Terpuji La Sangat


 


HISHAM YANG TERPUJI


2 July 2025


Sebagai respon kepada kenyataan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa seseorang yang dikenakan tindakan disiplin hendaklah membuat rayuan terlebih dahulu sebelum kesnya boleh dibincangkan dalam MT UMNO, bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein ternyata menunjukkan beliau adalah seorang yang terpuji.


Ia berikutan beliau bertegas tidak akan membuat sebarang rayuan demi prinsip yang dipegangnya.


Menurutnya, beliau tidak bercadang untuk membuat sebarang rayuan atas dasar prinsip, selain mendakwa tidak diadili dengan baik sebelum keputusan diambil untuk menggantungnya selama enam tahun pada Januari tahun 2023 lalu.


Malah, menurut Ahli Parlimen Sembrong itu lagi, keputusan yang dibuat MT UMNO malam semalam juga mendedahkan perbezaan di antara “mereka” dan “kita”.


“Semalam MKT telah membuat keputusan mereka. Keputusan ini mencerminkan siapa “mereka”, bukan siapa “kita”. Mereka telah buat keputusan.


“Dan sekarang saya teruskan langkah ke hadapan dengan bermaruah dan berprinsip. Inilah perjuangan nilai dan makna.


“Rayuan bukan penentu kesetiaan saya. Prinsip di dalam parti yang menentukan kesetiaan kita sebagai orang parti,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman sosialnya.


Hishammuddin seterusnya berkata, sehingga sekarang beliau masih tidak tahu punca penggantungannya daripada UMNO, di samping mendakwa tidak pernah dipanggil jawatankuasa disiplin parti untuk membela diri.


Bekas menteri itu berkata, keputusan MT UMNO malam semalam berhubung isu penggantungannya memang telah dijangka.


“Saya digantung atas alasan melanggar fasal-fasal tertentu dalam Perlembagaan UMNO, tetapi tiada sebarang perincian atau penjelasan lanjut diberikan.


“Sehingga ke hari ini saya tidak dimaklumkan secara rasmi dan bertulis kesalahan secara spesifik yang saya didakwa telah lakukan.


“Saya tidak pernah dipanggil untuk penjelasan atau membela diri,” tambahnya lagi.


Sementara itu, sebagaimana dilaporkan Malaysiakini, satu sumber yang merupakan seorang ahli MT UMNO memberitahu, Zahid Hamidi dalam mesyuarat malam semalam telah mendedahkan punca sebenar Hishammuddin digantung keahliannya.


“Punca pertama ialah kerana bekas Naib Presiden UMNO itu didakwa menghasut sembilan Ahli Parlimen BN untuk menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 lalu.


“Hishammuddin juga merupakan individu yang menghasut supaya 22 daripada 25 Adun BN di Sabah keluar parti pada penghujung 2018 lalu.


“Ini adalah antara ‘dosa’ yang membawa kepada penggantungan Hishammuddin,” dakwa sumber tersebut.


Jika itulah punca Hishammuddin digantung keahlian, ia sebenarnya adalah tindakan yang tidak berasas dan terpesong daripada kebenaran.


Sokongan Hishammuddin bersama sembilan Ahli Parlimen BN kepada Muhyiddin selepas PRU15 lalu tidak boleh dianggap melanggar disiplin parti kerana UMNO ketika itu belum lagi membuat keputusan rasmi untuk bekerjasama dengan PH.


Malah, tindakan Hishammuddin bersama sembilan Ahli Parlimen itu adalah selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO iaitu “No Anwar, No DAP” sekiranya UMNO ingin bekerjasama membentuk kerajaan.


Memberi sokongan kepada Muhyiddin hanyalah bertujuan menyelamatkan negara agar kerajaan baharu dapat dibentuk berikutan tiada parti memperolehi majoriti.


Bagaimanapun, setelah UMNO membuat keputusan rasmi mahu bekerjasama dengan PH, Hishammuddin dan sembilan lagi Ahli Parlimen BN tetap akur dengan ketetapan yang diambil dan tidak lagi meneruskan sokongan kepada Muhyiddin.


Maka, di mana disiplin UMNO telah dilanggar?


Berkenaan dakwaan menghasut Adun-Adun Sabah keluar UMNO, harus diingat bahawa perkara itu telah berlaku pada 2018 lalu.


Jika pun dakwaan itu benar, kenapa hanya selepas PRU15 iaitu pada 2022, baru tindakan diambil?


Selain itu, jika tindakan Hishammuddin ada 2018 itu dianggap satu kesalahan, mengapa beliau tetap dipilih sebagai calon BN untuk bertanding di Parlimen Sembrong pada PRU tahun 2022?


Hakikatnya, jika itulah asas penggantungan Hishammuddin, ia adalah alasan  palsu dan memang wajar serta tepat untuk beliau kekal dengan pendirian tidak mahu membuat sebarang rayuan.


Jika merayu, bermakna Hishammuddin sendiri telah membenarkan kepalsuan yang ditimpakan kepada dirinya, manakala tidak merayu kekal menjadikannya pemimpin terpuji. – ShahbudinHusin 02July2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/07/hisham-yang-terpuji/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/07/terpuji-la-sangat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dituduh Tak Malu Buat Lawak Telur Masam Suami Pertahankan Kieda Crepe Come On Dah 2025 Gelabah Sangat Ni

Hiburan Dituduh Tak Malu Buat Lawak Telur Masam Suami Pertahankan Kieda Crepe Come On Dah 2025 Gelabah Sangat Ni

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 155 hits
Susulan memuat naik video mendedahkan diri terkena jangkitan herpes akibat telur masam suami personaliti media sosial serta usahawan dessert Kieda Crepe teruk dikecam netizen Netizen jijik dengan Kieda dan suami Advertisement Dapat dilihat ...
Kesihatan Mental Itu Sangat Penting Dan Mahal

Kesihatan Mental Itu Sangat Penting Dan Mahal

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 173 hits
Tajuk Bila Kamu Rasa Burnout Mungkin Ini Masa Untuk Berhenti Sekejap Ada satu masa aku rasa semuanya terlalu berat Kerja yang dulunya beri semangat kini hanya beban Hidup yang dulunya penuh perancangan kini terasa kosong Doa yang dulunya ya...
Steven Sim Terharu Pelajar Pernah Dibantu Kini Bergelar Doktor Saya Sangat Bangga

Steven Sim Terharu Pelajar Pernah Dibantu Kini Bergelar Doktor Saya Sangat Bangga

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 163 hits
Menteri Sumber Manusia Malaysia Steven Sim Chee Keong mengakui cukup terharu dan bangga dengan pencapaian yang diraih oleh seorang graduan Institut Pengajian Tinggi apabila kini bergelar doktor walaupun melalui pelbagai kesukaran sewaktu be...
Insaflah Melampau Sangat Ni Fara Mendoza Buat Hal Lagi Netizen Mengucap Panjang Tengok Posting Ig

Insaflah Melampau Sangat Ni Fara Mendoza Buat Hal Lagi Netizen Mengucap Panjang Tengok Posting Ig

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 193 hits
Nama pelakon dan usahawan Fara Mendoza kembali menjadi sorotan netizen selepas berkongsi satu lagi video berkaitan rawatan kecantikan di Instagram miliknya Dalam video pendek yang dimuat naik menerusi Instagram Story Fara atau nama sebenarn...
Teman Siti Jamumall Check Up Kandungan Netizen Puji Sikap Matang Iqbal Zulkefli Sesuai Sangat Berdua

Teman Siti Jamumall Check Up Kandungan Netizen Puji Sikap Matang Iqbal Zulkefli Sesuai Sangat Berdua

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 173 hits
Baru baru ini pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Iqbal Zulkefli telah berkongsi momen dia menemani Siti Jamumall membuat pemeriksaan keadaan kandungan Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok Iqbal atau nama lengkapnya Ahmad Iqba...
Duit Selalu Sangat Takk Cukup Korang Mesti Reset Mindset Korang

Duit Selalu Sangat Takk Cukup Korang Mesti Reset Mindset Korang

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 149 hits
Korang tahu apa yang membuatkan seseorang tu berjaya hasilkan duit dan seorang lagi berputus asa Ia mudah Ia adalah pemikiran Omputih panggil MINDSET Selain kehidupan beragama Korang percaya tak setiap hari ia akan membentuk bagaimana kehid...
Sedap Sangat Snek Dari Malaysia J Hope Bts Akui Suka Makan Super Ring

Sedap Sangat Snek Dari Malaysia J Hope Bts Akui Suka Makan Super Ring

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 176 hits
Baru baru ini j hope BTS telah tampil sebagai tetamu dalam program Sana s Fridge Interview di YouTube yang dihoskan oleh Sana TWICE Artikel Berkaitan Untuk pengetahuan ini adalah program bual bicara di mana tetamu yang hadir akan berkongsi ...
Can Madani Deliver One Million Affordable Homes

Petronas In Talks To Sell Rio Oil Field Stake For Us 1bil

Ultimate Traditional Italian Beef Meatballs Recipe

Yummy Ground Beef Dip Recipe For Nachos With Velveeta

Naszkenyang Fardtinted Feat Rushdanwafa Taknak Tahu Chord

Pegawai Polis Terima Rasuah Daripada Warga Asing Ditahan Sprm

Hypocritical To Act Against Chinese School S Upside Down Flag When Minister Has Yet To Act On Own Flag Blunder

Cuktech Raikan Merdeka 2025 Dengan Inovasi Terkini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


I Think I M Too Hard On Myself

A Voice They Should Have Feared

Tak Tahu Nak Gelak Ke Apa

Morninggg

Pengadil Serie A Umum Keputusan Var Secara Langsung

Telatah Zara Datin Alyah Naik Merry Go Round Video