Terkuat Di Asiabarat Askar Rejim Zionis Ditampar Takut Batu
SUNTINGAN video tular menunjukkan pegawai tentera Israel menampar kepala askarnya selepas berlindung daripada lontaran batu belia Palestin di Tebing Barat, baru-baru ini. - AGENSI
TEHERAN 6 Okt. – Detik ketika seorang pegawai tentera Israel menampar anak buahnya, selepas berlindung daripada lontaran batu belia Palestin berjaya dirakam dan tular, baru-baru ini.RT News melaporkan, rakaman tular tersebut tersebar di Asia Barat yang mengundang cemuhan dan ejekan ramai terhadap Pasukan Pertahanan Israel (IDF).Portal berita Iran, Press TV memuat naik video dalam Twitter dengan mempersoalkan, 'Adakah ini tentera terkuat di #Asiabarat?'.Pegawai tentera IDF dalam video itu dilihat memarahi anak buahnya selepas berselindung disebalik tembok mengelak lontaran batu oleh belia Palestin di kampung Kafr Qaddum di Tebing Barat.“Kamu tidur, bangun!,” katanya dalam keadaan marah sebelum menampar kepala anak buahnya.Dalam perkembangan berasingan, Ahli Parlimen Palestin, Jamal al-Khodari memberitahu, 100 peratus kilang milik warga Palestin di Gaza mengalami kerosakan sepenuhnya dan sebahagian berikutan serangan rejim Zionis sejak 12 tahun lalu.Menurutnya dalam satu kenyataan, ratusan kedai dan kilang terpaksa ditutup ekoran serangan Israel ketika Israel masih lagi mengenakan sekatan terhadap import dan eksport penduduk Gaza.“Kerugian langsung ekonomi Gaza dianggarkan sebanyak AS$70 juta (RM293 juta) setiap bulan,” ujarnya. – AGENSIGAMBAR KENANGAN IBNU HASYIM DI IRANKampung tempat kami pernah bermalam, di kawasan Ayatullah Teleghani
Dalam rumah di kampung itu.. Sedang berdiang.
Lihat ini..E-Buku IH-5: Yang Buruk Dari Syiah Iran? - Ibnu Hasyime-Buku IH-5 Catatan Perjalanan.'Yang Buruk Dari Syiah Iran?'
Bab I
Angkutan Awam Iran, Ikut Cara Islam.Nikah Kontrek Bersama Wanita UMNO Iran?Politik: Bila Ku Renung Bulan Mengambang Di Iran.....Dubai, Bertemu Pemuda Dari Lembah Swat..Ahmadinejad: Bukan Ganjil Tapi Ikut Cara Sederhana...Kampung Terapung Tasik Titicaca, Pulau Buatan Dari ...Bab II
Selepas Iran Ibnu Hasyim Ke Sri Lanka Pula.. Oleh Asyok KumarAl-kisah di Iran (Ibnu Hasyim Diculik Di Iran?) Oleh Suhaimi RamlyDemontrasi Adalah Tunjuk Perasaan (Kisah Demontrasi Manila, Pattani, Saudi & Iran).
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2019/10/terkuat-di-asiabarat-askar-rejim-zionis.html