Terkilan Bangsa Dihina Agama Dipersenda


Norizuan Shamsuddin   
“SAYA tidak kisah dia membatalkan tempahan Grab (perkhidmatan e-hailing), tetapi lelaki terbabit turut menghina Melayu dan Islam,” kata pemandu e-hailing, mahu dikenali Murshid, 37.

Menurut Murshid, kejadian berlaku apabila dia menerima tempahan daripada penumpang itu di Jalan 51A/225 Seksyen 51 A, Petaling Jaya, pada 9.56 malam, semalam.

Katanya, pelanggan menggunakan nama Mac terbabit membuat tempahan e-hailing itu untuk pergi ke Damansara, Petaling Jaya.

“Susulan itu, saya segera ke lokasi terbabit yang terletak kira-kira 3 kilometer dari lokasi saya dan mengambil masa lebih kurang dua minit ke sana.

“Ketika dalam perjalanan, saya menerima mesej daripada individu terbabit yang ditulis dengan kata-kata kesat dan menghina Melayu serta Islam.

“Antara kandungan mesej terbabit adalah ‘Dumb Idiot, I am not gonna give you free money Melayu Bodoh dan Die in Hell’, selain turut menghina Allah. Lelaki terbabit turut membatalkan tempahan berkenaan.

“Saya tidak tahu mengapa individu terbabit menghantar mesej begitu, tetapi saya terus ke lokasi berkenaan untuk mengesan individu berkenaan berikutan jaraknya tidak jauh daripada lokasi saya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Murshid berkata, apabila tiba di lokasi berkenaan dia mendapati ada dua individu, masing-masing lelaki dan wanita, dalam kereta Toyota Vios.

Katanya, bagi mendapatkan kepastian dia bertanya kepada lelaki berusia lingkungan 20-an terbabit sama ada dia membuat tempahan dan menghantar mesej itu atau sebaliknya.

“Pada mulanya dia menafikan tetapi selepas didesak akhirnya lelaki mengaku dia adalah individu yang membuat tempahan (e-hailing) menggunakan nama Mac terbabit dan menghantar mesej berkenaan.

“Kawan wanita yang ada bersamanya cuba mententeramkan keadaan supaya tidak berlaku pergaduhan dan susulan itu saya beredar dari situ,” katanya.

Katanya, susulan kejadian dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 1.22 pagi, hari ini, untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan, lelaki itu turut membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Saya berharap pihak polis dapat mengambil tindakan sewajarnya kerana individu terbabit melemparkan kata-kata kesat dan turut membuat penghinaan kepada Melayu dan Islam,” katanya.

Kejadian itu turut tular apabila ahli keluarga Murshid memuat naik gambar laporan polis bersama mesej yang dihantar individu terbabit di Facebook, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

“Siasatan lanjut dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk tindakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/terkilan-bangsa-dihina-agama-dipersenda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Takkan Bagi Kau Duit Melayu Bodoh Pemandu Grab Terkejut Penumpang Hina Bangsa Agama

Aku Takkan Bagi Kau Duit Melayu Bodoh Pemandu Grab Terkejut Penumpang Hina Bangsa Agama

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 472 hits
Aku Takkan Bagi Kau Duit Melayu Bodoh Pemandu Grab Terkejut Penumpang Hina Bangsa Agama Kecoh di Facebook apabila seorang lelaki Suzie Ahmad memuat naik status menyatakan seorang penumpang telah menghina bangsa Melayu dan agama Islam meneru...
Tekad Bangkit Kukuhkan Bahtera Agama Bangsa Kini Diperkotak Katikkan Najib

Tekad Bangkit Kukuhkan Bahtera Agama Bangsa Kini Diperkotak Katikkan Najib

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 329 hits
Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyeru kepada semua ahli agar terus kekal kuat dan utuh dalam melayarkan bahtera parti demi agama bangsa dan tanah air Ujar bekas Perdana Menteri itu juga ini berikutan setelah seta...
Tokoh Agama Kota Kediri Apresiasi Pelaksanaan Pemilu Aman Dan Lancar

Tokoh Agama Kota Kediri Apresiasi Pelaksanaan Pemilu Aman Dan Lancar

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 253 hits
Kita harus menjaga kebersamaan kerukunan dan persatuan yang selama ini telah terjalin dengan baik ungkap pria akrab disapa Gus Ab tersebut
Zamri Vinoth Nafi Hina Agama Hindu

Zamri Vinoth Nafi Hina Agama Hindu

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 651 hits
MALAYSIAKINI Pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth menafikan tuduhan yang mengatakan dia menghina agama Hindu ketika menyampaikan kuliah agamanya Bagaimanapun Zamri berkata dia akur dengan penahannya oleh pihak berkuasa dan menyifatkan tiad...
Himpunan Ummah Cubaan Apikan Sentimen Kaum Agama Muhyiddin

Himpunan Ummah Cubaan Apikan Sentimen Kaum Agama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 400 hits
Menjelang perhimpunan mempertahankan kedaulatan Islam pada 4 Mei ini Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin memberikan amaran tegasnya terhadap pihak yang memiliki kecenderungan mengapi apikan sentimen kaum dan agama Ada pihak yang mendakwa ...
Novel Bamukmin Yang Meminta Fpi Distop Adalah Pengkhianat Agama

Novel Bamukmin Yang Meminta Fpi Distop Adalah Pengkhianat Agama

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 191 hits
Dia mengklaim selama ini FPI sudah tak perlu diragukan lagi Bagaimana membela agama serta bangsa Indonesia ini
Tpm Seru Rakyat Latih Hormat Kaum Dan Agama Di Bulan Ramadan

Tpm Seru Rakyat Latih Hormat Kaum Dan Agama Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 331 hits
TPM seru rakyat latih hormat kaum dan agama di bulan Ramadan Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 4 May 2019 8 23
Hunter Nabbed In Bangkok Says Thai Cops Don T Know Why They Were Arresting Him

Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Babet55 14 Babet55 Top 85 By Aiden

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sembilan Kapal Baharu Global Sumud Flotilla Berlayar Ke Gaza

Sncc Nafi Sekeras Kerasnya Dakwaan Misi Gsf Tidak Bawa Bantuan Kemanusiaan

House D J By Pablo Lanza Arquitetura Modern Living In Itu Brazil

Metmalaysia Issues Thunderstorm Warning For Multiple States

Mcis Life Ncsm Unveil Lungshield For Early Lung Cancer Detection

Digital Id To Curb Corruption Secure Borders