Terkhilaf Keluar Amanah Sertai Bersatu Adun Perak Mohon Maaf


 
Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, hal itu berlaku susulan peruntukan dana diberikan kepada ADUN pembangkang terhad menyebabkan beliau terpaksa membuat keputusan keluar parti. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: ADUN Bebas dari Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, yang sebelum ini keluar dari Amanah dan menyertai Bersatu memohon maaf secara terbuka kepada kepimpinan Amanah Perak kerana “kekhilafannya” susulan tindakan itu.
ADUN Titi Serong yang juga bekas Ketua Pemuda Amanah Nasional berkata demikian ketika sesi wawancara di Facebook anjuran badan bukan kerajaan (NGO) Anjung Rakyat Progresif bertajuk “Seronok ke Jadi Wakil Rakyat?” secara langsung pada malam semalam.
Hasnul yang juga bekas Exco kerajaan negeri ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) turut mengakui kekhilafan dan kesilapan itu berlaku disebabkan kebimbangan beliau tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Jelas Hasnul, hal itu berlaku susulan peruntukan dana diberikan kepada ADUN pembangkang terhad menyebabkan beliau terpaksa membuat keputusan keluar parti.
“Saya dengan hati penuh tulus ikhlas mengambil kesempatan memohon maaf kepada rakan-rakan di luar sana di atas kekhilafan dan kelemahan saya yang menyebabkan saya terpaksa memilih jalan yang memberi tohmahan yang sangat besar kepada saya dan saya terima dengan sebaiknya.
“Saya memohon maaf secara peribadi dan inilah pertama kali saya memohon maaf secara terbuka kepada rakan-rakan di luar, rakan-rakan dalam parti lama (Amanah), pimpinan parti (Amanah) negeri dan nasional yang memberi kepercayaan. Saya memohon maaf sekali lagi,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Hasnul berkata demikian dalam sesi wawancara yang turut menampilkan moderator, Raja Azam Shah dan pemimpin Pemuda PKR Kedah, Firdaus Johari.
Pada 9 Mac 2020, Hasnul Zulkarnain bersama dua ADUN DAP mengumumkan keluar parti menjadi wakil rakyat bebas selepas kerajaan PH tumbang di Perak berikutan pembentukan Perikatan Nasional (PN).
Beliau kemudian mengambil keputusan menyertai Bersatu pada 29 Julai tahun lalu, atas alasan memilih parti mengutamakan kepentingan gabungan kerjasama parti Melayu Islam.
Bagaimanapun, “jodoh” Hasnul Zulkarnain bersama Bersatu tidak panjang apabila beliau dipecat parti itu selepas difahamkan menyokong Ketua Umno Perak, Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar baharu bagi menggantikan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, Disember tahun lalu.
Baru-baru ini, Hasnul Zulkarnain bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa daripada Amanah memainkan peranan penting membongkar kes pemilikan tanah paya bakau di Sungai Betul Bawah dan Kuala Bagan Tiang, Parit Buntar.
Kes tanah itu mendapat bantahan penduduk setempat susulan status kebenarannya dikaitkan dengan seorang Exco Perak daripada Bersatu dan pegawai khasnya.
Sementara itu, Hasnul menegaskan beliau bersedia dihukum sekiranya tidak lagi dipilih untuk meneruskan perkhidmatan wakil rakyat pada penggal akan datang, namun buat masa sekarang, tanggungjawab itu perlu dilunaskan sebaiknya.
Katanya lagi, keputusan keluar Amanah bagi menyertai Bersatu sebelum ini turut mengambil kira kesukaran beliau untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat DUN Titi Serong kerana beliau bukan anak tempatan.
Hasnul berkata, walaupun membuat pilihan berbeza dengan kembali menjadi ADUN Bebas, buat masa ini beliau tetap dengan pendirian memperjuangkan kebenaran menentang kebatilan
“Yang benar itu benar, yang batil itu batil. Soal politik, parti dan khidmat, saya lebih kepada khidmat kepada rakyat. Jiwa dan bakti saya adalah untuk rakyat.
“(Soal hendak sertai parti lain), saya belum ada perancangan lagi,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/terkhilaf-keluar-amanah-sertai-bersatu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+M

