Tersebutlah Kisah Baju Gimnas Wanita


 

Ingat tak Sukan Olimpik Tokyo 2020? Ia diadakan pada 2021 kan? Sebab pada 2020 pandemik Covid-19 melanda dunia. Tahun 2021 pandemik reda sedikit maka Tokyo 2020 dapat diadakan, tapi dengan pelbagai peraturan ketat dan restrictions.
Bercakap mengenai Tokyo 2020 teringat saya akan pasukan gimnas wanita Jerman. Mereka bertanding memakai seragam yang tidak mendedahkan kulit, dipanggil full length unitards.
Langkah itu bukan didorong perintah mana-mana agama sebaliknya ia tanda protes gimnas wanita berkaitan pakaian lazim iaitu leotards yang kata mereka revealing.
Mereka tanya mengapa gimnas lelaki boleh beraksi dengan seluar panjang (atau pendek) tetapi wanita mesti berpakaian leotards yang ketat serta mendedahkan kulit. Oleh itu tindakan pasukan wanita Jerman memakai full length unitards satu political statement, dan bukan keagamaan.
Seragam yang mereka pakai pada Tokyo 2020 menggunakan kain nipis berwarna kulit atau skin coloured material untuk tidak mendedahkan dada. Lengan ditutup dengan kain biasa hingga ke paras siku, leotard panjang menutup kaki. Namun ia tetap ketat.
Sebenarnya gimnas wanita memang dibenarkan oleh badan sukan gimnastik antarabangsa memakai long sleeved outfit semasa bertanding, cuma ia jarang dipakai. Mungkin atas sebab tidak selesa dan menyukarkan pergerakan. Seragam yang lazim dipakai peserta wanita dikatakan membolehkan mereka bergerak bebas semasa melakukan rutin.
Pada Paris 2024, gimnas wanita Jerman sekali lagi mengenakan full body leotard dengan rekaan lebih menarik, begitu juga beberapa pasukan lain umpamanya Ukraine.
Bagaimanapun saya kira full body leotards tidak atau belum menyakinkan kerajaan Terengganu untuk membolehkan ahli gimnastik negeri memakainya. Mungkin sebab leotard tak kira lah full body atau bukan tetap ketat, lalu mungkin kerajaan Terengganu menyifatkan ia tidak benar-benar menutup aurat.
Oleh itu menurut laporan Malaysiakini, Terengganu satu-satunya negeri yang ditadbir Perikatan Nasional (baca: PAS) yang tidak menghantar atlet gimnastik wanita bagi temasya Sukan Malaysia atau Sukma tahun ini. Sukma 2024 diadakan di Sarawak bermula Sabtu ini.
Langkah itu kata Malaysiakini diambil selepas Terengganu mengharamkan penyertaan wanita khususnya beragama Islam dalam sukan gimnastik disebabkan faktor pakaian yang tidak patuh syariah.
Imbau kembali tahun lalu, beberapa atlet gimnastik wanita yang mewakili Terengganu di Sukma 2018 menyuarakan rasa kesal susulan pengharaman itu. Respon kerajaan negeri ialah menyarankan gimnas wanita Terengganu menyertai acara sukan wushu.
Ini bagi saya satu saranan yang pelik. Bertukar acara sukan bukan seperti tukar baju. Bukan hanya dengan sekelip mata gimnas boleh jadi atlet wushu, begitu juga sebaliknya. Setiap acara sukan mempunyai gaya dan cara serta disiplin tersendiri umpamanya latihan bola sepak bukan sama dengan latihan tennis. Seorang ahli sukan yang mahu tukar acara akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri, apa lagi untuk mencapai tahap mahir.
Saya bersimpati dengan gimnas Terengganu yang menceburi sukan ini sejak kecil. Secara tiba-tiba mereka tidak boleh meneruskan bergimnastik dan diminta tukar acara. Apa yang sudah terjadi kepada mereka? Di manakah mereka sekarang? Sedang berwushu?
Simpati saya juga buat gimnas bukan Islam. Awalnya diberitakan mereka boleh terus bergimnastik jika berpakaian longgar dan sebagainya. Kemudian timbul laporan larangan ke atas semua gimnas wanita Islam dan bukan Islam. Ingin saya tanya adakah latihan untuk gimnas bukan Islam? Siapa yang mengendalikan latihan? Jika ada pun, latihan itu bagai sia-sia apabila mengambil kira keputusan Terengganu tidak menghantar gimnas wanita ke Sukma 2024.
Terengganu juga ada peraturan yang menyatakan sebarang persembahan (konsert dan sebagainya) yang melibatkan artis wanita hanya boleh ditonton golongan wanita dan mesti diadakan di kawasan tertutup. Ini kerana jika diadakan di kawasan terbuka, persembahan akan boleh didengar atau dilihat orang lain termasuk orang Islam. Oleh itu tidak dibenarkan.
Terengganu juga menyediakan tempat duduk khas untuk wanita yang menonton bola sepak di stadium, ertinya lelaki satu tempat dan wanita satu tempat. No duduk dekat-dekat, no campur-campur.
Kata kerajaan Terengganu semua peraturan itu dilakukan bagi memastikan tuntutan syariah dipatuhi. Bagaimanapun dalam soal Sukma 2024, langkah tidak menghantar gimnas wanita tidak dilaksanakan oleh Kelantan dan Kedah, yang seperti Terengganu diperintah PN (baca: PAS).
Kelantan dilaporkan menghantar lapan peserta gimnastik termasuk dua gimnas wanita. Kedah pula ada 12 gimnas iaitu enam lelaki dan enam wanita. Saya tidak pasti seragam gimnas wanita Kedah dan Kelantan. Mungkin mereka tahu how to work around the uniform issue. Pun begitu Kedah dan Kelantan beri kepercayaan kepada gimnas masing-masing untuk cuba mencipta kejayaan.
Persembahan artis wanita hanya boleh ditonton wanita bagaimana pula? Tempat duduk khas wanita di stadium? Adakah turut dikuatkuasakan di Kedah dan Kelantan? Saya tak tahu.
Yang jelas kerajaan Terengganu, Kelantan, dan Kedah punya interpretasi masing-masing berhubung tuntutan agama, serta apa peraturan mesra syariah dan apa yang bukan, meskipun ketiga-tiga diterajui PAS. Wallahualam.
 
