Convid19 Peruntukan Rm20 Juta Untuk Peniaga Kecil Pulau Pinang Yang Terjejas



Pulau Pinang sedia RM20 juta untuk peniaga kecil terjejas kawalan Covid-19
Dikemas kini 3 jam yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2020 2:33PM · 0 Komen
Lebih Lagi

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata peruntukan itu bagi membantu peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan akibat Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mac, 2020.

KERAJAAN Pulau Pinang mengumumkan dana bantuan RM20 juta bagi peniaga kecil yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Chow berkata peruntukan itu bagi membantu peniaga yang tidak dapat menjalankan perniagaan akibat perintah kawalan bermula 18 hingga 31 Mac.


“Kita sudahpun peruntukkan RM20 juta ini dulu, tapi bagaimana insentif ini diberikan belum dimuktamadkan.

“Kita asingkan dahulu bajet ini, kemudian kita akan lihat bagaimana dapat bantu penjaja dan peniaga kecil yang terkesan akibat perintah larangan pergerakan Covid-19,” kata beliau dalam satu sidang media di Georgetown.


Perintah Kawalan Pergerakan dijangka akan menjejaskan peniaga dan penjaja kecil, kerana orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berada di dalam rumah.

Menurut Chow, dana RM20 juta itu adalah mesej bahawa kerajaan negeri sentiasa bersama rakyat.

“Bajet RM20 juta digunakan untuk pemberian insentif-insentif tertentu untuk membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan yang terjejas akibat wabak ini.

“Kita tahu bahawa insentif itu bukan jumlah angka yang besar tetapi itulah cara kita sampaikan mesej bahawa kita bersama dengan rakyat yang terima impak Covid-19,” tambah beliau.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa mulai 18 hingga 31 Mac untuk membendung penularan Covid-19.

Larangan dikenakan bagi semua pergerakan beramai-ramai dan perhimpunan, termasuk keagamaan, sukan, sosial dan aktiviti kebudayaan.

Semua rumah ibadat dan premis perniagaan akan ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka menjual barangan keperluan harian.

Dalam ucapan disiarkan langsung malam tadi, Muhyiddin berkata perintah tersebut dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.  – 17 Mac, 2020.

Sumber

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/03/convid19-peruntukan-rm20-juta-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Dap Pulau Pinang Peruntuk Kan Rm20 Juta Bantu Peniaga Kecil

Kerajaan Dap Pulau Pinang Peruntuk Kan Rm20 Juta Bantu Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 452 hits
https www nst com my news nation 2020 03 575396 restricted movement order penang sets aside rm20 million those likely beGEORGE TOWN Penang govt allocate additional RM20m incentive to small traders hawkers impacted by restricted movement ord...
Zakat Pulau Pinang Sedia Rm3 Juta Untuk Bantuan Tangani Covid 19

Zakat Pulau Pinang Sedia Rm3 Juta Untuk Bantuan Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 415 hits
Zakat Pulau Pinang sedia RM3 juta untuk bantuan tangani Covid 19Bagi membantu golongan asnaf fakir dan miskin yang melibatkan penjaja dan peniaga kecil Zakat Pulau Pinang menyediakan peruntukan sejumlah RM3 juta bagi mereka yang terjejas ek...
Covid 19 Tkm1 Umum Rm2 5 Juta Bantuan Khas Zakat Kepada 5 000 Penjaja Peniaga Kecil Bertaraf Asnaf

Covid 19 Tkm1 Umum Rm2 5 Juta Bantuan Khas Zakat Kepada 5 000 Penjaja Peniaga Kecil Bertaraf Asnaf

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 521 hits
AdminSEBERANG JAYA Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang melalui Zakat Pulau Pinang akan mengagihkan RM2 5 juta atau RM500 seorang secara sekaligus kepada 5 000 penjaja dan peniaga kecil dalam kalangan asnaf fakir dan miskin yang terjejas ...
Berita Baik Untuk Peniaga Kecil Di P Pinang

Berita Baik Untuk Peniaga Kecil Di P Pinang

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 291 hits
Ibrahim Mat IsaZakat Pulau Pinang memperuntukan RM3 juta untuk membantu peniaga kecil dan penjaja dari kalangan asnaf fakir dan miskin yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan koronavirus Timbalan Ketua Menteri 1...
Yb Dr Norlela Ganti Yb Afif Sebagai Exco Pulau Pinang

Yb Dr Norlela Ganti Yb Afif Sebagai Exco Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 548 hits
Dr Norlela Ariffin dilantik menggantikan Dr Afif Bahardin sebagai EXCO kerajaan negeri yang baharu Pelantikan beliau diumumkan oleh Ketua Menteri Chow Kon Yeow dalam sidang media di sini Dr Norlela adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti ...
Peguam Negara Perlu Rujuk Semula Kes Adib Ltte Terowong Pulau Pinang

Peguam Negara Perlu Rujuk Semula Kes Adib Ltte Terowong Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 294 hits
Peguam Negara yang baharu Tan Sri Idrus Harun digesa supaya merujuk kembali kes kes yang telah ditutup dan masih tidak selesai demi keadilan dan kesejahteraan rakyat Sebagai contoh keadilan terhadap kematian anggota Bomba dan Penyelamat Mal...
Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik

Hari Terbuka Tentera Darat Ke 87 Pulau Pinang Gambar Dan Video Menarik

papar berkaitan - pada 10/3/2020 - jumlah : 1087 hits
Gambar dan Video Hari Terbuka Tentera Darat ke 87 Pulau Pinang Seronok Tengok Aset Tentera Assalamualaikum Alhamdulillah berkesempatan untuk ke Hari Tentera Darat ke 87 yang berlangsung di Pulau Pinang pada 29 Februari 1 Mac 2020 Boleh dika...
2 Adun Ppbm Sokongan Kerajaan Ph Pulau Pinang

2 Adun Ppbm Sokongan Kerajaan Ph Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 245 hits
GEORGE TOWN Dua Adun PPBM hari ini mengumumkan sokongan mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang Adun Teluk Bahang Zolkifly Md Lazim berkata beliau dan Adun Bertam Khaliq Mehtab Mohd Ishaq akan terus menyokong dan mendukung PH ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms