Terima Surat Pemergian Bapa Reaksi Guru Tenangkan Murid Sentuh Hati Ramai
Terima Surat Pemergian Bapa, Reaksi Guru Tenangkan Murid Sentuh Hati Ramai
Insan bergelar “ibu” dan “ayah” merupakan salah satu anugerah terindah daripada Maha Pencipta dan harta yang tidak terganti.
Ibu, dengan kasih sayangnya yang tak pernah habis, sentiasa ada untuk menjaga dan melindungi.
Ayah pula, dengan tegas dan kasih, mendidik kita dengan nasihat yang jadi bekalan hidup sampai ke hujung usia.
Sebagai seorang anak, pastinya kita mahu membesar menjadi seorang anak yang mampu berbakti.
Pun begitu, jauh di sudut seorang anak pastinya terdetik berapa lama anugerah terindah ini dipinjamkan oleh Maha Pencipta untuk kita bersandar pada bahu mereka.
Kehilangan mereka sudah tentunya menjadi satu momen yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi ditemani dengan rindu yang tiada penghujung.
Begitulah momen yang dikongsikan oleh seorang guru selepas mendapat perkhabaran duka tentang seorang anak muridnya.
Dalam klip TikTok yang dikongsikan oleh @r3tusa, memaparkan seorang guru wanita berkongsi momen menyayat hati apabila seorang anak muridnya datang memberikan surat kematian bapanya.
“Anak Yatim ini sebaya anakku yang bongsu. Sebagai ibubapa mereka di sekolah, tanggungjawab ku menaikkan kembali semangat anak-anak ini..
“Sebak sangat. Teringat diri sendiri suatu masa dulu. Semoga anak-anak ini kuat semangat. Amin,” tulisnya dalam hantaran itu.
Reaksi spontan guru terhadap anak muridnya buat ramai sebak
Lebih menyentuh hari, reaksi guru itu terus membuka tangan untuk memeluk anak muridnya sebaik sahaja menerima surat berkenaan.
Murid berkenaan turut dilihat datang ke arahnya, sebelum guru berkenaan mengusap kepalanya dan sambil memanggil seorang lagi rakan senasib dipercayai untuk memberi kata-kata semangat.
@r3tusa
Anak Yatim ini sebaya anakku yg bongsu

Sebagai ibubapa mereka di sekolah, tanggungjawab ku menaikkan kembali semangat anak² ini.. Sebak sgt.. Teringat diri sendiri suatu masa dulu

Semoga anak² ini kuat semangat.. Amiiinnn

#anakyatim #diariseorangguru #ujianhidup
♬ original sound – Dinde Retusa – Dinde Retusa
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak momen itu. Malah sebahagiannya memuji tindakan yang dilakukan oleh guru itu.
“Sampai hati cikgu buat saya nangis pagi-pagi. Terima kasih cikgu kerana peluk dorang,” komen seorang pengguna.
“Tengah makan roti tak boleh telan la pulak..kita yang dewasa kehilangan ayah pun dah tak keruan apatah lagi anak kecil macam ni. Terima kasih cikgu bagi semangat untuk dia,” tulis seorang lagi.
“Semoga adik kecil ni menjadi insan yang berjaya dunia akhirat suatu hari nanti. Percayalah adik ni akan cari balik cikgu,” komen seorang pengguna.
Sumber: TikTok @r3tusa
The post Terima Surat Pemergian Bapa, Reaksi Guru Tenangkan Murid Sentuh Hati Ramai appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/09/12/terima-surat-pemergian-bapa-reaksi-guru-tenangkan-murid-sentuh-hati-ramai/