Terjejas


Industri perhotelan makin nazak, 2,041 pekerja dihentikan
LIZA MOKHTAR
24 Mac 2020



Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

SEJAK awal Januari 2020, koronavirus atau Covid-19 bagaikan satu petaka yang melanda industri pelancongan dunia.

Yang pasti, selain sektor penerbangan, satu lagi cabang utama yang menerima kesan paling dahsyat angkara Covid-19 ialah perhotelan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Yap Lip Seng berkata, pada peringkat pertama, industri perhotelan menerima pembatalan tempahan bilik secara mendadak dan sehingga kini telah mencecah angka 193,000 bilik dengan nilai kerugian lebih RM75 juta.

“Dalam tempoh kawalan pergerakan selama 14 hari ini, hampir kesemua hotel tidak dapat beroperasi sepenuhnya. Tempoh ini sahaja kami menganggarkan kerugian pendapatan industri hotel lebih daripada RM500 juta,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Katanya lagi, buat masa ini, objektif utama pengusaha hotel adalah untuk meneruskan operasi dalam keadaan kerugian yang paling rendah dengan kos upah dan gaji adalah antara yang paling besar.

Berdasarkan sumber MAH, setakat 20 Mac lalu, seramai 2,041 pekerja sektor perhotelan di seluruh negara telah diberhentikan manakala anggaran kerugian pendapatan industri hotel berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berjumlah RM560,720,981.

Industri perhotelan di Kuala Lumpur paling terkesan dengan kerugian bernilai RM24 juta diikuti Sabah RM11 juta dan Selangor RM9 juta.

Ditanya apakah langkah-langkah yang diambil pihak MAH bagi meminimumkan kerugian dan pelan untuk menghidupkan kembali sektor perhotelan, beliau menjawab, pihak persatuan telah banyak memberi maklum balas dan idea kepada kerajaan dalam pakej rangsangan ekonomi sebelum ini.

“Kami juga mewakili industri dalam rundingan diskaun dengan pembekal-pembekal servis kepada ahli-ahli kami untuk mengurangkan kos operasi hotel.

“Kami berharap kerajaan akan memperkenalkan lebih bantuan kewangan kepada industri dengan beban dan kekangan aliran tunai yang serius,” katanya.



Tinjauan Sinar Harian mendapati hanya premis seperti restoran, pasar raya yang menyediakan keperluan asas, hotel, pengurup wang dan kedai serbaneka dibuka. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Sementara itu, Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang berkata, sektor pelancongan amat terkesan dan mengalami kemerosotan teruk akibat wabak Covid-19.

“Pada bulan Mac pendapatan sektor pelancongan memang merosot disebabkan banyak pembatalan tempahan pelancongan sama ada dari dalam dan luar negara disebabkan kawalan pergerakan bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara utama dunia.

“Untuk bulan April, Mei dan Jun kita harus tunggu dan lihat sama ada virus Covid-19 ini dapat dikawal. Sekiranya dapat dikawal, kita akan dapat melihat pemulihan perlahan-lahan bermula bulan Julai hingga Disember. Berkemungkinan kita akan dapat kembali pulih tahun depan,” katanya.

Menurut beliau, pihak MATTA akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung masalah utama iaitu aliran tunai yang nazak dan keputusan berkaitan para pekerja.

“Kami menulis kepada kerajaan sekiranya terdapat skim pengekalan pekerja. Di United Kingdom misalnya, 80 peratus gaji ditanggung oleh kerajaan, MATTA pula mencadangkan 60 peratus gaji ditanggung kerajaan.

“Namun kita tunggu pengumuman terkini pakej rangsangan ekonomi oleh Perdana Menteri pada 30 Mac ini,” katanya.Beliau turut menambah, keputusan oleh Kementerian Pelancongan untuk membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 merupakan keputusan tepat kerana buat masa ini kempen tersebut tidak mampu untuk mencapai sasaran yang diingini.

Ditanya mampukah industri pelancongan dan perhotelan negara kembali pulih seperti sedia kala sekiranya virus Covid-19 berjaya dikawal, beliau menegaskan pelancongan dan pengembaraan merupakan satu gaya hidup.

“Sekiranya Covid-19 berjaya diatasi, keyakinan untuk mengembara pasti akan pulih namun apa yang tidak pasti ialah bila? Saya harap suku akhir tahun (Oktober, November, Disember) akan menyaksikan masyarakat dunia kembali berasa yakin dan selamat untuk melancong.

Turut berkongsi pandangan, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang menegaskan situasi kini adalah yang paling teruk memberi kesan kepada industri pelancongan.

“Kita tak boleh menerima seorang pelancong pun dan syarikat-syarikat pelancongan masih perlu membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja dan sewa pejabat,” katanya.

Menurut Uzaidi, MITA sentiasa berkomunikasi dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi untuk berbincang bagaimana pihak kerajaan boleh membantu penggiat industri semasa krisis ini.

