Terokai Dunia Fantasi Warna Warni Tokidoki Di Paradigm Mall Johor Bahru


Buat julung kalinya, dunia keceriaan dan keseronokan Tokidoki akan mewarnai Paradigm Mall Johor Bahru (PMJB) Ogos ini. Bersempena dengan musim cuti persekolahan, perayaan Kuih Bulan dan sambutan Hari Kebangsaan; Paradigm Mall Johor Bahru bakal menawarkan anda pengalaman Tokidoki yang eksklusif mulai 15 Ogos sehingga 16 September, 2019


Sebuah Ekspedisi Ceria!
Dengan keluasan sepanjang 24 meter, Paradigm Mall Johor Bahru telah menyediakan taman permainan ‘belon kembung’ bersama gelongsor Unicorno dengan ketinggian lima meter di atrium utama pusat beli-belah ini. Kanak-kanak boleh menikmati keseronokan taman permainan ‘belon kembung’ dengan melompat pada trampolin donut, meluncur ke gelongsor pelangi yang besar dan menuruni kolam yang penuh dengan bebola berwarna-warni di mana mereka boleh menemui belon-belon kembung seperti Donutella, SANDy, Carina, Mozarella, Latte, and Kaiju. Anda dan seluruh ahli keluarga boleh menikmati pelbagai aktiviti dan permainan eksklusif yang menyeronokkan


Paradigm Mall Johor Bahru turut mengadakan pameran eksklusif barangan Tokidoki, koleksi Tokidoki edisi terhad, cenderamata menarik, patung permainan dan banyak lagi

Tidak cukup dengan itu, pengalaman interaktif yang penuh mendalam turut menanti anda seisi keluarga. Paradigm Mall turut mengadakan beberapa siri aktiviti yang menarik sepanjang musim cuti persekolahan, perayaan Kuih Bulan dan Hari Kebangsaan ini

Gerai Karnival Tarikh: 15 Ogos - 16 September, 2019 Masa: 10 pagi – 10 malam Lokasi: Aras G, Atrium Utama
Keseronokan tidak terhenti begitu sahaja kerana anda sekeluarga boleh menikmati pelbagai jenis permainan di gerai karnival seperti lempar gelang, menembak tin dan cari pasangan itik. Harga bagi setiap permainan hanya RM5 dan anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik

Camp 5 Rock Climbing Tarikh: 15 Ogos - 16 September, 2019 Masa: 10 pagi – 10 malam Lokasi: Aras G, Atrium Utama
Dengan setiap pembelian minimum RM80 dalam satu resit, anda berpeluang untuk menebus pas rock-climbing untuk kanak-kanak. Kanak-kanak berpeluang untuk melompat dan bermain di ruang kemudahan rock-climbing PMJB ini. Pertandingan rock-climbing untuk kanak-kanak turut diadakan dari 30 hingga 31 Ogos 2019


Untuk menyertai pertandingan ini, anda boleh mendaftarkan anak anda di https://bit.ly/2STEz4D Pertandingan ini terbuka kepada 20 kanak-kanak terawal bagi setiap sesi. Tiga pemenang utama akan memenangi Parti Hari Jadi Rock Climbing bernilai sehingga RM 550

*Tertakluk pada terma & syarat, siapa cepat, dia dapat

Perayaan Kuih Bulan Tarikh: 15 Ogos - 12 September, 2019 Masa: 10 pagi – 10 malam Lokasi: Aras G & Aras UG
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan menakjubkan berserta dekorasi tanglung yang istimewa sempena festival Kuih Bulan sambil menikmati keenakan kuih bulan. Pengunjung juga boleh merasai pengalaman membuat sendiri tanglung dan kuih bulan menerusi bengkel-bengkel yang akan dianjurkan sepanjang festival ini berlangsung

Hari Kebangsaan Tarikh: 31 Ogos - 15 September 2019 Masa: 2 – 6 petang Lokasi: Aras UG, berdekatan Shoopen
Bersempena dengan Hari Kebangsaan ini, nikmati pelbagai persembahan kebudayaan daripada berbilang kaum: persembahan daripada Encore Melaka, konsert pelajar Yahama dan persembahan tarian Satu Malaysia. Nikmati juga keseronokan lukisan patriotik pada muka demi Malaysiaku yang tercinta

Pengunjung juga boleh menunjukkan semangat patriotisme mereka sebagai rakyat Malaysia dengan memakai Unity Ribbon, reben buatan tangan masyarakat yang terabai di bawah PROJEK57. Unity Ribbon ini boleh ditebus di kaunter Concierge dengan pembelian RM50 dan ke atas dalam satu resit

