Teringat 25 Jam Sakit Bersalin Lahirkan Anak Keempat Kali Ini Liza Hanim Sedikit Fobia
Penyanyi Liza Hanim yang kini hamil anak kelima memberitahu dia tiba-tiba berasa panik selepas menyedari kandungannya sudah memasuki trimester terakhir.
Liza berkata, perasaan itu timbul apabila memikirkan masih belum menyelesaikan persiapan menyambut kelahiran termasuk persediaan fizikal dan mental.
View this post on Instagram
Welcome 3rd trimester!!!!! Soon baby very soon…. mama suddenly freaking out semalam… need to get the preparation going, material, physical and especially mentally. Tiba-tiba teringat pengalaman melahirkan #princeibrahim 3 tahun lepas, 25hours labor… cuba share pengalaman labor you all pulak
A post shared by Liza Hanim (@lizahanim79) on Nov 22, 2018 at 7:42pm PST
“Selamat datang trimester ketiga. Tidak lama lagi baby… Mama tiba-tiba panik, perlu selesaikan persiapan, material, fizikal dan terutamanya mental,” katanya di instagramnya.
September lalu, Liza Hanim mengumumkan keluarganya bakal menerima kehadiran orang baru awal tahun hadapan.
Dalam pada itu, Liza berkata, pengalaman kehamilan kali ini turut membuatkan dia teringat saat melalui proses bersalin anak keempatnya, Mohamed Ibrahim yang kini berusia tiga tahun.
Kata Liza, ketika itu dia bertarung selama 25 jam sebelum dapat memangku anak lelaki kesayangannya itu.
“Tiba-tiba teringat pengalaman melahirkan #princeibrahim tiga tahun lepas, 25 jam sakit bersalin,” ujarnya.
Minta peminat kongsi pengalaman bersalin
Liza juga turut meminta peminatnya berkongsi pengalaman melahirkan anak sebagai motivasi untuknya melalui pengalaman bersalin kali ini.
Walaupun dah anak kelima, perasaan berdebar tetap ada seperti nak melahirkan anak sulung. Ini kerana setiap anak pengalaman sakitnya berbeza.
Liza mendirikan rumahtangga bersama bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Samsudin pada tahun 2003.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 15, Marissa Qaireen, 9, Mohamed Salahuddin, 7, dan Mohamed Ibrahim, 3 tahun.
The post Teringat 25 Jam Sakit Bersalin Lahirkan Anak Keempat, Kali Ini Liza Hanim Sedikit Fobia appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/teringat-25-jam-sakit-bersalin-lahirkan-anak-keempat-kali-ini-liza-hanim-sedikit-fobia/