Terima Tawaran Penempatan Murid Tahun 1


Keputusan penempatan permohonan tahun satu untuk tahun 2025 dah keluar. Untuk korang yang ada anak darjah satu tahun 2025, sekarang dah boleh semak status permohonan penempatan secara dalam talian.
Sesi campak belakang, permohonan sekolah sekarang semua dah melalui laman website. Memang kena alert tarikh yang KPM umumkan.

Aku dah mohon waktu bulan Mei sudah. Ada juga ya kes kelas Airis ibu bapa terlepas pandang tarikh mohon kemasukan darjah satu ni. Kasihan betul.

Entahlah aku tiada idea kalau terlepas mohon. Kena buat secara manual macam dulu-dulu lah agaknya. 





Terima Tawaran Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2025 Memandangkan dari anak pertama memang dah sekolah tempat yang sama jadi sepatutnya tiada masalah dengan permohonan Airis. Kebiasaan penempatan sekolah adalah diwarisi dari adik beradik.

Maksud aku, permohonan jadi lebih mudah jika adik beradik bersekolah di sekolah yang sama. Tapi bila sebut kena mohon masih rasa gementar nak semak jawapan dari KPM. Dasar emak betul.

Ini baru semakan masuk tahun satu. Bukan kemasukkan ke Universiti ya. Drama betul. Bila tahu permohonan lulus rasa lega sangat. 
Selesai satu hal lepas ni boleh fokus untuk dia untuk ke sekolah rendah pula. 
 

 

Cara Semak Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan Tahun 2025 Untuk menyemak status permohonan, layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia  https://idme.moe.gov.my/login

Masukkan username dan kata laluan. Di bahagian dashboard – pilih Aplikasi. Seterusnya klik Pengurusan Awam. Klik Permohonan Kategori Rendah Tahap 1.

Nampak akan terpampang keputusan penempatan samaada Lulus atau Gagal. Boleh la print surat tawaran penempatan murid ke tahun 1 sebagai rujukan. 
Korang kena membuat pengesahan penempatan anak tuan/puan di sekolah yang telah diluluskan mulai 01/10/2024 hingga 17/01/2025 secara dalam talian. 
Nak elak sebarang masalah jadi patuhilah tarikh yang ditetapkan. Sebarang kelewatan boleh menjejaskan urusan sekolah untuk menyediakan kemudahan bagi persekolahan anak. 





Pengesahan Penempatan Serahan Dokumen Ke SekolahLangkah seterusnya bila dah semak penempatan dan lulus, kena membuat pengesahan penempatan anak di sekolah yang telah diluluskan atau menghubungi pihak sekolah yang diluluskan penempatan mulai 01/10/2024 hingga 17/01/2025. 
Macam aku bila datang ke sekolah untuk pengesahan kena bawa surat tawaran dan juga salinan surat beranak. Waktu tu sekadar tunjuk dokumen dan surat tawaran je. 
Tapi bila borak dengan kawan-kawan mereka kata kena serahkan kepada pihak sekolah. Alah pening. Kalau perlu nanti biar la sekolah minta semula. 


Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar. Macam tak sangka anak dah nak masuk sekolah rendah. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2024/10/terima-tawaran-penempatan-murid-tahun-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Populariti Love Next Door Jung Haein Terima Tawaran Terajui Drama Jepun

Selepas Populariti Love Next Door Jung Haein Terima Tawaran Terajui Drama Jepun

papar berkaitan - pada 18/10/2024 - jumlah : 194 hits
Selepas Love Next Door pasti ramai yang menantikan projek lakonan terbaru dari Jung Hae in kan Artikel Berkaitan Terbaru pada 18 Oktober media melaporkan bahawa Jung Hae in sedang secara positif mempertimbangkan tawaran untuk memegang watak...
Ada Terima Tawaran Ramai Bangkang Son Yejin Terajui Drama Scandal Sebab Ada Unsur Seksual

Ada Terima Tawaran Ramai Bangkang Son Yejin Terajui Drama Scandal Sebab Ada Unsur Seksual

