Terkini Gaza Diserang Lagi Dan Hak Pemilikan Bukit Golan




Serangan roket Rejim Zionis ke atas Gaza

DALAM tempoh 24 jam sahaja, ada dua tragedi besar yang menimpa umat Islam: pertama ialah kepungan dan pengeboman besar-besaran Zionis Israel di Gaza bertujuan membunuh seluruh pemimpin Hamas Palestin secara total. Tragedi kedua ialah pengiktirafan Amerika bahawa Bukit Golan yang dijajah Zionis dari Syria kini milik Israel.
2. Tarikh 25 Mac 2019 menjadi saksi betapa bumi Gaza kembali dihujani bom Israel – serentak dengan keangkuhan Presiden Amerika Donald Trump menandatangani pengisytiharan Bukit Golan sebagai milik negara haram Zionis itu. Majlis menandatangani pengiktirafan haram ini tentulah turut dihadiri Perdana Menteri Israel Netanyahu.

3. Langkah hina ini menyamai tindakan Trump sebelum ini yang mengiktiraf Baitulmaqdis – tempat suci ketiga umat Islam – sebagai ibu negara haram Israel pada Disember 2017. Seperti mana status Baitulmaqdis yang pada hakikatnya dijajah oleh Israel, begitulah juga dengan Bukit Golan.

4. Jika Baitulmaqdis dijajah secara berperingkat-peringkat oleh Israel melalui Perang 1948 dan kemudiannya melalui Perang Enam Hari 1967, Bukit Golan pula dirampas dari Syria dalam Perang Enam Hari 1967 dan dipertahankan melalui Perang Ramadan (atau Perang Yom Kippur) 1973. Sejak 1981, Israel meluaskan pendudukan haram mereka di sana meski pun dikecam masyarakat antarabangsa khususnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui Resolusi Majlis Keselamatan 497 dan Resolusi 242.

5. Resolusi Majlis Keselamatan 497 jelas menyatakan bahawa ‘keputusan Israel untuk melaksanakan undang-undang, bidang kuasa, dan pentadbiran di wilayah Bukit Golan milik Syria yang diduduki adalah batal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan perundangan antarabangsa’.

6. Resolusi Majlis Keselamatan 242 pula memberi garis panduan jelas bahawa wilayah yang dirampas melalui peperangan adalah tidak sah untuk dimasukkan sebagai wilayah milik negara yang menjajah berkenaan.

7. Hakikatnya, Amerika jelas hipokrit apabila mereka dahulu berdegar-degar menentang tindakan Rusia mengambil alih wilayah Crimea pada 2014 – meski pun ia disokong sebulat suara melalui referendum warga Crimea sendiri dan juga latar sejarah Kesatuan Soviet dahulu.

8. Pentadbiran Donald Trump juga hipokrit apabila bersungguh-sungguh mempertahankan kedaulatan Taiwan daripada ancaman penjajahan China; beliau sebaliknya berlindung di sebalik alasan yang tidak masuk akal apabila menandatangani perisytiharan Bukit Golan sebagai milik Israel.

9. Donald Trump menggunakan alasan kononnya Bukit Golan bakal menjadi sasaran untuk melancarkan serangan ganas – contohnya dari Iran, pengganas di selatan Syria, dan Hezbollah – ke atas Israel.

10. Syria yang baru sahaja dalam proses pemulihan pasca-ISIS tentu sahaja tidak akan berdiam diri dengan perisytiharan ini; Damsyik menyifatkan tindakan Trump ini sebagai ‘serangan ke atas kedaulatan dan integriti wilayah Syria’ lalu menjadikan Amerika sebagai musuh seluruh orang Arab.

11. Hampir serentak dengan perisytiharan Trump yang disaksikan Benjamin Netanyahu di Washington, Israel telah melancarkan serangan roket dan bom bertubi-tubi ke atas bangunan yang dituduh IDF sebagai pejabat Ismail Haniyeh di kejiranan Rimal, Gaza.

12. Serangan ini disifatkan Netanyahu sebagai tindak balas kepada serangan roket yang dituduh dari Hamas di Tel Aviv – sebaliknya Hamas menafikan tuduhan ini. Lebih melampau, rejim Zionis kini telah memulakan operasi pembunuhan para pemimpin Hamas di seluruh Gaza.

13. Secara tersiratnya, Netanyahu sebenarnya bakal berdepan pilihan raya Israel pada 9 April ini, dan beliau dicabar sengit bekas jeneral IDF Benny Gantz. Buat pertama kalinya, tinjauan pada awal Mac menunjukkan bahawa Benny Gantz kini mendahului Netanyahu.

14. Donald Trump pula baru sahaja ‘bebas’ daripada hambatan kontroversi campur tangan Rusia dalam pilihan raya Presiden Amerika 2016. Ringkasan laporan siasatan Robert Mueller menyaksikan Trump diputuskan AG sebagai tidak berkomplot dengan Rusia sewaktu kempen untuk mensabotaj calon Demokrat ketika itu, Hillary Clinton.

15. Keputusan terkini ini tentulah melegakan Trump – namun ia tetap boleh menjadi motivasi besar sewaktu beliau mengumumkan hasrat untuk mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel beberapa hari lalu.

16. Saat ini, tidak kira berapa banyak sekali pun kecaman demi kecaman dilaungkan terhadap Israel dan Amerika Syarikat, kedua-dua negara ini jelas sekali membakul sampah segala undang-undang antarabangsa mahu pun piawaian hak asasi manusia.

17. Dalam kalangan pemimpin Dunia Islam pula, mereka lebih mengutamakan peperangan sesama sendiri seperti di Yaman sejak 2015 dan juga pemulauan Qatar sejak 2017. Mesir pasca-Ikhwan Muslimin pula ibarat singa yang tidak lagi bergigi – sekadar menjadi pemerhati tatkala saudara dan jiran mereka di Gaza dibom Zionis.

18. Meskipun negara-negara Arab semakin hampir untuk memiliki kerangka pakatan ketenteraan ala-NATO Arab (Middle East Strategic Alliance MESA), hampir mustahil pakatan itu nanti dijadikan sandaran tekanan apatah lagi dikerahkan untuk melindungi saudara mereka di Gaza mahu pun kedaulatan wilayah Bukit Golan daripada terus dijajah Zionis.

19. Sesungguhnya, tidak wajar kita memandang rendah keupayaan Hamas melindungi diri mereka dengan izin Allah s.w.t. Al-Quran sendiri telah mencatatkan bagaimana kisah Nabi Daud a.s. menewaskan Jalut (Goliath) yang lebih perkasa. Telah tercatat dalam Sirah bagaimana angkatan tentera Islam yang bersaiz lebih kecil berjaya memenangi Perang Badar. Sejarah sendiri membuktikan bagaimana Hamas berulang kali berjaya menahan dan menangkis serangan yang dilancarkan Zionis Israel sebelum ini.

Ya ALLAH, lindungilah Hamas. Lindungilah Gaza. Lindungilah Bukit Golan. Peliharakanlah kami umat di akhir zaman.

**Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


Trump (Kiri) , Netanyahu (Tengah)



Bukit Golan

Sumber :  https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/20205



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://thekacanghijau.blogspot.com/2019/03/terkini-gaza-diserang-lagi-dan-hak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Tragedi Gaza Bukit Golan

Terkini Tragedi Gaza Bukit Golan

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 588 hits
1 Dalam tempoh 24 jam sahaja ada dua tragedi besar yang menimpa umat Islam pertama ialah kepungan dan pengeboman besar besaran Zionis Israel di Gaza bertujuan membunuh seluruh pemimpin Hamas Palestin secara total Tragedi kedua ialah pengikt...
Trump Sah Iktiraf Bukit Golan Hak Israel

Trump Sah Iktiraf Bukit Golan Hak Israel

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 255 hits
Trump sah iktiraf Bukit Golan hak Israel Dikemas kini 2 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Mar 2019 7 57AM middot
Syria Minta Pbb Sokong Resousi Mengenai Bukit Golan

Syria Minta Pbb Sokong Resousi Mengenai Bukit Golan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 221 hits
Syria minta PBB sokong resousi mengenai Bukit Golan Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 23 Mar 2019 7 52AM
Bukit Golan Di Iktiraf Oleh Trump Sebagai Milik Israel

Bukit Golan Di Iktiraf Oleh Trump Sebagai Milik Israel

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 297 hits
Foto AFPWASHINGTON AMERIKA SYARIKAT Presiden Amerika Syarikat Donald Trump semalam menandatangani deklarasi mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel Bertempat di Rumah Putih Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu yang menyaksikan Tru...
Wisma Putra Diharap Bawa Isu Pengiktirafan Bukit Golan Ke Pbb Hormati Resolusi 497

Wisma Putra Diharap Bawa Isu Pengiktirafan Bukit Golan Ke Pbb Hormati Resolusi 497

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 332 hits
KUALA LUMPUR 26 Mac 8211 Diharapkan Wisma Putra membawa isu pengiktirafan Bukit Golan sebagai wilayah Israel ke Pertubuhan Bangsa bangsa Bersatu bagi melindungi hak Syria kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Katanya tindakan Presiden Ameri...
Diserang Roket Dari Gaza Israel Janji Akan Balas Dendam

Diserang Roket Dari Gaza Israel Janji Akan Balas Dendam

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 239 hits
Roket ditembakkan pada Senin pagi mengenai sebuah rumah di daerah permukiman Sharon timur laut Tel Aviv Laporan layanan darurat menyampaikan serangan roket itu menyebabkan tujuh orang terluka termasuk dua bayi yang menderita luka ringan
Majlis Kerjasama Teluk Kesal Donald Trump Iktiraf Bukit Golan Milik Israel

Majlis Kerjasama Teluk Kesal Donald Trump Iktiraf Bukit Golan Milik Israel

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 317 hits
Berikutan dengan pengumuman Donald Trump untuk mengiktiraf Israel di Bukit Golan Majlis Kerjasama Teluk GCC telah menunjukkan kekesalan mereka terhadap keputusan itu Untuk pengetahuan anda Wilayah Bukit Golan sebelum ini telah dirampas dari...
Pengganas Rampas Hak Air Palestin 9274

Pengganas Rampas Hak Air Palestin 9274

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 229 hits
PBB Israel Rampas Hak Air bagi 5 Juta Warga Palestinaby Foto Daily SabahSWISS Pelapor Khusus PBB tentang HAM di Wilayah Palestina Michael Link menuduh Israel telah merebut sumber daya dan hak air bagi 5 juta warga Palestina Hal tersebut dia...
8 722 Penghuni Lapas Di Jakarta Terancam Kehilangan Hak Pilih

8 722 Penghuni Lapas Di Jakarta Terancam Kehilangan Hak Pilih

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 225 hits
Komisioner KPU DKI Jakarta Partono mengatakan berdasarkan perekaman e KTP secara nasional pada 17 Januari 2019 ditemukan 11 028 penghuni lapas dan rutan Jakarta sudah memiliki Nomor Induk Kependudukan dan Nomor Kartu Keluarga
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri