Terkini Guru Cemerlang Sekolah Rendah Akan Dinaikkan Gred Lebih Tinggi Kpm
Terkini : Guru Cemerlang Sekolah Rendah Akan Dinaikkan Gred Lebih Tinggi -KPM. Makluman terkini, guru yang cemerlang di sekolah rendah mempunyai peluang untuk dinaikkan gred yang lebih tinggi sehingga DG52 atau DG54, ujar Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin.
Guru yang cemerlang merupakan seorang guru yang menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya yang dekat dihati. Melalui cintakan kerjaya guru yang cemerlang akan menunjukkan prestasi mengajar,kerja dan usaha yang baik untuk anak-anak dan sekolah.
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan meletakkan dan memperincikan ciri guru yang cemerlang dalam masa yang terdekat.
Terkini : Guru Cemerlang Sekolah Rendah Akan Dinaikkan Gred Lebih Tinggi -KPM
Menurut KPM, sudah ramai guru siswazah yang ditempatkan di Sekolah Rendah iaitu sekitar 90 peratus dan mereka akan diberi ruang dan peluang sama seperti guru-guru di sekolah menengah.
Jadi adalah tidak tepat mengenai rungutan guru cemerlang sekolah rendah apabila kuota bagi gred dikatakan hanya DG48 sahaja sebelum ini.
“Guru cemerlang disandarkan sebagai pakar rujuk dalam bidang atau mata pelajaran yang diajar”-KPM
Guru yang cemerlang itu mestilah seorang yang dilihat mampu untuk memanfaatkan kebolehan diri dalam melakukan pelbagai bidang lain seperti penggubal soalan peperiksaan, penulis buku teks dan beberapa bahan ilmiah.
Tidak terlepas, gred bagi guru penolong kanan juga akan dinaikkan pangkat sekiranya guru memenuhi ciri kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
Guru-Guru Siswazah Diberi Peluang Samarata
KPM juga menegaskan bahawa, guru-guru siswazah akan ditingkatkan gred yang mana peningkatan gred membolehkan mereka menyandang jawatan pentadbiran apabila dinaikkan gred mereka.
Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) sentiasa mencari jalan penambah baikan untuk guru-guru di Malaysia. Usaha KPM dan kerjasama yang dilakukan adalah untuk menghargai segala usaha dan pengorbanan guru.
KPM bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) telah bersetuju untuk meningkatkan gred tersebut kepada guru yang menepati krieteria guru cemerlang.
Bagi guru penolong kanan tidaklah perlu risau kerana KPM telah membuat penyusunan terbaru dalam model struktur dalam organisasi di sekolah.
Perincian bagi hal tersebut akan dimaklumkan oleh KPM dalam masa yang terdekat. Sehubungan itu, guru-guru yang berkebolehan dan mempunyai semangat dalam kerjaya akan mendapat perhatian pihak KPM.
Usaha-Usaha Guru Yang Cemerlang
Guru-guru yang cemerlang dalam kerjaya mereka adalah merupakan guru yang peka akan semua benda. Selain itu, guru yang cemerlang juga sentiasa memperbaiki kelemahan diri dalam pelbagai bende yang berkaitan.
Guru cemerlang juga aktif dalam menyertai pelbagai program-program dan merancang pelbagai usaha demi memajukan sekolah dan mencapai pencapaian bagi murid-murid.
Guru yang cemerlang juga mengajar dan menjalankan tugas dengan kemas dan adil dalam semua aspek.
Wajarkah Diberi Peluang Kepada Semua Guru Dalam Kenaikan Pangkat?
Isu kenaikan pangkat dikalangan guru-guru bukanlah isu yang baru. Kenaikan pangkat dalam perkhidmatan awam merupakan satu tanggungjawab kerajaan untuk menghargai usaha dan pengorbanan para pekhidmat awam.
Guru-guru di sekolah rendah dan menengah mempunyai hak yang sama dalam kenaikan pangkat. Adalah tidak adil jika tidak dinaikkan pangkat yang lebih tinggi bagi mereka yang bersungguh dalam kerjaya.
Apalah salahnya diberi penghargaan yang tinggi buat pendidik-pendidik yang menyerahkan diri untuk terus menerus mengajar dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna kelak.
Ia sememangnya memberi imbuhan dan inisiatif kepada guru-guru, KPM juga perlu untuk menyelidik lagi apa keperluan guru yang sebenar dan mendengar luahan para guru.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2022/10/guru-cemerlang-sekolah-rendah-akan-dinaikkan-gred-lebih-tinggi.html