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 209 hits
Sudah lama menceburi bidang lakonan Son Ye jin pastinya ingin mencuba pelbagai perkara baru sebagai pelakon Artikel Berkaitan Baru baru ini agensi mengumumkan bahawa Son Ye jin telah menerima tawaran untuk terajui drama sejarah Netflix baru...
Tahniah Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun

Tahniah Farhatul Fairuzah Terima Tauliah Mengajar Dalam Usia 24 Tahun

papar berkaitan - pada 1/11/2024 - jumlah : 174 hits
Tahniah Farhatul Fairuzah terima tauliah mengajar dalam usia 24 tahun Farhatul Fairuzah telah menerima pentauliahan mengajar sekali gus menjadikan beliau pendakwah dan penceramah pada usia 24 tahun Tahniah Farhatul Fairuzah Terima Tauliah M...
Kayu Back To Back Terima Tawaran Drama Baru Ramai Kesal Kim Youngdae Sering Dipilih Jadi Watak Utama

Kayu Back To Back Terima Tawaran Drama Baru Ramai Kesal Kim Youngdae Sering Dipilih Jadi Watak Utama

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 250 hits
Baru baru ini Kim Young dae dilapor telah menerima tawaran untuk memainkan watak sebagai chaebol dalam siri baru berjudul Let s Go To The Moon Artikel Berkaitan Jika dia menerima tawaran itu Kim Young dae dijangka akan menemui penonton deng...
Murid 11 Tahun Cedera Lelaki Mabuk Pandu Myvi Langgar Depan Sekolah

Murid 11 Tahun Cedera Lelaki Mabuk Pandu Myvi Langgar Depan Sekolah

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 202 hits
Sampai hati langgar murid sekolah ketika nak melintas jalan Seorang murid Tahun Lima cedera patah jari kaki selepas dilanggar kereta yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk Paling menyedihkan kejadian berlaku ketika pelajar melintas...
Benar Saya Maki Dia Terpalit Kes Buli Shin Jimin Kwon Mina Kongsi Kehidupan 10 Tahun Ini

Benar Saya Maki Dia Terpalit Kes Buli Shin Jimin Kwon Mina Kongsi Kehidupan 10 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 300 hits
Kwon Mina bekas ahli kumpulan AOA telah mengulas mengenai konflik dengan bekas ahli kumpulannya Shin Ji min Artikel Berkaitan Terbaru Kwon Mina memuat naik mesej panjang di media sosialnya menyatakan Memang betul saya memaki dia Saya telah ...
Warga Asing Menyamar Jadi Tukang Cuci Sebelum Cuba Culik Budak Lelaki 2 Tahun

Warga Asing Menyamar Jadi Tukang Cuci Sebelum Cuba Culik Budak Lelaki 2 Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 312 hits
Seorang lelaki warga asing menerima padah apabila cuba menculik seorang kanak kanak berusia dua tahun Lelaki itu hanya mampu mengerang kesakitan apabila suspek berjaya diberkas orang kampung di Kampung Bunga Raya dekat Kuang Rawang Selangor...
Sudah Kenal Lebih 24 Tahun Lisa Surihani Kagum Lihat Perjalanan Penghijrahan Nora Danish

Sudah Kenal Lebih 24 Tahun Lisa Surihani Kagum Lihat Perjalanan Penghijrahan Nora Danish

papar berkaitan - pada 24/10/2024 - jumlah : 266 hits
Pelakon Lisa Surihani kagum apabila melihat perjalanan penghijrahan sahabatnya Nora Danish dalam memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang lebih baik Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed...
Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zlenir Headquarter A Bold Vision By Urbanjobs For Contemporary Office Spaces

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt

Judiciary Is Not A Playground Of Partisan Preferences

Malaysia Set On Stepping Up Economic Ties With Brics Says Tengku Zafrul

Majlis Ilmu Azan Hafazan

Six9game 16 May Six9game Top 27 By Kazuko