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/08/tersebutlah-kisah-baju-gimnas-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Kongsi Gambar Mesra Dengan Amir Ahnaf Move On Lepas Tahu Tak Sekufu

Wanita Kongsi Gambar Mesra Dengan Amir Ahnaf Move On Lepas Tahu Tak Sekufu

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 109 hits
nbsp Wanita itu juga mendakwa bahawa dia telah menunggu Amir Ahnaf selama setahun namun dia menyedari bahawa dirinya itu tidak sekufu dengan pelakon tersebut Yang paling sakit dia post perempuan tu selepas jumpa aku apa apa pun terima kasih...
Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya

Remaja 13 Tahun Didakwa Bunuh Teman Wanita Sebaya

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 169 hits
Abdul Rahemang Taimingbhnews bh com myTAWAU Seorang remaja tidak mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit dekat Kalabakan Januari tahun lalu Tertuduh y...
Hiburan Paling Sakit Dia Post That Girl Lepas Tular Foto Amir Ahnaf Mesra Berpelukan Dengan Seorang Wanita

Hiburan Paling Sakit Dia Post That Girl Lepas Tular Foto Amir Ahnaf Mesra Berpelukan Dengan Seorang Wanita

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 309 hits
Baru baru ini tular di khabar angin mengatakan pelakon yang kian popular Amir Ahnaf sedang bercinta dengan salah seorang ahli kumpulan Dolla iaitu Angel Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh kedua dua belah pihak dan aktor itu menega...
Kongsi Foto Mesra Wanita Dakwa Amir Ahnaf Mainkan Hati Setahun Aku Tunggu Dia

Kongsi Foto Mesra Wanita Dakwa Amir Ahnaf Mainkan Hati Setahun Aku Tunggu Dia

papar berkaitan - pada 14/8/2024 - jumlah : 80 hits
Tular di media sosial mengenai seorang pelakon meningkat naik apabila seorang wanita dakwa Amir Ahnaf selepas berkongsi beberapa foto mesra mereka berdua Menerusi perkongsian itu wanita terbabit membuat pendedahan mengenai hubungannya bersa...
Jom Datang Rumah Langsung Tak Serik Video Seungri Menggatal Dengan Wanita Di Bali Tular

Jom Datang Rumah Langsung Tak Serik Video Seungri Menggatal Dengan Wanita Di Bali Tular

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 120 hits
Dah keluar dari penjara selepas kes Burning Sun Seungri nampaknya masih aktif menghadiri acara di banyak kelab malam Artikel Berkaitan Sebelum ini Seungri telah menafikan khabar angin tentang acara Burning Sun yang akan diadakan di Surabaya...
2 Wanita Cedera Diserang Dalam Tandas Surau Polis Buru Suspek

2 Wanita Cedera Diserang Dalam Tandas Surau Polis Buru Suspek

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 73 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myLokasi kejadian wanita cedera diserang seorang lelaki bersenjata pisau di dalam tandas sebuah surau berhampiran sekolah agama rakyat di Kelana Jaya Petaling Jaya hari ini FOTO Ihsan PolisPetaling...
Peninju Kontroversi Imane Khelif Berjaya Rangkul Pingat Emas Acara Tinju Wanita

Peninju Kontroversi Imane Khelif Berjaya Rangkul Pingat Emas Acara Tinju Wanita

papar berkaitan - pada 10/8/2024 - jumlah : 199 hits
Peninju Algeria Imane Khelif yang berdepan kontroversi akhirnya berjaya memenangi pingat emas di Olimpik apabila menewaskan lawannya atlet China Yang Liu dalam kategori 66 kilogram pada Jumaat lapor CNN Sports Di awal pusingan Imane berjaya...
Rangkaian Hut Ke 76 Polwan Ratusan Polisi Wanita Gelar Napak Tilas

Rangkaian Hut Ke 76 Polwan Ratusan Polisi Wanita Gelar Napak Tilas

papar berkaitan - pada 13/8/2024 - jumlah : 83 hits
Kegiatan ini bertujuan untuk mengenang perjuangan para pendahulu Polwan
Motor Dan Handphone Dirampas Wanita Korban Begal Dibuang Di Pinggir Jalan Dengan Luka Robek Di Perut

Motor Dan Handphone Dirampas Wanita Korban Begal Dibuang Di Pinggir Jalan Dengan Luka Robek Di Perut

papar berkaitan - pada 15/8/2024 - jumlah : 63 hits
Korban ditinggalkan di pinggir jalan setelah kendaraan dan barang berharga diambil oleh terduga pelaku
Celebrate A Peranakan Christmas In Kuala Lumpur With Santa Grand Signature S Exclusive Buffet

Maggi Malam S Roadside Success Sparks Controversy Over Alleged Unlicensed Operation

Lirik Lagu Sejarah Dato Sri Siti Nurhaliza

Latheefa Koya Tak Nak Masuk Umno Ker

Siti Nurhaliza Sejarah Chord

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

We Buy Small To Medium Sized Companies


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Jangan Marah Unnn

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Lelaki Maut Dihempap Batu Kuari

Israel Mahu Kebebasan Serang Lubnan Selepas Gencatan Senjata

Yang Nak Berpeluang Miliki Microsoft Surface Pro Terpakai Jangan Lepaskan Peluang Ni