Terpaksa Pergi Ke Wuhan Demi Nyawa Foto Doktor Berpisah Dengan Suami Undang Sebak
Wabak koronavirus menjadi kebimbangan kepada masayarakat dunia pada masa kini sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak tersebut sebagai ‘kecemasan kesihatan global’. Pengisytiharan tersebut memperlihatkan betapa gentingnya jangkitan virus ini.
Pelbagai kisah yang boleh disaksikan di media sosial rentetan daripada bermulanya virus tersebut di Wuhan, China.
Para doktor dan petugas di hospital menjadi individu terpenting dalam misi menyelamatkan pesakit yang menghidap koronavirus. Mereka bertungkus lumus memberikan yang terbaik sehingga ada dalam kalangan mereka sendiri yang dijangkiti virus tersebut.
Satu imej yang meruntun hati juga telah tersebar di Twitter yang memperlihatkan seorang doktor wanita seperti perlu berpisah dengan suaminya dalam misi ‘menyelamatkan’ bandar Wuhan.
Dia merupakan seorang doktor. Pergi ke bandar Wuhan untuk merawat pesakit #Koronavirus. Ini misi potensi bunuh diri dan suaminya tahu bahawa mungkin dia tidak akan kembali. Tabik kepada wanita ini yang juga mampu membuktikan bahawa doktor juga boleh berkorban demi negara.
She is a volunteer lady doctor ❤️ going to wuhaan city…to treat #Coronavirus patients 😥This is a potential suicide mission..and her husband knows she may not come back 😥Salute to lady proving that doctors can also die for their country❤️ pic.twitter.com/5CHGXLjakq
— Arslan Ali (@Arslan_Crickter) January 30, 2020
Netizen dilihat tersentuh dengan gambar tersebut dan berharap agar semua doktor yang bertugas selamat serta kembali kepada keluarga masing-masing.
Selain imej di atas, beberapa imej lain yang menyedihkan juga dikongsi oleh portal berita dan media sosial.
Kredit Foto: Reddit.com
Kredit Foto: The Sun
Kredit Foto:News.com
Sumber: Arslan Ali
The post Terpaksa ‘Pergi’ Ke Wuhan Demi Nyawa, Foto Doktor Berpisah Dengan Suami Undang Sebak appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/02/02/terpaksa-pergi-ke-wuhan-demi-nyawa-foto-doktor-berpisah-dengan-suami-undang-sebak/