“Kami berpuas hati dengan segala inisiatif kerajaan untuk membantu kami.

“Tetapi kami berharap pihak kerajaan boleh membantu pekerja-pekerja separuh masa seperti pemandu pelancong yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Mereka ini adalah kumpulan yang terkesan akibat Covid-19.

“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pihak MITA bersama dengan Malaysia Productivity Corp (MPC) turut menganjurkan seminar online dan menjemput penceramah khas untuk mengajar penggiat industri pelancongan.

“Insya-ALLAH esok (hari ini), CEO SME Corp akan memberi penerangan melalui online kepada 1,000 usahawan industri pelancongan mengenai pakej bantuan atau pinjaman khas untuk usahawan semasa Covid-19 ini,” katanya.


Uzaidi menegaskan, industri pelancongan adalah antara industri yang sangat penting dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia adalah antara negara popular yang dilawati oleh pelancong antarabangsa.

“Kami terperanjat kerana sudah mula menerima pertanyaan mengenai pakej pelancongan daripada ejen-ejen negara China untuk bulan September. Ini bermaksud, pelancong-pelancong dari negara China sangat yakin yang Malaysia akan pulih daripada wabak Covid-19 secepat mungkin,” katanya.

sinarharian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mimbarkata.blogspot.com/2020/03/terjejas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Dermakan Semua Gaji Untuk Bantu Keluarga Terjejas

Syed Saddiq Dermakan Semua Gaji Untuk Bantu Keluarga Terjejas

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 395 hits
Hari ini Malaysia sudah masuk hari ke 3 Perintah Kawalan Pergerakan dan diharapkan agar kita semua terus bersabar dan duduk di rumah diam diam Jangan keluar untuk beriadah dan bersiar siar Kita juga sudah melihat banyak pesanan yang dikongs...
Kempen Kita Jaga Kita Bantu Golongan Terjejas

Kempen Kita Jaga Kita Bantu Golongan Terjejas

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 255 hits
Kempen Kitajagakita adalah satu inisiatif rakyat untuk mengumpul organisasi bukan kerajaan dan individu bagi membantu golongan memerlukan sebaik sahaja perintah kawalan pergerakan dijalankan Kitajagakita dimulakan oleh penulis Hanna Alkaf s...
Bank Tawar Moratorium Kepada Pelanggan Yang Terjejas Kerana Covid 19

Bank Tawar Moratorium Kepada Pelanggan Yang Terjejas Kerana Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 213 hits
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Apa itu moratorium Moratorium adalah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau denda Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membayar ansuran
Covid 19 Bantuan Rm600 Buat Pekerja Majikan Terjejas

Covid 19 Bantuan Rm600 Buat Pekerja Majikan Terjejas

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 479 hits
SHAH ALAM 22 MAC Pertubuhan Keselamatan Sosial Selangor menyediakan bantuan kewangan sementara RM600 sebulan kepada pencarum yang terjejas susulan penularan Covid 19 kata pengarahnya Mustafa Draman berkata bantuan di bawah Program Pengekala...
Perghh Orang Kaya Dunia Pun Terjejas Akibat Covid 19

Perghh Orang Kaya Dunia Pun Terjejas Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 322 hits
Orang kaya dunia pun terjejas akibat Covid 19 Langkah nyah jangkit dilakukan di sebuah kereta api untuk membendung penularan Covid 19 di Seoul Foto AFP PANDEMIK koronavirus yang menular ke hampir serata dunia dalam tempoh tiga bulan lalu na...
Cara Mohon Bantuan Rm 600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Yang Terjejas Akibat Covid 19

Cara Mohon Bantuan Rm 600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Yang Terjejas Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 989 hits
Cara Mohon Bantuan RM 600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Pada 16 Mac lalu Perdana Menter Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan sementara bulanan RM600 selama maksimum enam bulan bagi pekerja yang menerima notis cuti tanpa gaji...
Convid19 Peruntukan Rm20 Juta Untuk Peniaga Kecil Pulau Pinang Yang Terjejas

Convid19 Peruntukan Rm20 Juta Untuk Peniaga Kecil Pulau Pinang Yang Terjejas

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 568 hits
Pulau Pinang sedia RM20 juta untuk peniaga kecil terjejas kawalan Covid 19Dikemas kini 3 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Mar 2020 2 33PM 0 KomenLebih LagiKetua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata peruntukan itu bagi membantu peniag...
Kemudahan Bantuan Khas Perniagaan Pks Terjejas Covid 19

Kemudahan Bantuan Khas Perniagaan Pks Terjejas Covid 19

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 620 hits
Kemudahan Bantuan Khas Perniagaan PKS Terjejas Covid 19 Ketahui cara mohon dan maklumat penting tentang Bantuan Khas untuk membantu perniagaan PKS yang terjejas akibat Covid 19 Lebih Info akan kongsikan berkenaan Bantuan Khas
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense