Terpisah 20 Tahun Ali Jais Dipertemukan Semula Dengan Anak


 
Setelah 20 tahun terpisah, akhirnya seorang warga emas Ali Jais (tengah) yang berada di Singapura berjaya disatukan dengan anak kandungnya semalam. (Gambar Bernama)JOHOR BAHRU: Tangisan kegembiraan menyelubungi pertemuan warga Malaysia di Singapura, Ali Jais yang terpisah sejak 20 tahun lepas apabila disatukan semula dengan anak-anaknya.
Ali, 84, yang tinggal di rumah jagaan warga emas ‘Bukit Batok Home For The Aged’ di Singapura, tiba kira-kira 10 pagi semalam di sebuah stesen minyak di bandar raya ini dengan menaiki sebuah ambulans dari republik itu selepas selesai menjalani ujian calitan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini, semalam.
Dia yang mengalami masalah lutut perlu dipapah sejurus turun dari ambulans, disambut dengan pelukan dan tangisan kegembiraan oleh dua daripada tiga anaknya, Hasliza, 41, dan Khazimah, 37, sebelum dibawa balik ke rumah anak sulungnya, Hasliza di Batu Caves, Selangor untuk menjalani kuarantin.
Menurut Hasliza, dia amat bersyukur dapat bersua muka kembali dengan bapa mereka yang telah lama terpisah, bagaimanapun detik bersejarah itu tidak dapat disaksikan seorang lagi adiknya, Haslina, 39, yang bertugas sebagai jururawat.
“Akhirnya kami disatukan kembali dengan abah dan 31 Dis ini adalah hari jadi abah. Jadi, kami merancang hendak mengadakan majlis doa selamat sempena pertemuan ini. Kami tidak sangka dapat jumpa abah secepat ini.
“Kami terlalu rindu, seluruh keluarga merinduinya. Syukur segala proses untuk membawa pulang abah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Misi membawa pulang Ali mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak di Singapura dan Malaysia, proses itu turut dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andrew Chen Kah Eng bagi proses dokumentasi dan sebagainya.
Sementara anak bongsu Ali, Khazimah berkata sambutan Aidilfitri tahun hadapan bakal menjadi sambutan paling bermakna dalam hidupnya kerana buat kali pertama menyambut bersama bapanya.
“…pertama kali dalam hidup, sebab saya tidak pernah dapat merasa sambutan bersama abah, tidak pernah dapat cium tangan dia, syukur alhamdulillah,” katanya.
Hasliza dan Khazimah, dalam masa sama berkata mereka tidak sabar untuk memasak lempeng kelapa bersama kuah kari dan asam pedas yang menjadi kegemaran bapa mereka, sebaik tiba di rumah.
Sementara itu, Chen berkata beliau berhubung dengan anak-anak Ali sejak awal bulan ini bagi menguruskan proses membawa pulang ke sini dan ia mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, Alpha Ambulance, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Pada 15 Nov lepas, Bernama melaporkan rayuan pencarian Ali oleh Khazimah dalam perkongsiannya menerusi laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers dan bapanya itu berjaya ditemukan dalam tempoh kurang 24 jam selepas berita mengenainya dilaporkan.
Berasal dari Kuala Selangor, Ali kali terakhir ditemui anak-anaknya pada 2001, selepas berpisah dengan isterinya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/12/terpisah-20-tahun-ali-jais-dipertemukan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baba Can U Read That For Me Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

Baba Can U Read That For Me Ali Nak Masuk 4 Tahun Dah Makin Bijak Saharul Ridzwan Beli Buku Garis 3 Ajar Anak Menulis

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 388 hits
Seronok melihat perkembangan anak anak depan mata Dari bayi sampailah mereka mula berjalan bercakap dan seterusnya Pelakon Saharul Ridzwan di Instagram miliknya berkongsi tentang anak lelakinya Ali yang bakal berumur 4 tahun pada tahun hada...
Tuhan Pinjamkan Saya Tangan Kanan Untuk 55 Tahun Tapi Bila Tuhan Nak Ambik Semula Sekelip Mata Je

Tuhan Pinjamkan Saya Tangan Kanan Untuk 55 Tahun Tapi Bila Tuhan Nak Ambik Semula Sekelip Mata Je

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 260 hits
Tuhan pinjamkan saya tangan kanan untuk 55 tahun tetapi bila Tuhan nak ambil semula hanya sekelip mata Itulah kata kata Mohd Sis bin Latif yang dil ngg4r semasa bekerja menyelengara lebuhraya Pasir Gudang tempoh hari Setiausaha Kerajaan Joh...
Tragsi Dunia Beri Ucapan Penuh Emosi Di Facebook Ibu Tembak Mati Anak Berusia 10 Tahun Sebelum Bunuh Diri

Tragsi Dunia Beri Ucapan Penuh Emosi Di Facebook Ibu Tembak Mati Anak Berusia 10 Tahun Sebelum Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 499 hits
Salah seorang daripada anak disyaki mati dibunuh SEORANG ibu bertindak menembak mati anak lelakinya sebelum membunuh dirinya Kejadian itu berlaku dua hari selepas mengucapkan Selamat Tahun Baharu dan mengatakan semoga anda semua memperoleh ...
Hampir 20 Tahun Akhirnya Zoo Kelantan Akan Dibuka Semula

Hampir 20 Tahun Akhirnya Zoo Kelantan Akan Dibuka Semula

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 272 hits
Selepas ditutup hampir 20 tahun lepas Zoo Kuala Krai iaitu satu satunya zoo di Kelantan dijangka dibuka semula pada bulan Jun tahun depan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata setakat...
Ada Anak Bawah 6 Tahun Amalkan Formula 3h Supaya Apa Anak Belajar Kekal Lama

Ada Anak Bawah 6 Tahun Amalkan Formula 3h Supaya Apa Anak Belajar Kekal Lama

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 403 hits
Cikgu saya nak anak saya banyak aktiviti hands on ye Cadang si ibu kepada cikgu anaknya Selain nak uji kognitifnya kita kena uji kemahiran kanak kanak Pesan guru besar kepada guru gurunya HANDS ON HEADS ON DAN HEARTS ON Alhamdulillah selain...
Wanita Saman Teman Lelaki Kerana Tidak Melamarnya Selepas 8 Tahun Bersama Dikurniakan Seorang Anak

Wanita Saman Teman Lelaki Kerana Tidak Melamarnya Selepas 8 Tahun Bersama Dikurniakan Seorang Anak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 278 hits
Menunggu pasangan untuk memberikan komitmen dalam hubungan adalah satu permainan yang bosan untuk dimainkan Kini seorang wanita telah tampil mengambil tindakan undang undang setelah teman lelakinya gagal menunaikan janji untuk mengahwininya...
Video 21 Tahun Baru Dapat Anak Pertama Guna Kaedah Ivf

Video 21 Tahun Baru Dapat Anak Pertama Guna Kaedah Ivf

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 306 hits
SETIAP pasangan suami isteri inginkan anak sebagai penyeri rumah tangga mereka Seperti pasangan di Indonesia ini yang dikurniakan buah hati pertama setelah 21 tahun menunggu Menerusi perkongsian seorang pengguna Instagram drbennyarifin yang...
Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

Biarkan Anak Urus Diri Bukan Sebab Mak Malas Tapi Nak Dia Belajar Terutama Anak 3 Tahun Ke Bawah

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 409 hits
Biarlah saya suap anak makan asalkan dia tak main dengan makanan dan tak bersepah akhirnya anak tak pandai gunakan tangan untuk menyuap makanan lebih sedih tak tahu fungsi tangan untuk menyuap makanan memegang sudu kerana terbiasa makan ber...
Najwa Shihab Dan Glenn Muncul Di Video Rangkuman Google Tahun 2020 Dari Mulai Kabar Duka Sampai Penyemangat Anak Muda

Najwa Shihab Dan Glenn Muncul Di Video Rangkuman Google Tahun 2020 Dari Mulai Kabar Duka Sampai Penyemangat Anak Muda

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 296 hits
Berbagai momen terangkum dalam video Year in Search 2020 yang dirilis oleh Google Mana nih momen yang paling kamu ingat
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba