Terlanggar Objek Atas Jalan Di Highway Hingga Kemalangan Ini Apa Yang Perlu Anda Tahu Untuk Buat Tuntutan Ganti Rugi


Kemalangan boleh berlaku sama ada secara bersendirian atau melibatkan beberapa pihak. Jika kemalangan melibatkan dua pihak atau lebih, mangsa boleh menuntut ganti rugi antara satu sama lain, namun bagaimana pula jika kemalangan berlaku secara sendirian?
Pernah tak anda terlihat objek di atas jalan raya? Dari sekecil-kecil objek seperti kepingan besi mahupun perabot yang terjatuh daripada lori, semuanya boleh menyebabkan kemalangan maut yang mengerikan ataupun mendatangkan kecederaan serius.
Jika terjadi kemalangan begini, siapakah yang harus bertanggungjawab? Andai kita dapat melihat dari mana objek tersebut datang, mungkin kita boleh menuntut ganti rugi daripada pemilik kenderaan yang membawanya namun bagaimana jika ia sudah lama berada di atas jalan?
Bagi menjelaskan tindakan yang boleh kita ambil sekiranya berada dalam situasi tersebut, jom kita baca penjelasan peguam, Nor Zabetha.
Bolehkah kita menyaman dan menuntut ganti rugi dari pihak highway sekiranya berlaku kemalangan?
Boleh. Dalam kes Noor Ana Bt Bakri & 3 lagi lawan pihak lebuh raya mahkamah membenarkan tuntutan kehilangan tanggungan sebanyak RM 422,400.00 kepada anak dan isteri si mati dan tuntutan sebanyak RM 57,600.00 kepada bapa si mati.
Bagaimana caranya?
Sebelum ini saya pernah menulis tentang tuntutan yang dibuat kepada lebuhraya dengan membuat laporan dan mengisi borang aduan di pejabat lebuhraya sendiri. Di ruang komen tulisan saya diceritakan tentang pengalaman masing-masing. Ada yang dapat dan ada yang tidak.
Jadi sekiranya anda telah mengambil langkah di atas tetapi masih gagal, anda boleh menyaman pihak lebuhraya bagi menuntut ganti rugi. Tidak kiralah sama ada kemalangan yang melibatkan nyawa atau tidak, anda berhak menyaman.
Saya terangkan lebih lanjut tentang kes di atas supaya anda jelas tentang undang-undang kecuaian lebuhraya ini dan sebagai panduan di masa akan datang. Dalam kes di atas Noor Ana adalah isteri kepada arwah Mohd Aisamuddin. Pada 13.10.2016 jam lebih kurang 8.00 – 8.30 malam di mana Aisamuddin melalui lebuhraya dan terlanggar bongkah kayu di atas lebuhraya di KM 175.4 Lebuhraya Utara Selatan.
Sewaktu di Mahkamah pegawai penyiasat menyatakan bahawa bongkah kayu tersebut berada di laluan kecemasan sebelum kemalangan dan terseret ke bahu jalan akibat perlanggaran.
Menurutnya lagi bongkah kayu tersebut digunakan oleh motor/treller untuk menahan tayar dari bergerak. Bermakna arwah telah menunggang motorsikal di laluan kecemasan.
Namun demikian mahkamah berpendapat adalah menjadi tanggungjawab lebuhraya untuk menyelia dan memastikan keselamatan pengguna-pengguna lebuhraya agar ia selamat digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 11(1) Highway Authority Malaysia (Incorporation) Act 1980.
Saksi-saksi Defendan (pihak lebuhraya) mengesahkan kali terakhir membuat rondaan di tempat kejadian adalah pada jam 6.05 petang dan kejadian ini dipercayai berlaku pada jam 7.55 malam. Mahkamah berpendapat tempoh masa 1 jam 50 minit ini adalah satu jangkamasa yang panjang untuk “membiarkan” kewujudan bongkah kayu tersebut di atas lebuhraya.
Dalam kata lain, mahkamah berpendapat ia adalah satu bentuk kecuaian dalam membiarkan bongkah kayu tersebut berada di situ sehingga menyebabkan kemalangan yang membawa kematian simati.
Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi dari kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan bahawa pihak lebuhraya telah cuai namun demikian mahkamah mendapati simati turut menyumbang cuai 30% di dalam kemalangan ini.
Ini adalah kerana mahkamah mendapati simati telah menggunakan lorong kecemasan semasa kemalangan yang mana lorong itu hanya dibenarkan untuk digunakan oleh kenderaan yang menghadapi apa-apa kecemasan sahaja.
Oleh yang demikian ahli keluarga layak menuntut 70% dari RM422,400.00 bagi anak dan isteri si mati dan 70% dari tuntutan sebanyak RM57,600.00 untuk bapa si mati.
Begitulah sedikit sebanyak tentang undang-undang kemalangan jalan raya. Malah kadar kiraan ganti rugi sehingga memperolehi jumlah RM422,400.00 dan RM57,600.00 juga adalah berdasarkan peruntukkan undang-undang atas kiraan gaji terakhir si mati, umur si mati, bukti tanggungan si mati dan bukanlah kiraan tanpa asas.
Sekian berhati-hati di jalan raya dan sentiasa berwaspada. Ingat orang yang tersayang. Saya kongsikan link di bahagian komen berkenaan post terdahulu langkah-langkah menuntut dari pejabat highway tanpa prosedur mahkamah sekiranya kemalangan akibat kecuaian lebuhraya.

Sumber: Nor Zabetha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/10/23/terlanggar-objek-atas-jalan-di-highway-hingga-kemalangan-ini-apa-yang-perlu-anda-tahu-untuk-buat-tuntutan-ganti-rugi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Korban Likuefaksi Balaroa Palu Minta Kejelasan Pemerintah Atas Ganti Untung Tanah

Korban Likuefaksi Balaroa Palu Minta Kejelasan Pemerintah Atas Ganti Untung Tanah

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 172 hits
Kalau mau diambil oleh negara harus jelas dong proses ganti untungnya Pemerintah tidak boleh seenaknya mengambil atau ditukar dengan huntap sementara kami punya legalitas atas tanah tersebut Alasan hak kami jelas Tiap tahun kami membayar pa...
Tony Pua Akan Dapat Ganti Rugi Dalam Kes Saman Najib

Tony Pua Akan Dapat Ganti Rugi Dalam Kes Saman Najib

papar berkaitan - pada 16/10/2019 - jumlah : 327 hits
Bernama Ahli Parlimen Damansara Tony Pua Kiam Wee akan mendapat ganti rugi berhubung injunksi dalam kes saman yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapnya berhubung klip video mengenai pembentangan Rang Undang Undang Akta Mahk...
5403 Aktiviti Perbincangan Tuntutan Pewaris Atas Lot Tanah Ppim 16 10 2019

5403 Aktiviti Perbincangan Tuntutan Pewaris Atas Lot Tanah Ppim 16 10 2019

papar berkaitan - pada 17/10/2019 - jumlah : 450 hits
Perbincangan bersama Tan Sri Dato Haji Abdullah Haji Taib berkenaan tuntutan pewaris ke atas lot tanah Jalan Yap Kwan Seng
5 Sahabat Maut Dalam Kemalangan Kereta Dinaiki Terlanggar Belakang Bas Awam

5 Sahabat Maut Dalam Kemalangan Kereta Dinaiki Terlanggar Belakang Bas Awam

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 397 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Nyinyir Di Medsos Pemuda Di Makassar Diserang Busur Panah Hingga Tewas

Nyinyir Di Medsos Pemuda Di Makassar Diserang Busur Panah Hingga Tewas

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 192 hits
Polisi menangkap 7 orang yang menyerang warga bernama Sahwan dengan busur panah hingga meninggal dunia di Makassar Sulsel Diduga pelaku tersinggung dengan posting an korban di media sosial yang dianggap nyinyir Ketujuh pelaku penyerangan di...
Gempa Guncang Cilacap Hingga Bantul Tak Berpotensi Tsunami

Gempa Guncang Cilacap Hingga Bantul Tak Berpotensi Tsunami

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 159 hits
Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika Yogyakarta menyebutkan gempa bumi di Tenggara Kota Cilacap Jawa Tengah dengan magnitudo 5 0 yang terjadi pada Senin pukul 18 33 WIB tidak berpotensi tsunami
Viral Komunitas Crosshijaber Pria Bercadar Dan Berhijab Masuk Ruang Sholat Hingga Toilet Wanita

Viral Komunitas Crosshijaber Pria Bercadar Dan Berhijab Masuk Ruang Sholat Hingga Toilet Wanita

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 917 hits
Ada isu menghebohkan hingga viral di media sosial yakni keberadaan komunitas crosshijaber atau pria bercadar dan berhijab Tak tanggung tanggung aksi pria bercadar dan berhijab terbilang nekat lantaran pria pakai cadar dan pria pakai hijab m...
Polda Sulsel Larang Aksi Demo Hingga Pelantikan Jokowi Ma Ruf Amin

Polda Sulsel Larang Aksi Demo Hingga Pelantikan Jokowi Ma Ruf Amin

papar berkaitan - pada 15/10/2019 - jumlah : 196 hits
Diskresi kepolisian itu diambil dalam rangka menciptakan suasana aman dan kondusif pada saat pelantikan presiden dan wapres
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat