Terpalit Kes Buli Di Sekolah Chorong Apink Luah Perasaan Buat Pertama Kali
Cho-rong APINK meluahkan perasaannya buat pertama kali sejak dia berdepan dakwaan tentang kontroversi buli di sekolah.
Pada 1 Januari, di ‘fancafe’ rasmi APINK, Cho-rong telah memuat naik satu entri yang mana dia meluahkan perasaannya mengenai kontroversi bulinya. Ini juga adalah kali pertama Cho-rong berbicara tentang isu ini selepas rakan sekelas ‘A’ yang didakwa sebelum ini, menuduhnya melakukan keganasan di sekolah dan mendakwa Cho-rong telah menamparnya berulang kali. Cho-rong menulis,
Saya akhirnya menulis di sini setelah sekian lama. Adakah anda semua telah menikmati Hari Tahun Baru yang gembira? Tahun lepas, saya menyebabkan ramai peminat kecewa dan bimbang, dan tahun itu adalah tahun di mana hati saya tidak gembira.
Kepada peminat yang kecewa dan berpaling daripada saya, saya minta maaf saya tidak dapat memberikan sebarang jawapan untuk seketika. Sejujurnya, saya pada mulanya menulis petikan yang panjang, dan berulang kali memadam dan menulisnya semula. Tetapi kemudian, saya berfikir tentang beratnya perkataan dan kerana saya bimbang kata-kata saya mungkin menjadi alasan dan menyebabkan salah faham lagi, jadi saya tidak dapat memberikan sebarang jawapan.
Selain itu, APINK baru-baru ini telah selesai mengadakan acara pertemuan bersama dengan peminat mereka, sempena ulang tahun debut ke-10 kumpulan itu. Cho-rong berkata,
Apabila saya memikirkan tentang ‘Panda’ (nama kelab peminat APINK) yang tidak dapat menikmati ulang tahun ke-10 kami sepenuhnya, hati saya terasa berat dan sakit. Saya bukanlah seorang yang sempurna dan bukan seorang yang tiada cacat cela, tetapi saya bekerja keras untuk berhati-hati dalam setiap perkara yang saya lakukan dan sentiasa bertindak dengan ikhlas. Tahun ini, sebagai ketua kumpulan APINK, saya akan bekerja keras supaya kami hanya dapat menyampaikan berita baik kepada peminat kami. Saya akan menjadi pemimpin yang lebih hebat dan kumpulan yang lebih hebat, supaya awak boleh keluar dan berbangga dengan mengatakan bahawa awak peminat APINK.
Mengakhiri ucapan buat peminat, Cho-rong menyatakan,
Mungkin tidak selesa untuk bercakap tentang topik berat seperti ini pada awal tahun baru, tetapi saya beranikan diri untuk menulis di sini kerana ia adalah sesuatu yang saya ingin katakan kepada awak. Saya tidak akan meminta awak untuk mempercayai saya atau menunggu saya lagi. Saya hanya akan bekerja keras.
Mengenai kes buli tersebut, Cho-rong telah menyaman ‘A’ kerana memfitnah dan mengancamnya dengan penyebaran maklumat palsu. Akhirnya, polis sendiri telah membuat kesimpulan bahawa ‘A’ telah mengancam Cho-rong dan membawa kes itu ke pendakwaan. Kemudian, pada November 2021, tuduhan yang dibuat terhadap Cho-rong telah dibuktikan palsu.
Semoga lepas ni dah tiada tuduhan yang sebegini.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/terpalit-kes-buli-di-sekolah-chorong-apink-luah-perasaan-buat-pertama-kali/