Teroka Pemikiran Baharu Bina Ekosistem Teknologi Ai




Malaysia harus bergerak pantas membina ekosistem yang mantap bagi memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam era pasca normal pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata masyarakat negara ini tidak boleh lagi mengekalkan amalan lapuk sebaliknya perlu meneroka pemikiran baharu dengan melaksanakannya dengan pantas.
“Saya tegaskan kita tidak boleh dengan pendekatan lama. Kalau kita rasa perlu tambah jurutera harus ada pendekatan segera kerana dalam pasca normal ini, memaksa dan menuntut kita membuat perubahan dengan pantas dan cepat,” katanya semasa melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS 2024) di Kuala Lumpur hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menggariskan empat teras ekosistem berkenaan iaitu tadbir urus AI untuk memastikan ekosistem inovasi AI yang sistematik di samping pemangkin AI melalui Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) bagi memastikan penyelarasan dalam bidang pendidikan, pembangunan dan aplikasi AI.
Beliau berkata, pembangunan industri AI perlu dilakukan dengan kerjasama syarikat multinasional dan keempat melahirkan bakat AI merangkumi profesional dan individu berkemahiran melalui program pendidikan dan latihan serta kerjasama industri dengan akademik.
Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Perdana Menteri yang melancarkan Fakulti AI, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada majlis itu turut memuji kejayaan universiti berkenaan membangunkan fakulti itu dalam masa hanya empat bulan selepas diminta oleh kerajaan.
Beliau turut menekankan keperluan melahirkan lebih ramai jurutera berkemahiran memandangkan Malaysia ketika ini kekurangan kira-kira 30,000 jurutera bagi memenuhi keperluan industri.
Anwar turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), universiti dan institusi latihan untuk berinteraksi dengan wakil industri mengenai keperluan meningkatkan mutu latihan bagi melahirkan jurutera berkemahiran tinggi.
“Saya tanya wakil Nvdia, Google, Microsoft, Amazon, Huawei serta Ericsson, dan semua menyatakan dari segi disiplin anak-anak kita, jurutera baharu dan graduan sains cukup baik, tetap ada kekurangan dari segi kemahiran, keterampilan dan pengkhususan yang diperlukan,” katanya.
Perdana Menteri berkata universiti dan institusi latihan perlu memberi penekanan kepada kualiti jurutera yang dilahirkan dan bukan bilangan semata-mata kerana pelaburan di dalam negara akan terjejas jika industri merasakan kemahiran mereka tidak mencapai tahap diperlukan.
Beliau turut menekankan keperluan menarik semula minat anak-anak muda terutamanya pelajar sekolah terhadap mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) yang ketika ini semakin terhakis.
“Kalau tidak, ekosistem itu tidak akan terbina. Kita boleh bicara dan meluncurkan AI hari ini, tetapi persiapan daripada akar umbi dan meningkat ke peringkat tinggi tidak ada,” katanya.
The post Teroka pemikiran baharu bina ekosistem teknologi AI first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/37099?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=teroka-pemikiran-baharu-bina-ekosistem-teknologi-ai

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

papar berkaitan - pada 1/5/2024 - jumlah : 226 hits
Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam 9 Berit baik pada hari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan gaji penjawat awam naik 15 peratus yang pasti akan disambut baik oleh penjawat aw...
Saya Tahu Ada Yang Walaupun Ramai Was Was Daud Kim Syukur Impian Bina Masjid Di Korea Tercapai

Saya Tahu Ada Yang Walaupun Ramai Was Was Daud Kim Syukur Impian Bina Masjid Di Korea Tercapai

papar berkaitan - pada 21/5/2024 - jumlah : 148 hits
Youtuber Korea yang dikenali ramai iaitu Daud Kim meluahkan rasa gembira dan syukur apabila impiannya untuk membina masjid akhirnya tercapai Berjaya bina masjid Menurut Daud impiannya tidak akan dapat dikecapi jika bukan kerana bantuan dan ...
Perpanjangan Brand Membantu Ekosistem Bisnis Lokal Dengan Memberikan Kepastian Hukum

Perpanjangan Brand Membantu Ekosistem Bisnis Lokal Dengan Memberikan Kepastian Hukum

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 179 hits
nbsp Merek bukan hanya identitas bisnis tetapi juga merupakan bagian integral dari ekonomi suatu bangsa Dalam konteks ini perpanjangan merek tidak hanya merupakan tindakan administratif biasa tetapi juga memiliki dampak yang signifikan pada...
Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 481 hits
SUASANA PRK Kuala Kubu Baharu di Hulu Selangor dilihat kurang meriah dengan amat kurangnya kehadiran dalam ceramah ceramah anjuran Perikatan Nasional Dengar dengar daripada kalangan ahli PAS di Hulu Selangor khususnya di Kuala Kubu Baharu b...
Ph Candidate Unveils 5 Point Manifesto For Kuala Kubu Baharu Polls

Ph Candidate Unveils 5 Point Manifesto For Kuala Kubu Baharu Polls

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 199 hits
DAP s Pang Sock Tao is the unity government s candidate for the Kuala Kubu Baharu by election that is taking place next Saturday HULU SELANGOR Pakatan Harapan candidate Pang Sock Tao has unveiled a five point manifesto for the Kuala Kubu Ba...
Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

Dap S Dilemma Red Lines And Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 302 hits
KKB BY ELECTION With disappointed Chinese and disgruntled Indian voters some have posited that Pakatan Harapan s quest to retain the rustic and scenic Kuala Kubu Baharu seat could turn into a misadventure Following Umno Youth chief Dr Muham...
2 Arrests 2 Probes Over Kuala Kubu Baharu Poll Campaign Say Cops

2 Arrests 2 Probes Over Kuala Kubu Baharu Poll Campaign Say Cops

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 211 hits
The Kuala Kubu Baharu by election will take place on May 11 with early voting on May 7 SHAH ALAM Police have made two arrests and opened two investigations out of the seven reports received since the Kuala Kubu Baharu by election campaign s...
Ikan Bandaraya Asal Usul Ciri Ciri Unik Dan Kesan Pada Ekosistem

Ikan Bandaraya Asal Usul Ciri Ciri Unik Dan Kesan Pada Ekosistem

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 218 hits
Ikan bandaraya merupakan spesis ikan invasif yang berasal dari Amerika Selatan Memiliki struktur mulut seakan penyedut atau suction cup ikan ini berupaya untuk menyedut kotoran dan mendakan di kawasan persekitarannya Namun sejak beberapa ta...
Menkominfo Keputusan Blokir Gim Online Perlu Pertimbangkan Ekosistem

Menkominfo Keputusan Blokir Gim Online Perlu Pertimbangkan Ekosistem

papar berkaitan - pada 2/5/2024 - jumlah : 102 hits
Kemenkominfo sedang mengatur pertemuan dengan perwakilan KPAI untuk meminta saran
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu