Terkini Pas Tidak Mahu Kerjasama Dengan Umno Saja Tanpa Libatkan Bersatu


 



November 27, 2021 Pas tidak boleh terus terbelenggu dengan Muafakat Nasional (MN), sekiranya pakatan itu hanya melibatkan parti itu dan UMNO sahaja, tegas Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Dalam satu catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Marang itu berkata, Pas juga menolak sebarang fahaman yang cuba menafikan keperluan gagasan seperti Perikatan Nasional (PN) untuk menangani masyarakat majmuk di negara ini.
Katanya lagi, Pas konsisten berpegang kepada konsep perpaduan mengikut perspektif Islam, iaitu perpaduan umat Islam dan perpaduan umat manusia yang majmuk termasuklah dalam kalangan bukan Islam.
“Tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang boleh mencacatkan struktur negara, sememangnya memerlukan suatu perubahan kepada proses islah yang dibentuk terkini kerana Barisan Nasional (BN) yang sudah berpenyakit.
“Oleh itu, langkah persembahannya bermula dengan penubuhan Muafakat Nasional (MN) yang tidak lengkap, maka perlu dilengkapkan dengan penubuhan Perikatan Nasional (PN).
“Oleh yang demikian, secara tegasnya Pas tidak boleh dibelenggu atau diheret oleh sebarang kefahaman yang lain. Pas hanya bergerak dengan konsep Islam yang terang lagi bersuluh,” tegasnya lagi.
Hala tuju Muafakat Nasional, yang ditubuhkan secara formal selepas PRU 2018, terus menjadi tanda tanya selepas Pas mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah bendera PN.
Rata-rata pemerhati melihat keputusan itu memberi tamparan kepada UMNO yang konsisten menganggap Bersatu dan PN sebagai musuh politik mereka.
Pertembungan Pas dan UMNO, masing-masing di bawah PN dan BN dalam Pilihan Raya Negara (PRN) Melaka baru-baru ini, menimbulkan lagi tanda tanya mengenai nasib MN.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, Pas boleh bersama-sama membina negara dengan acuan Islam, bukannya sekadar menjadi parti anak tangga atau parti yang menumpang sahaja, dan Pas bukan parti yang menagih simpati seperti peminta sedekah sahaja tanpa mempunyai maruah bersama Islam.
“Pas hanya bersedia menjadi penyelamat negara dengan konsep dan prinsip yang berasaskan kepada perjuangannya bagi menyelamatkan umat keseluruhannya. Bukanlah disebabkan oleh orang tertentu atau kelompok dan puaknya semata-mata.
“Pas hanya menerima Muafakat Nasional (MN) yang lengkap perjalanannya mengikut perjanjian yang telah dimeteraikan, tanpa bercanggah dengan agenda perpaduan umat yang lebih besar dan berkuasa melalui gagasan politik Perikatan Nasional (PN),” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/terkini-pas-tidak-mahu-kerjasama-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bermimpi Pas Mengigau Bersatu

Umno Bermimpi Pas Mengigau Bersatu

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 225 hits
Walaupun Pas bertanding atas lambang PN yang diketuai Bersatu dalam PRN Melaka UMNO secara umumnya masih berharap dapat meneruskan hubungan dengan parti Islam tersebut di masa depan Bagi UMNO tidak mengapa Pas bersama PN dalam PRN Melaka in...
Tidak Ada Beza Pun Antara Pas Umno Bersatu

Tidak Ada Beza Pun Antara Pas Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 319 hits
MOHAMED HANIPA MAIDINPetang tadi terpandang dalam WA mesej ini Salam YB Saya Juani wartawan Utusan Malaysia Boleh saya minta komen berkenaan wajah sebenar Pas yang pilih bulu dalam rakan kerjasama politik Dulu dengan PKR dan DAP selepas den...
Tiada Kerjasama Politik Umno Dan Bersatu Di Melaka

Tiada Kerjasama Politik Umno Dan Bersatu Di Melaka

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 246 hits
ADUN PN tidak diterima dalam kerajaan baharu MELAKA UMNO secara tegas berpendirian untuk tidak menjalinkan kerjasama politik dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan Melaka Pengerusi Badan Perhubungan ...
Umno Pas Mungkin Boleh Kerjasama Dalam Pru Tok Mat

Umno Pas Mungkin Boleh Kerjasama Dalam Pru Tok Mat

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 280 hits
Umno PAS mungkin boleh kerjasama dalam PRU Tok Mat Pertembungan antara Umno PAS dalam pilihan raya negeri Melaka tidak bermaksud dua parti berkenaan tidak boleh bekerjasama dalam pilihan raya umum akan datang kata Timbalan Presiden Umno Moh...
Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

Setelah Kalah Semua Kerusi Prn Melaka Pas Nak Kukuhkan Semula Kerjasama Dengan Umno Dalam Mn

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 331 hits
perakinsights com Pas mengakui akar umbi parti itu lebih ke arah bersama Muafakat Nasional dan usaha ke arah kerjasama bersama UMNO itu diharapkan dapat terus diperkukuh menje lang Pilihan Raya Umum Ke 15 Bercakap kepada Utusan Malaysia Mur...
Kalau Pas Enggan Kerjasama Umno Tak Paksa Kata Pemimpin Bn Selangor

Kalau Pas Enggan Kerjasama Umno Tak Paksa Kata Pemimpin Bn Selangor

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 283 hits
freemalaysiatoday com November 26 2021Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil berkata Umno tidak akan menghalang PAS jika ia ingin meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 PETALING JAYA Umno tidak akan memaksa PAS meneruskan kerjasam...
Pas Tidak Boleh Paksa Umno Terima Bersatu Dengan Gunakan Mn

Pas Tidak Boleh Paksa Umno Terima Bersatu Dengan Gunakan Mn

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 259 hits
Pas tidak boleh paksa UMNO terima Bersatu dengan gunakan MN PAS tidak boleh menggunakan Muafakat Nasional untuk memaksa UMNO menerima Bersatu kerana kedua dua parti itu adalah seteru politik yang nyata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Moha...
Muktamad Tiada Kerjasama Umno Bersatu Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

Muktamad Tiada Kerjasama Umno Bersatu Dalam Pembentukan Kerajaan Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 345 hits
MELAKA UMNO tidak bersetuju dengan cadangan pihak tertentu yang mahu menggabungkan Ahli Dewan Undangan Negeri Perikatan Nasional dalam pembentukan kerajaan Melaka Pengerusi Badan Perhubugan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata Baris...
Umno Terengganu Bergerak Sendiri Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Mat Said

Umno Terengganu Bergerak Sendiri Tiada Kerjasama Dengan Pas Pada Pru15 Mat Said

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 250 hits
Umno Terengganu bergerak sendiri tiada kerjasama dengan PAS pada PRU15 Mat Said Umno Terengganu memutuskan untuk bergerak sendiri dan tidak bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke 15 kata ketuanya Ahmad Said Beliau berkata keputusa...
Ultimate Best Beef Burger Recipe Uk Bbc Good Food

Firdaus Cerita Gunting Rambut

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Teruskan Bersabar Nona

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Masalah Dadah Di Tanah Rancangan Felda Tumpu Usaha Benteras Tokan Bukan Sekadar Kutip Penagih Semata Mata

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Raja Muda Selangor Titip Ucapan Romantik Buat Bakal Isteri

300 000 Anggota Tentera Dan Polis Mula Nikmati Inisiatif Budi95 Tengah Malam Ini

House Jacaranda By Ram N Esteve Estudio Lights Shadows And Stone In Valencia