Terkandas Diluar Negara Pelbagai Ragam Yang Bercuti Tu Hmmmm


Jumlah rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Luar, Kamarudin Jaffar

Beliau berkata, sehingga hari ini terdapat 3,616 rakyat Malaysia yang terkandas di 58 buah negara.
"Jumlah ini semakin meningkat dari hari ke hari memandangkan kebanyakan negara terus melaksanakan kawalan sempadan bagi mengekang penularan pandemik Covid-19, temasuk pembatalan penerbangan antarabangsa menggunakan pesawat komersial

"Ingin saya tekankan sekali lagi di sini bahawa terkandas itu bermaksud warganegara Malaysia yang kebetulan berada di luar negara bagi tujuan kerja, urusan keluarga atau bercuti, atau apa-apa sebab seperti itu dan mempunyai tiket penerbangan pulang ke Malaysia

"Namun penerbangan pulang mereka telah dibatalkan dan tiada alternatif untuk pulang ke Malaysia disebabkan oleh sekatan-sekatan perjalanan yang dikuatkuasa bagi mengekang penularan pandemik Covid-19," katanya dalam sidang media di Wisma Putra, Putrajaya, hari ini

Turut serta dalam sidang media itu, Menteri Sumber Manusia M Saravanan yang juga timbalan presiden MIC

Pada 22 Mac lalu, Malaysia membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Tehran, Iran yang juga antara negara paling teruk dilanda pandemik Covid-19

Mereka dibawa pulang dengan pesawat AirAsia yang disewa khusus untuk Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) digerakkan oleh kerajaan Malaysia

Media melaporkan seramai 46 individu, termasuk 10 kanak-kanak yang telah berdaftar dengan kedutaan Malaysia di Tehran, akan dibawa pulang dalam penerbangan khas itu

Sebelum itu, enam penerbangan khas dilaksanakan bagi membawa pulang lebih 1,000 rakyat Malaysia yang terkandas di India

Penerbangan dengan pesawat sewa khas AirAsia jenis A320 yang menelan belanja kira-kira RM1.05 juta itu ditanggung MIC

Kamarudin berkata, jumlah tertinggi warganegara Malaysia yang masih terkandas di luar negara adalah di India sebanyak 1,988 orang

"Dengan pecahan sejumlah 916 orang di Chennai, 523 orang di Trichy, 328 orang di New Delhi, 173 orang di Amritsar dan 48 orang di Mumbai," jelasnya

Penghargaan buat MIC
Bagi membawa balik mereka yang terkandas di India, Kamarudin berkata MIC sekali lagi akan membantu membawa pulang kesemua mereka

Katanya, MIC telah bersetuju membiayai 12 penerbangan untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di New Delhi, Chennai, Mumbai, Trichy dan Amritsar

"Kerajaan Malaysia mengucapkan penghargaan atas persetujuan pihak MIC dalam memudahcara urusan membawa pulang warganegara Malaysia yang terkandas di luar negara, termasuk di India dan Bangladesh baru-baru ini," katanya lagi

Mengulas perkembangan terbaru usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas, Kamarudin berkata seramai 86 orang rakyat Malaysia dari Kaherah, Mesir dijangka akan tiba esok

"Mereka akan dibawa pulang dengan penerbangan sewaan khas kerajaan Brunei, sebaik tiba di negara itu mereka akan diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan penerbangan khas dari Malaysia

"Mengambil kira hubungan dua hala yang istimewa di antara Malaysia dan Brunei, kerajaan juga bersetuju untuk membawa pulang 142 warganegara Brunei yang terkandas di Malaysia dengan menaiki pesawat khas yang sama," jelasnya

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan usaha membawa pulang 18 orang rakyat Malaysia yang terkandas di Maldives melalui usaha sama dengan pihak syarikat Weststar Aviation
Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/terkandas-diluar-negara-pelbagai-ragam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid19 Ramai Rakyat Bercuti Ke Luar Negara Kkm Bersedia Hadapi Gelombang Ketiga

Covid19 Ramai Rakyat Bercuti Ke Luar Negara Kkm Bersedia Hadapi Gelombang Ketiga

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 280 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menjangkakan negara kita akan berhadapan dengan tsunami gelombang ketiga wabak Covid19 Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hal ini berlaku disebabkan Adanya rakyat Malaysia bercuti ke luar...
841 Rakyat Malaysia Terkandas Di Luar Negara Wisma Putra

841 Rakyat Malaysia Terkandas Di Luar Negara Wisma Putra

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 376 hits
KUALA LUMPUR 18 Mac Setakat ini seramai 841 warga Malaysia dilaporkan terkandas di 20 negara berikutan penguatkuasaan peraturan kawalan atau sekatan perjalanan oleh pelbagai negara sebagai langkah kawalan wabak COVID 19 Timbalan Menteri Lua...
Geng Akak Nurse Luah Kecewa Masih Ada Yang Degil Kemaruk Bercuti Luar Negara

Geng Akak Nurse Luah Kecewa Masih Ada Yang Degil Kemaruk Bercuti Luar Negara

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 318 hits
Saban hari kita dengar COVID 19 mencatat kes baru dan kematian bukan sahaja di negara negara lain malah di Malaysia bilangan pesakit yang dijangkiti virus dari China itu kini kian bertambah Sehinggakan World Health Organization mengesahkan ...
Kes Covid 19 Semakin Meningkat Netizen Bengang Artis Masih Seronok Bercuti Di Luar Negara

Kes Covid 19 Semakin Meningkat Netizen Bengang Artis Masih Seronok Bercuti Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 430 hits
Ketika ini kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan COVID 19 Jumlah kes di Malaysia terus meningkat sementara di serata dunia sudah ratusan ribu orang meninggal dunia walaupun pelbaga...
Siapa Yg Uruskan Negara Sekarang Umno Menteri Pertahanan

Siapa Yg Uruskan Negara Sekarang Umno Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 288 hits
Mana Menteri KDN Mana Azmin PM sakit Inilah tempangnya bila tiada TPM Kewajarannya segera lantik Hadi sebagai TPM2
Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 377 hits
Putrajaya 19 Mac Semua masjid di seluruh negara menghentikan solat Jumaat sehingga Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID 19 berakhir 31 Mac ini Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata hal ini bagi membantu memu...
Jack Ma Sumbang 2 Juta Topeng Muka Pada Malaysia Tiga Negara Asean

Jack Ma Sumbang 2 Juta Topeng Muka Pada Malaysia Tiga Negara Asean

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 300 hits
Jack Ma Foundation dan Alibaba Foundation mengumumkan sumbangan bekalan perubatan ke Malaysia dan di tiga negara Asean lain Dalam satu kenyataan semalam Jack Ma Foundation berkata mereka akan menghantar 2 juta topeng muka 150 000 kit ujian ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities