Tersenarai Dalam Web Excellence Awards 2024
Salam Ramadan buat semua Muslim yang merai bulan yang penuh baroqah ini. Bulan yang bagi persepsi pada ramai orang yang ia kan mengundang banyak kesesakan. Tidak kira dimana, ia akan sentiasa ramai dengan himpunan manusia.
Bulan yang kita akan menjadi saksi kepada masjid akan penuh setiap hari.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal, bulan ini kita diberi peluang untuk menemuinya. Alhamdulillah…
Jadi, perkara yang aku nak kongsikan seperti tajuk entri yang tertera adalah, website ini telah memasuki senarai ‘Web Excellence Awards’ dan akan dapat sijil weh!!!

Website ini akhirnya ada sijil anugerah! Cayalah…
Setelah sekian lama punya blog dan website, akhirnya ada juga sijil ya…Tahniah!!!
Okaylah anugerah Website Awards ni siapa yang anjurkan? Kenapa kau beria nak dapat anugerah apa semua ni?
Penganugerahan ini dibuat selepas diteliti oleh para juri pihak penganjur iaitu Exabytes Group.
Apa yang korang akan dapat dengan sertai pencalonan dalam anugerah ni?

Plus, korang tak perlu bayar entrance fee pun untuk submit website korang kat sini. Jadi, kalau nak tahu sentuhan design korang tu lulus dinilai oleh para juri selain korang sendiri, korang boleh cuba submit blog dekat sini okay.
Last aku join dulu masa tahun 2019. Masa tu tak dapat anugerah excellence. Mungkin banyak kelemahan pada faktor yang lain. Sekarang, ada kenaikan sikit. Sikitlah… Dari ‘B-‘ ke ‘A-‘ gitu…
Macam mana nak join?
Korang just isi butiran dekat borang yang disertakan pada link ni. Atau korang boleh pergi website www.mwa.my untuk explore lebih lanjut sebelum buat submission.
Ramai tanya juga, apa faktor penilaian untuk dapat anugera ni?

Kalau dapat anugerah ni, kira macam extra lah untuk korang buktikan yang website itu ada nilainya. Gitu lah…
Aku ni main submit sebab memang nak tahu berapa score design hasil tangan pemilik nama sofie ni. hahaha. Alhamdulillah setakat ni nilai melepasi 70.
Terima kasih buat team Exabytes yang telah menjadi juri bagi menilai website daku yang masih newbie ini.
Dengan nilaian dari kalian, adalah semangat sikit nak buat comeback kan? Kalau tak, ikut mood je bila nak update, bila nak buat worth content apa semua. Kadang perkara ni jadi pressure untuk aku teruskan.
Tapi, mana boleh give up kawan. Impian kena diteruskan. Nak tak nak kena buat. Baru kita dapat meraih kemanisan sebuah kejayaan.
Semoga terus istiqomah dalam berkongsi kebaikan dan ilmu yang bermanfaat!
Till then!

The post Tersenarai Dalam Web Excellence Awards 2024 first appeared on Sofie Adie.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sofieadie.com/tersenarai-dalam-web-excellence-awards-2024/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tersenarai-dalam-web-excellence-awards-2024