Exclusive redemptions
PMJB menawarkan program penebusan eksklusif dengan pembelian RM200 dan ke atas dalam dua resit, di mana anda boleh menebus satu Fail Berzip Saiz A4 edisi terhad Tokidoki. Bagi mereka yang berbelanja RM500 dan ke atas, sekurang-kurangnya dalam lima resit, anda berpeluang untuk menebus bangku penyimpanan eksklusif Tokidoki. Anda juga berpeluang untuk mendapatkan pas masuk ke taman permainan Tokidoki dengan pembelian minimum RM50 dan ke atas dalam satu resit. Bagi yang berbelanja sekurang-kurangnya RM50 dalam satu resit layak untuk menebus satu Unity Ribbon

*Tertakluk pada terma & syarat, siapa cepat, dia dapat

Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke Paradigm Mall JB Ogos ini dan jadikannya kenangan terindah buat anda dan keluarga tersayang. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi lain, sila layari laman web dan saluran media sosial Paradigm Mall Johor Bahru di:
Laman web: http://www.paradigmmall.com.my/jb/ Facebook: https://www.facebook.com/ParadigmJB/ Instagram: https://www.instagram.com/paradigm.jb/?hl=en







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2019/08/terokai-dunia-fantasi-warna-warni.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Logo Maskot Visit Johor 2020 Paradigm Mall Johor Bahru

Pelancaran Logo Maskot Visit Johor 2020 Paradigm Mall Johor Bahru

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 795 hits
Pelancaran Logo Maskot Visit Johor 2020 Paradigm Mall Johor Bahru Dalam merealisasikan misi Tahun Melawat Johor 2020 Majlis Pelancaran Logo Maskot anjuran Tourism Johor bakal berlangsung pada 17 Ogos 2019 di Paradigm Mall Johor Bahru dan ak...
Merdeka Day Hi Tea Bbq Dinner At Pulai Springs Resort Johor Bahru

Merdeka Day Hi Tea Bbq Dinner At Pulai Springs Resort Johor Bahru

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 426 hits
MERDEKA DAY HI TEA Date 31 August 2019Venue Cinta Terrace RestaurantTime 12 00 noon to 3 00pm Price RM45 00 nett RM22 50 nett sernior citizens Book the above Hi tea enjoy 3 hours usage of our Swimming Pool for FREE Every 6 paying
Pulau Bunker Johor Bakal Jadi Terminal Minyak Bersepadu Terbesar Dunia

Pulau Bunker Johor Bakal Jadi Terminal Minyak Bersepadu Terbesar Dunia

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 262 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Royal Arabic Cuisine Di Cafe Bld Reinassance Johor Bahru

Royal Arabic Cuisine Di Cafe Bld Reinassance Johor Bahru

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 288 hits
Royal Arabic Cuisine di Cafe BLD Reinassance Johor Bahru Bagi penggemar masakkan arab terdapat pelbagai menu yang boleh di The post appeared first on
Kisah Gajah Umur 70 Tahun Yang Terseksa Tapi Disembunyikan Disebalik Kostum Warna Warni

Kisah Gajah Umur 70 Tahun Yang Terseksa Tapi Disembunyikan Disebalik Kostum Warna Warni

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 699 hits
Gambar dibawah menunjukkan gajah berusia 70 tahun yang kelaparan tidak sedarkan diri selepas berjalan berbatu batu setiap malam di sambutan festival keagamaan Sumber Kisah Tikiri telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan kumpulan hak asasi...
Paradigm Mall Petaling Jaya Menawarkan Ganjaran Makanan Minuman Secara Percuma

Paradigm Mall Petaling Jaya Menawarkan Ganjaran Makanan Minuman Secara Percuma

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 365 hits
Kepada semua pembeli setia yang sering datang ke Paradigm Mall I ada satu berita hebat untuk korang Tak sabar nak tahu Jeng jeng jeng Korang tahu tak bahawa korang akan akan mendapat ganjaran untuk makanan dan minuman secara PERCUMA sebaik ...
Renaissance Johor Bahru Run To Give 2019

Renaissance Johor Bahru Run To Give 2019

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 348 hits
Renaissance Johor Bahru Run To Give 2019 Sign up for joining Run to give 2019 via Jom Run before The post appeared first on
Tebus Makanan Dan Minuman Di Paradigm Mall Petaling Jaya Sempena Taste Of Paradigm

Tebus Makanan Dan Minuman Di Paradigm Mall Petaling Jaya Sempena Taste Of Paradigm

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 448 hits
Syurga makanan untuk setiap dari kita adalah bertempat di pusat membeli belah manakan tidaknya dah kalau Paradigm Mall Petaling Jaya juga berbesar hati nak belanja korang makanan dan minuman pilihan sempena Spend And Be Rewarded yang telah ...
Biodata Faez Nick Pelakon Dan Model Berasal Dari Johor Bahru

Biodata Faez Nick Pelakon Dan Model Berasal Dari Johor Bahru

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 549 hits
Original Content Siapa Faez Nick Jejaka berbadan sasa ini adalah seorang pelakon duta dan model lelaki Malaysia Beliau bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Mimpi Yang Sempurna yang akan ditayangkan pada 22 Ogos 2019 melalui Slot Widuri...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia