Terkini Sapp Sah Keluar Perikatan Nasional


 

Presiden SAPP Yong Teck Lee.
KOTA KINABALU, 14 Dis – Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan penarikan diri daripada menjadi sebahagian parti komponen Perikatan Nasional (PN).
Presidennya, Datuk Seri Yong Teck Lee, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 November lalu dan sudah dimaklumkan secara rasmi kepada ibu pejabat PN bulan lalu.
Katanya, keputusan itu diambil selepas melihat PN ingin bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), tindakan yang tidak dapat diterima SAPP.
“Hasrat PN itu bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP yang selama ini menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya ditandingi parti tempatan Sabah.
Keputusan itu diambil selepas melihat PN ingin bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), tindakan yang tidak dapat diterima SAPP.“Pendirian SAPP ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan autonomi Sabah. Kita tidak boleh berkompromi dengan komitmen untuk memastikan bahawa PRN Sabah kekal di bawah parti tempatan, bebas daripada campur tangan parti yang berpusat di Semenanjung.
“Akan tetapi desakan PN untuk meletakkan calon dari parti berpusat di Semenanjung pada PRN Sabah secara langsung bertentangan dengan prinsip asas ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Berikutan keputusan itu, SAPP kini hanya menganggotai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diketuai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu berkata, SAPP sebelum ini ada mengusulkan kepada Majlis Tertinggi GRS untuk melaksanakan autonomi Sabah dengan memastikan GRS meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN.
“Ini penting dalam menegakkan hak Sabah di bawah MA63dan mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang kuat untuk sebuah kerajaan yang mengamalkan federalisme sejati.
“Dengan kurang daripada 10 bulan sebelum pilihan raya yang akan datang, kami menggesa Majlis Tertinggi GRS untuk segera menyelesaikan sebarang ketidakpastian mengenai penjajaran GRS dan Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Katanya, perkara itu mesti diperjelaskan sebelum tahun baharu untuk membolehkan rakyat Sabah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat mengenai masa depan politik mereka.
“Sebagai peringatan, tanpa mengira apa yang mungkin dikatakan oleh pemimpin DAP atau PH Sabah, kuasa membuat keputusan muktamad tetap berada di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur. Seperti yang kita lihat, PH dan Barisan Nasional (BN) telah mengukuhkan perikatan mereka, tanpa mengira niat baik GRS kepada PH,” katanya.
Teck Lee juga mengulangi pendirian SAPP yang kekal komited kepada GRS yang disifatkannya sebagai satu-satunya gabungan parti tempatan yang mengutamakan autonomi dan penentuan nasib sendiri Sabah.
“Walaupun masa depan politik Sabah berada di tangan rakyat Sabah, SAPP akan terus memperjuangkan prinsip ini dan sebuah kerajaan yang benar-benar mewakili rakyat Sabah,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/12/terkini-sapp-sah-keluar-perikatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Semakin Pening Selepas Diperlekeh Pemimpin Pas Terkini Sapp Pula Umum Keluar Pn

Bersatu Semakin Pening Selepas Diperlekeh Pemimpin Pas Terkini Sapp Pula Umum Keluar Pn

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 134 hits
Malaysiakini nbsp Parti Maju Sabah hari ini mengumumkan menarik diri daripada PN susulan pendirian gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis T...
Ini Rupanya Alasan Sapp Keluar Dari Pn

Ini Rupanya Alasan Sapp Keluar Dari Pn

papar berkaitan - pada 15/12/2024 - jumlah : 84 hits
HarapandailyDecember 15 2024Pendirian Perikatan Nasional yang ingin bertanding dalam pilihan raya Sabah yang akan datang bertentangan dengan pendirian dan dasar Parti Maju Sabah Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee berkata keputusan secar...
Adun Kuala Sentul Yakin Perikatan Nasional Mampu Rampas Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16

Adun Kuala Sentul Yakin Perikatan Nasional Mampu Rampas Pahang Pada Pilihan Raya Umum Ke 16

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 99 hits
SHAH ALAM Perikatan Nasional mampu merampas Pahang jika gabungan pembangkang itu menang enam lagi kerusi dan mempertahankan kerusi sedia ada pada PRU 16 nanti kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Dato Jasri Jamaludin Ketika ini PN m...
Mengejutkan Komponen Parti Keluar Perikatan Bersatu Bakal Bubar Kecewa

Mengejutkan Komponen Parti Keluar Perikatan Bersatu Bakal Bubar Kecewa

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 125 hits
Parti Maju Sabah hari ini mengumumkan menarik diri daripada PN susulan pendirian gabungan itu untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Presiden SAPP Yong Teck Lee berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada...
Zahnita Tak Risau Lagi Mahu Keluar Dengan Anak Anak Lega Dapat Perintah Perlindungan Interim

Zahnita Tak Risau Lagi Mahu Keluar Dengan Anak Anak Lega Dapat Perintah Perlindungan Interim

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 89 hits
Zahnita Wilson pelakon dan bekas model yang penuh dengan semangat kini boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Majistret Kuantan membenarkan permohonan untuk mendapatkan perintah perlindungan interim terhadap suaminya Abd Zackery Ghouse A...
Kuat Gila Wajah Keluar Di Skrin Peminat Boo Seungri Ketika Konsert Taeyang Di Malaysia

Kuat Gila Wajah Keluar Di Skrin Peminat Boo Seungri Ketika Konsert Taeyang Di Malaysia

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 135 hits
Meriah betul konsert Taeyang BIGBANG yang berlangsung di Axiata Arena Kuala Lumpur baru baru ini Artikel Berkaitan Memang full house sampaikan tak nampak langsung kerusi kosong di dalam arena itu sekaligus membuktikan bahawa ramai yang suda...
Farida Buat Hal Lagi Istana Pahang Terpaksa Keluar Amaran

Farida Buat Hal Lagi Istana Pahang Terpaksa Keluar Amaran

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 119 hits
Istana Pahang menafikan sebarang istiadat perkahwinan melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dengan seorang wanita pada April tahun depan Pengelola Bijaya Di...
Lirik Lagu Nirmala Noh Salleh

Pengertian Ilmu Kalam Sejarah Sumber Manfaat

First Time Di Aurum Theater Trx

Tangkasnet Slots And Big Wins Await You On 389sport

Hamzah Gets Taste Of Sabah S Woes Says Change In State Govt A Must

15 Foto Barang Yang Ada Dalam Beg Tangan Wanita Mengikut Kerjaya Mereka

How To Stay Positive And Manage Anxiety During Exam Season

Jjcm Kuching Day 3 Supper Di Rooftop


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Wanita Ditahan Kerana Memandu Secara Bahaya Cuba Langgar Polis

Pemandu Ditelan Lubang Benam Penuh Air

Nightlife Unplugged Discover Da Nang S Hidden Gems

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters