya terkenal dengan keunikan khazanah alam semula jadi, warisan, budaya dan sejarah
Galeri ini menyediakan beberapa kemudahan lain seperti tandas, surau, lif khas untuk warga tua dan orang kelainan upaya (OKU)

Bagi rakyat Malaysia dan bangsa Johor khasnya, jom aturkan satu lawatan bersama keluarga ke Galeri Darurat Bukit Kepong ini, tak rugi tau jalan jauh sikit, cuma 60 kilometer sahaja dari bandar Muar. Galeri Darurat ini dibuka percuma kepada pengunjung dari Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Cuma sepanjang PKPP ini, ia ditutup sejam lebih awal

Galeri Darurat Bukit KepongJln Muar-Labis, Bukit Kepong, 84600, Johor
Buka setiap hari kecuali Isnin10 pagi hingga 5 petang (PKPP)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2020/07/terserempak-kakak-baju-putih-di-galeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baju Ada Kotor Bau Ketiiak Kakak Anzalna

Baju Ada Kotor Bau Ketiiak Kakak Anzalna

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 235 hits
Kakak kepada Anzalna Nasir Diana Nasir terk1ilan apabila menerima pakaian yang dibeli dari platform beli belah maya yang sudah dipakai Jelas Diana baju yang diterimanya itu k0tor dan berbau busvk menandakan pernah dipakai oleh individu lain...
Kebaikan Minyak Kayu Putih Yang Mungkin Korang Tak Tau

Kebaikan Minyak Kayu Putih Yang Mungkin Korang Tak Tau

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 589 hits
KEBAIKAN MINYAK KAYU PUTIH YANG MUNGKIN KORANG TAK TAU Cikla agak orang lama memang sangat familiar dengan minyak kayu putih ni kan Kalau pening cari minyak ni Kalau sakit perut cari minyak ni Kalau lenguh urat krem kaki terseliuh pun cari ...
Antusiasme Penggemar F1 Nonton Balapan Dari Atas Bukit

Antusiasme Penggemar F1 Nonton Balapan Dari Atas Bukit

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 321 hits
Antusiasme Penggemar F1 Nonton Balapan dari Atas Bukit Meski digelar tanpa penonton penggemar tetap berduyun duyun ke lokasi penyelenggaraan F1 Grand Prix Hungaria Mereka mendatangi bukit yang letaknya lebih tinggi dari sirkuit agar bisa me...
Al Jazeera Relevant Authorities To Be Called To Give Statements Bukit Aman

Al Jazeera Relevant Authorities To Be Called To Give Statements Bukit Aman

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 208 hits
The Royal Malaysia Police will call several relevant authorities to give their statements in regard to the documentary produced by international news agency Al Jazeera on how Malaysia treats undocumented migrants during the fight against Co...
Empat Kilang Proses Makanan Di Bukit Mertajam Diarah Tutup Kerana Kotor

Empat Kilang Proses Makanan Di Bukit Mertajam Diarah Tutup Kerana Kotor

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 614 hits
Bukit Mertajam Dua kilang memproses kerisik sebuah kilang kicap dan sebuah kilang mi diarah tutup selama 14 hari selepas pemeriksaan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perlesenan dan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandara...
Bukit Aman It Is An Offence To Rent Out Your Bank Accounts Scammers Use Them To Launder Illegal Funds

Bukit Aman It Is An Offence To Rent Out Your Bank Accounts Scammers Use Them To Launder Illegal Funds

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 254 hits
Bukit Aman Commercial Crimes Investigation Department acting director Commissioner Datuk Saiful Azly Kamaruddin during an interview with Malay Mail July 15 2020 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR July 16 If you allow someone to use your ...
Resepi Nangka Masak Lemak Putih

Resepi Nangka Masak Lemak Putih

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 1137 hits
Resepi Nangka Masak Lemak PutihBAHAN BAHAN 1 kg nangka sayur yang muda 2 liter santan cair 1 liter pati santan 1 biji bawang besar 5 ulas bawang putih Biji lada hitam Ikan Bilis Lada Garam CARA MEMBUAT Nangka rebus hingga 1 2 lembut Kisar i...
Felda Sedang Tambah Baik Kertas Putih

Felda Sedang Tambah Baik Kertas Putih

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 311 hits
Idris JusohKUALA LUMPURL Pasukan petugas khas Felda sedang mengkaji kaedah terbaik yang antara lain bertujuan memperkasa tahap kewangan dan kelestarian organisasi Pengerusi Idris Jusoh berkata kajian itu juga bertujuan bagi menambah baik se...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik