Terkini Update Semasa Keadaan Banjir Di Kelantan Hari Ini Yang Sedang Memburuk Dengan Pantas
Terkini : [Update Semasa] Keadaan Banjir di Kelantan Hari Ini yang Sedang Memburuk Dengan Pantas!. Sila Ambil perhatian kepada semua rakyat malaysia diminta berhati-hati dan selalu mengawasi keluarga anda dari hujan lebat yang melanda kepada beberapa negeri.
Hujan lebat yang berterusan di TIGA (3) negeri Pantai Timur iaitu Kelantan,Terengganu dan Pahang.Disebabkan hujan tanpa henti paras air sungai untuk ketiga-tiga negeri terus meningkat.Bahkan beberapa sungai yang besar bagi negeri pantai timur ini telah melebihi paras bahaya dan dalam pemataun pihak berkuasa.Semua orang diminta berhati-hati dan selalu mengambil tahu akan info banjir semasa.
Sila Layari Telegram Kami Untuk Info-info Terbaru:
Telegram Rasmi SIstem Guru Online
Paras Air Sungai di Terkini : [Update Semasa] Keadaan Banjir di Kelantan Hari Ini yang Sedang Memburuk Dengan Pantas!
Lima sungai direkodkan melepasi paras bahaya manakala dua lagi mencatatkan bacaan melepasi paras amaran di Terengganu.
Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat jam 8 pagi tadi, dua sungai masing-masing di Besut, dua di Setiu dan satu di Hulu Terengganu kini melepasi paras bahaya.
Di Besut, Sungai Besut di Jambatan Keruak dan Sungai Besut di Kampung La berada pada paras 36.57 meter (m) dan 22.47m.
Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu yang mencatatkan bacaan 21.23m dan Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu (8.61m) juga direkodkan melepasi bahaya.
Satu lagi sungai yang melepasi paras bahaya adalah Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu dengan bacaan 19.97m.
Sementara itu, dua sungai yang melepasi paras amaran adalah di Hulu Terengganu dan Kemaman.
Sungai Peneh di Felda Mengkawang, Hulu Terengganu kini berada pada paras 37.17m manakala Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman pula mencatatkan bacaan 2.02m.
Beberapa Sungai Di Kelantan Telah Melepasi Paras Bahaya
Sementara itu, laporan public info banjir mendapati Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu Aras air 25.35m telah melebihi tahap BAHAYA (23.5m) sebanyak 1.85m Trend: Menaik
Tiga sungai di kelantan telah melebihi paras bahaya iaitu Sungai.Lanas di Air Lanas,Jeli aras air 29.65m telah melebihi paras bahaya (29.5m) sebanyak 0.15m Trend: Menaik
Rantau panjang,Pasir Mas Aras air 9.21m telah melebihi tahap BAHAYA (9m) sebanyak 0.21mTrend: Menaik
Empat lagi sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.76 m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.32 m), Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Jeli (53.89 m) dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.25m).
UPDATE SEMASA DAN TERKNI KEADAAN BANJIR
Ikuti update semasa yang kami update dibawah:
Keadaan banjir di Pasir Mas yang dibantu oleh APM
Video
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/12/VID-20221218-WA0156.mp4
https://www.sistemguruonline.my/wp-content/uploads/2022/12/VID-20221218-WA0158.mp4
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Di Empat Negeri
Seramai 1,750 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di empat negeri terjejas pagi ini.
Jumlah mangsa banjir teramai adalah di Kelantan iaitu 1,584 daripada 490 keluarga, kekal seperti Sabtu dan menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) kesemua yang terjejas kini ditempatkan di enam PPS di jajahan Pasir Mas.
Sementara itu, laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ mendapati Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan melepasi paras bahaya iaitu 24.6 meter (m).
Empat lagi sungai berada pada paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (8.76 m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.32 m), Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Jeli (53.89 m) dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.25 m).
Di Johor, jumlah mangsa banjir di daerah Segamat kekal 75 orang daripada 21 keluarga dan ditempatkan di tiga PPS.
JPBN dalam kenyataan memaklumkan seramai 34 orang ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan 27 orang masih berada di Balai Raya Kampung Kuala Paya, manakala di Dewan Komuniti Kampung Tasek pula menempatkan 14 orang.
Di Terengganu, jumlah penduduk terjejas banjir meningkat kepada 47 orang daripada 13 keluarga, dengan tiga lagi PPS dibuka iaitu dua di daerah Hulu Terengganu dan satu di Dungun.
Menurut JPBN, PPS tersebut ialah Balai Raya Kampung (Kg) Perih yang menempatkan 10 orang daripada dua keluarga dan Balai Raya Kg Cheting (10 orang daripada empat keluarga) di Hulu Terengganu, manakala satu PPS di Masjid Kg Jongok Batu di Dungun (empat orang sekeluarga).
PPS sedia ada di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol di Kuala Terengganu masih menempatkan 23 orang daripada enam keluarga, sama seperti malam tadi dengan keadaan cuaca juga dilaporkan hujan di beberapa kawasan.
Sertai Telegram Rasmi Kami Sistem Guru Online Untuk Membantu Anda Mendapatkan Pelbagai Info dan Maklumat Yang Bermanfaat
Telegram Rasmi SIstem Guru Online
TIPS JIKA ANDA DITIMPA BANJIR
PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR
• Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda.
• Pastikan sistem amaran banjir dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio,televisyen dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan serta Bilik-Bilik Gerakan Banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
• Periksa lubang air seperi longkang atau saluran najis. Bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
• Pastikan di mana Pusat Pemindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat anda.
• Sediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
• Pastikan seluruh keluarga anda mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan di rumah.
SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN
• Dengar melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
• Pindahkan perabut atau peralatan-peralatan lain ke tempat yang selamat.
• Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama anda dalam bekas kalis air.
• Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
• Beritahu jiran anda dan bersedia untuk berpindah.
SEMASA BANJIR – SEMASA PEMINDAHAN
• Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
• Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat.
• Ikut laluan yang ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang.
SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
• Jangan terus mengharungi kawasan banjir, hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.
• Jika kenderaan anda terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah. ke tempat yang selamat
SEMASA BANJIR – DI DALAM RUMAH
• Dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
• Bersedia dengan peralatan kecemasan.
• Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH
• Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
• Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan anda.
• Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
• Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
• Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
• Jangan minum air banjir.
SELEPAS BANJIR
• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yabg berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
• Beri bantuan kepada jiran anda atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa).
• Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat.
• Jangan terus memasukki rumah yang masih dibanjiri air, berhati-hati banyak bahaya yang tersembunyi.
Sumber:Pusat Internet Kampung Kemus
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/12/update-semasa-keadaan-banjir-di-kelantan.html