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Perak Keluar Lebih 1 000 Kompaun Langgar Sop Pkp

Polis Perak Keluar Lebih 1 000 Kompaun Langgar Sop Pkp

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 231 hits
SINAR HARIAN Polis Perak mengeluarkan 1 239 kompaun berkaitan kesalahan melanggar SOP Covid 19 dalam tempoh pelaksanaan PKP sejak 1 Jun sehingga Jumaat Gambar hiasanIPOH Polis Perak mengeluarkan 1 239 kompaun berkaitan kesalahan melanggar p...
Rulers Must Be Given Honest True Advice Says Perak Religious Dept

Rulers Must Be Given Honest True Advice Says Perak Religious Dept

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 262 hits
The Perak Islamic Religious Department said it was unreasonable for the King or the Rulers to simply perform ceremonial duties PETALING JAYA Leaders tasked with advising the Malay Rulers must do so honestly and sincerely to ensure the Sulta...
Korang Kena Try Resipi Pengat Roti Kapal Unik Dan Klasik Sajian Tradisional Orang Perak

Korang Kena Try Resipi Pengat Roti Kapal Unik Dan Klasik Sajian Tradisional Orang Perak

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 443 hits
Orang Perak mesti kenal dengan sajian tradisional ini kan Pengat roti kapal atau bubur roti biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut atau makan petang
Farhan Roslan Kembali Cergas Fokus Bantu Kebangkitan Perak

Farhan Roslan Kembali Cergas Fokus Bantu Kebangkitan Perak

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 191 hits
Pemain sayap lincah Perak Farhan Roslan ingin segera bangkit sebaik sahaja saingan Liga Super kembali bersambung selepas diketepikan dalam tujuh perlawanan terakhir susulan kecederaan peha Farhan mengakui kecewa apabila terpaksa melupakan b...
Mujahid Terajui Ph Perak

Mujahid Terajui Ph Perak

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 263 hits
June 27 2021 6 40 PMPH Perak berkata pelantikan dan penyusunan semula organisasinya menggemblengkan pelbagai kaum dan gender PETALING JAYA Bekas Menteri Agama Mujahid Yusof Rawa dilantik menerajui Pakatan Harapan Perak setelah dipilih sebag...
Covid 19 Signal Dari Allah Timbalan Mufti Perak

Covid 19 Signal Dari Allah Timbalan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 164 hits
Ingkar SOP mengekang penularan COVID 19 satu perbuatan mungkar Zamri FOTO NSTP IPOH Tindakan individu yang ingkar prosedur operasi standard bagi mengekang penularan COVID 19 boleh disifatkan sebagai perbuatan mungkar dan maksiat Timbalan Mu...
Compensate Relatives Of Covid 19 Victims Who Died Waiting On Vaccine Perak Pkr

Compensate Relatives Of Covid 19 Victims Who Died Waiting On Vaccine Perak Pkr

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 303 hits
Perak PKR has urged the government to pay compensation to the families of Covid 19 patients who died before they were able to receive their vaccinations Its information chief Muhamad Arafat Varisai Mahamad said the recent increase in Covid ...
Asmuni Setuju Usaha Kerajaan Negeri Sembah Maklum Cadangan Tarikh Sidang Dun Kepada Sultan Perak

Asmuni Setuju Usaha Kerajaan Negeri Sembah Maklum Cadangan Tarikh Sidang Dun Kepada Sultan Perak

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 250 hits
June 20 2021 Saya dan pimpinan AMANAH Perak amat bersetuju usaha Kerajaan negeri menyembah maklum kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bagi mendapatkan perkenan memanggil Sidang Dewan Undangan Negeri Perak dengan seberapa seger...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt