Ikan Bandaraya Asal Usul Ciri Ciri Unik Dan Kesan Pada Ekosistem


Ikan bandaraya merupakan spesis ikan invasif yang berasal dari Amerika Selatan. Memiliki struktur mulut seakan penyedut atau suction cup, ikan ini berupaya untuk ‘menyedut’ kotoran dan mendakan di kawasan persekitarannya.
Namun, sejak beberapa tahun ini kita dapati ikan ini mula membiak secara tidak terkawal di kawasan perairan negara.
Bagaimana ia boleh muncul di perairan umum dan apakah kesannya pada ekosistem sungai? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Asal Usul Ikan Bandaraya Terdapat beberapa spesis ikan bandaraya yang boleh dikenalpasti dalam di Malaysia antaranya Pterygoplichthys disjunctivus, Pterygoplichthys pardalis dan Hypostomus plecostomus.
Ikan yang juga dikenali sebagai ikan tombot dipercayai mula dikenali di Malaysia sekitar 1970an dan dijadikan sebagai ikan peliharaan.
Setelah berkhidmat sebagai pembersih semulajadi dalam akuarium, pemiliknya akan cenderung melepaskan ikan ini ke sungai atau longkang apabila ia sudah dewasa.
Hal ini berlaku kerana apabila ikan ini semakin membesar, ia akan mula mengorek dasar akuarium sehingga merosakkan tumbuhan dan dekorasi dalam akuarium.
Lebih teruk lagi, ia juga boleh mengancam dan mengakibatkan kecederaan kepada spesis ikan lain dalam akuarium.
Ciri-Ciri Unik Memetik perkongsian daripada Jabatan Perikanan Johor, ikan ini mempunyai beberapa ciri unik iaitu :
Mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap persekitaran yang tercemar serta boleh beradaptasi dalam pelbagai keadaan perairan. Kulitnya yang bertulang dan keras menjadikan ia sukar untuk dimakan oleh ikan lain. Tidak makan ikan daripada spesis sendiri atau spesis lain, sebaliknya punca makanan ikan ini adalah daripada ‘kotoran’ termasuk mendakan, bahan tercemar dalam air serta rumpai. Biasanya akan membina koloni di kawasan yang tercemar atau berhampiran dengan kawasan pembinaan. Berfungsi sebagai ‘pembersih’ atau ‘cleaner’ dalam akuarium kerana sifatnya yang membersihkan bahan organik dan alga. Oleh sebab itulah ia dikenali sebagai ikan bandaraya sehingga ke hari ini. Sumber : Harian Metro Kesan Ikan Bandaraya Pada Ekosistem Air Tawar Riwayat ikan ini tidak akan berakhir setelah dilepaskan di perairan umum. Sebaliknya, ia boleh menimbulkan masalah yang lebih besar termasuk gangguan kepada ekosistem perairan negara kita.
Jumlah ikan juga ini boleh menjadi berlipat ganda dalam waktu yang singkat kerana kemampuannya untuk membiak dengan cepat.
Disebabkan tiada pemangsa serta persaingan makanan serta habitat dengan ikan tempatan, ia turut membuatkan spesis ikan air tawar seperti ikan lampam, haruan, keli, baung dan tilapia sukar untuk bertahan.
Sumber : Biodiversity And Nature Conservation Association – BANCA-BirdLife Myanmar Situasi juga dilihat semakin serius kerana maklum balas nelayan darat dan komuniti pemancing sendiri akui bahawa mereka makin sukar untuk temui ikan air tawar tempatan disebabkan kebanyakan sungai sudah ditakluk spesis ikan pendatang ini.
Ikan Bandaraya Boleh Makan Atau Tidak? Menurut Dr Mohammad Noor Amal Azmai iaitu Pensyarah Kanan Bidang Ekologi dan Penyakit Ikan, Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), tidak salah jika seseorang ingin makan ikan tombot ini.
Cuma adalah lebih baik sekiranya ikan yang didapati berasal dari kawasan yang bersih sekiranya hendak dimakan.
Ikan yang ditangkap dari kawasan yang kotor dan mempunyai kandungan logam berat yang tinggi ada kemungkinan boleh mengakibatkan jangkitan bakteria dan parasit.
Tambah Dr Mohammad Noor Amal Azmai, kesedaran rakyat Malaysia mengenai masalah ikan pendatang ini masih kurang.
Inilah yang menyebabkan pemilik ikan ini sering bertindak untuk melepaskan ikan tersebut di perairan sungai.
Pada masa yang sama, sesetengah pihak termasuk syarikat dan agensi bukan kerajaan juga telah mengambil inisiatif untuk melupus dan menangkap ikan bandaraya ini.
Ikan ini dilihat sesuai untuk dijadikan sebagai baja atau diproses menjadi makanan ikan.
Justeru, orang ramai yang ragu atau tidak tahu cara untuk melupuskan ikan ini, mereka boleh dapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Perikanan negeri masing-masing.
Sumber : Sinar Harian, Buletin TV3, Berita Harian, News Straits Times, Harian Metro
Baca Juga : Ikan Keli: Jenis Spesis, Kandungan Nutrisi & Cara Memasak


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ikan-bandaraya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ikan-bandaraya

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Usul Coca Cola

Asal Usul Coca Cola

papar berkaitan - pada 10/5/2024 - jumlah : 382 hits
Asal Usul Coca Cola Asalnya dari minuman beralkohol yang dicampur dengan dadah kokain Mabuk sebab wine High pulak dari kokainKemudian mereka keluarkan versi tanpa alkohol tapi mengekalkan rasa yang sama Evolusi seterusnya ialah meletakkan s...
Asal Usul Nama Nama Negeri Negeri Di Malaysia

Asal Usul Nama Nama Negeri Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/4/2024 - jumlah : 261 hits
ASAL USUL NAMA NAMA NEGERI NEGERI di MALAYSIA1 SELANGOR DARUL EHSAN Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar langau Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh see...
Asal Usul Jempol

Asal Usul Jempol

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 284 hits
Jempol ketika zaman masyurnya merupakan pertemuan Sungai Muar Sungai Jempol dan Sungai Serting yang juga dikenali sebagai jalan penarikanJempol merupakan salah sebuah daerah dalam Negeri Sembilan Darul Khusus yang juga merupakan daerah terb...
Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

Siapa Nak Tahu Asal Usul Selfie

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 252 hits
Rupanya beselfie ini sudah lama cuma cara berselfie sahaja yang berbeza Di media sosial terutamanya facebook sekarang terdapat macam kegilaan orang berselfie Saya pernah tunjukan gambar gambarnya entri ini sedikit masa sulu Mudah cerita say...
Kenali 10 Ciri Ciri Disleksia Pada Kanak Kanak Dan Cara Cara Pemulihan Disleksia

Kenali 10 Ciri Ciri Disleksia Pada Kanak Kanak Dan Cara Cara Pemulihan Disleksia

papar berkaitan - pada 27/4/2024 - jumlah : 174 hits
Kenali 10 Ciri ciri Disleksia pada Kanak kanak dan Cara cara Pemulihan Disleksia 13 Pernahkah anda dengar disleksia pada kanak kanak Disleksia secara amnya bermaksud kanak kanak mempunyai masalah pembelanjaran di sekolah pada peringkat awal...
Idea Asal Penulis Komik Terkenal Stan Lee Park Eunbin Dilapor Akan Bintangi Drama Adiwira The B Team

Idea Asal Penulis Komik Terkenal Stan Lee Park Eunbin Dilapor Akan Bintangi Drama Adiwira The B Team

papar berkaitan - pada 23/4/2024 - jumlah : 210 hits
Park Eun bin dilapor akan membintangi drama yang bertemakan adiwira Artikel Berkaitan Menurut laporan media Park Eun bin dikatakan akan memegang watak utama dalam drama terbaru arahan pengarah Extraordinary Attorney Woo iaitu The B Team Age...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya

Kitshafiq Rumah Tanpa Pintu Chord

Pyanhabib Kisah Sepotong Telur Dadar Dan Gulai Nangka Bulan Ramadan

Confirmed Ram Will Produce A Mid Size Pickup Truck In 2027

Breaking News Citroen May Reintroduce The 2cv