Terowong Nadi Penghubung Pejuang Dan Warga Palestin










NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN

Terowong bawah tanah adalah 'talian hayat' yg menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza,Manakala bagi pertubuhan Hamas,terowong tersebut adalah antara paksi kekuatan ketenteraannya.

Ini diakui sendiri oleh Komander Israel yang mendakwa pejuang Islam itu masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang aktif beroperasi melalui terowong jauh di bawah tanah sempadan Mesir.

Terowong ini adalah kunci bagi memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas.Ia bukan saja menjadikan mereka sebagai sasaran serangan Israel malah turut menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata.

Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel,Prof Efraim Inbar berkata,dia percaya kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas kewujudan terowong ini.

“Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya.Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan menghentikannya.Masalah yang dihadapi Israel sekarang adalah mereka perlu memusnahkan semua terowong ini dan memastikan ia tidak akan dibina pada masa depan,”katanya.

Terowong pertama yang di temui tentera rejim Zionist dikenali sebagai Koridor Philadelphi.Selain itu,terdapat ratusan lagi terowong yang berselirat antara Gaza dan Mesir.Ia dibina bertahun dulu dan memiliki kedalaman serta keluasan yang pelbagai.

Terowong tersebut menjadi laluan termasuklah untuk menyeludup pelbagai jenis barangan; daripada anak kambing hinggalah kepada senjata seperti roket.Dan juga terdapat terowong yang hanya dikhaskan untuk golongan kenamaan dengan jarak laluan yang lebih pendek.



Baca di sini DERITA GAZA SIAPA YANG PERDULI



Sebelum ini,Israel pernah menimbangkan satu cadangan bagi menangani kewujudan terowong ini iaitu dengan menggali parit dan dipenuhkan dengan air laut.Justeru,setiap pengguna terowong berisiko untuk lemas.Bagaimanapun, pelan itu tidak di laksanakan kerana ia boleh mendedahkan Gaza pada risiko keadaan bawah tanah yang rapuh.

Selain itu,Israel juga cuba untuk memusnahkan jaringan bawah tanah ini dengan bom jenis bunker-busting (bom yang boleh menembusi sasaran bawah tanah) yang diperoleh dari Amerika Syarikat.

Israel juga pernah meminta Amerika Syarikat membekalkan jurutera tentera yang boleh membina dinding bawah tanah di sebelah Mesir bersebelahan Koridor Philadelphi.Pada dasarnya,Amerika Syarikat bersetuju walaupun tidak jelas sama ada pihak Mesir memberikan kebenaran atau tidak.

Nicholas Pelham,penganalisis dari Kumpulan Krisis Antarabangsa berkata,Israel menyasarkan untuk menutup terowong ini secara kekal dan ia adalah proses utama dan berpanjangan.

“Tanpa memperoleh semua wilayah,adalah sukar bagi Israel menutup kesemua terowong ini,” katanya.

Apa yang lebih membimbangkan Israel ialah apabila sayap bersenjata Hamas,Briged Izz Al-Din Al-Qassam menggunakan kemudahan terowong itu untuk persiapan perang.Sayap itu dikatakan menghantar ribuan pejuang untuk berlatih di Iran dan Lubnan di mana terowong tersebut merupakan laluan utama para pejuang.

Menurut seorang Komander Hamas,salah satu daripada manfaat yang diperolehi daripada terowong itu adalah,ianya mengurangkan risiko yang bakal dihadapi tatkala menyerang balas Israel.

Salah satu terowong yang musnah di bom oleh rejim Israel

“Jangan ledakkan bom di situ.Gali terowong dan gunakan wayar peledak bagi membolehkan misil dilancarkan dari jauh.Jadi, Hamas hanya akan kerugian tiub atau alatan menembak yang murah kos nya dan bukannya risiko akan kehilangan pejuang,” katanya.

Komander Islam Jihad,Abu Bilal yang beroperasi secara bebas di Gaza,mengakui serangan roket secara psikologinya memusnahkan Israel tetapi memberi impak ketenteraan yang minimum.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa selain daripada serangan roket dengan harapan mereka memasuki Gaza.Kami berdoa supaya kereta kebal masuk ke kawasan kami dan semua pejuang akan menunggu peluang untuk membunuh mereka,”katanya.

Rangkaian persenjataan Hamas termasuk misil Qassam yang dihasilkan di Gaza dan roket tiruan Russia yang dihasilkan di China.Semua itu diseludup melalui sempadan termasuk mortar,mesingan,bom,pelancar roket dan pelbagai senjata perang lain yang di ubah suai.



INFO TAMBAHAN




1. Ada lebih 750 (dan jumlahnya semakin bertambah) terowong di bawah bumi Gaza dan satu daripadanya(antara yg terawal) ditemui Israel dikenali sebagai Koridor Philadephi.

2. Terowong yang lazimnya digunakan untuk penyeludupan barangan pengguna memiliki jarak sejauh kira² 800 hingga 1,400 meter dengan kedalaman antara 15 hingga 30 meter.

3. Pembinaan mengambil masa paling kurang enam bulan.Terdapat bayaran dengan kadar tertentu untuk kerja² menggali terowong.

4. Dianggarkan 90 peratus produk yang memasuki Gaza setiap bulan adalah amat tinggi.Dikatakan mencecah nilai jutaan Ringgit Malaysia(sila buat rujuk silang kembali)..Dan kesemuanya dibawa melalui Mesir.

5. Jaringan bawah tanah ini juga sumber pendapatan sampingan bagi pergerakan Hamas.Bayaran akan dikenakan ke atas pihak yg menggunakan terowong tersebut.

Sumber: sir_khai79
kredit Ziefenz Zee fb

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://scriptersnews.blogspot.com/2019/05/terowong-nadi-penghubung-pejuang-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Nakba Ribuan Warga Palestin Berhimpun

Hari Nakba Ribuan Warga Palestin Berhimpun

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 303 hits
PEMPROTES warga Palestin yang cedera dibawa menjauhi pagar sempadan ketika pertempuran dengan tentera Israel pada ulang tahun ke 71 Hari Nakba di timur Gaza City hari ini AFPGAZA CITY 15 Mei Ribuan warga Palestin membuat demonstrasi pada ul...
4925 Serahan Bantuan Makanan Kepada Warga Palestin Dan Syria Ppiim 7 5 19

4925 Serahan Bantuan Makanan Kepada Warga Palestin Dan Syria Ppiim 7 5 19

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 242 hits
PETALING JAYA 7 Mei Persatuan Pengguna Islam Malaysia Syed Industry Sdn Bhd dan Naz Food amat prihatin dengan kesengsaraan dialami warga Palestin dan Syria akibat kezaliman Rejim Zionis PPIM dan Syed Industry Sdn Bhd serta Naz Food membuat ...
Jadi Penyalur Kewangan Pejuang Gaza Uthman Bin Affan Palestin Syahid Dibedil Zionis

Jadi Penyalur Kewangan Pejuang Gaza Uthman Bin Affan Palestin Syahid Dibedil Zionis

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 355 hits
Sejak kebelakangan ini kebanyakkan media telah membuat liputan mengenai kemelut yang melanda Gaza Hal tersebut disebabkan serangan yang bertali arus pada awal Ramadan oleh Rejim Zionis Pelbagai kemusnahan dan kematian telah dilaporkan sehin...
Warga Tanjungpinang Diminta Waspadai Virus Cacar Monyet

Warga Tanjungpinang Diminta Waspadai Virus Cacar Monyet

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 236 hits
Di Singapura kata dia terdapat belasan penderita cacar monyet namun mendapat penanganan yang serius dari pemerintah setempat
Dua Warga Tewas Tertimbun Tanah Longsor Di Lokasi Penambangan Boyolali

Dua Warga Tewas Tertimbun Tanah Longsor Di Lokasi Penambangan Boyolali

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 233 hits
Kepala Bagian Kedaruratan Badan Penanggulangan Bencana Daerah Boyolali Fajar Kurniawan menuturkan pihaknya langsung menuju lokasi sesaat setelah mendapat informasi longsor Warga sudah berhasil mengevakuasi kedua korban sekitar 45 menit sete...
Buggy Bantu Pengundi Warga Emas Oku

Buggy Bantu Pengundi Warga Emas Oku

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 352 hits
BERNAMA SURUHANJAYA Pilihan raya menyediakan tiga kereta buggy untuk membawa pengundi warga emas dan orang kurang upaya di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Muhibbah Sandakan hari ini Perkhidmatan kereta itu digunakan khusus untuk mengangku...
Tentara Israel Tembak Mati Warga Palestina Saat Unjuk Rasa Di Jalur Gaza

Tentara Israel Tembak Mati Warga Palestina Saat Unjuk Rasa Di Jalur Gaza

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 318 hits
Pasukan Israel menembak mati seorang warga Palestina selama aksi protes mingguan di sepanjang perbatasan dengan Israel Informasi itu disampaikan pejabat kesehatan Gaza seperti dilansir Antara sabtu
Warga Emas Maut Mercedes Benz Terbabas Di Km172 2 Lpt1

Warga Emas Maut Mercedes Benz Terbabas Di Km172 2 Lpt1

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 611 hits
KUANTAN Seorang warga emas maut selepas kereta mewah Mercedes Benz yang dipandu isterinya terbabas di kilometer 172 2 Lebuh Raya Pantai Timur Maran dekat sini hari ini Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzama...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat