Terima Kasih Tudm Di Atas Latihan Bersama Komander Uss Theodore Roosevelt
“Kami berterima-kasih di atas peluang untuk berlatih bersama-sama Tentera Udara Diraja Malaysia,” kata Komander Carrier Strike Group Nine, Rear Admiral Doug Verissimo tentang latihan bersama antara TUDM dengan pesawat-pesawat daripada USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group.
Beliau amat teruja apabila kedua-dua pihak iaitu Malaysia dan Amerika Syarikat dapat mendalamkan lagi kerjasama keselamatan antara kedua-dua negara menerusi latihan bersama itu.Gambar kredit USS Theodore Roosevelt
“Usaha berterusan kami untuk interoperabiliti adalah penting untuk mengekalkan kedamaian dan keselamatan di Indo-Pacific,” katanya sambil menambah, pesawat-pesawat daripada USS Theodore Roosevelt (CVN 71) dan Carrier Air Wing (CW11) terlibat dalam latihan bersama dengan TUDM itu.
Pesawat-pesawat daripada Amerika Syarikat itu melakukan “Dissimilar Air Combat Training” (DACT) dengan pesawat-pesawat Su-30MKM dan FA-18D Hornet daripada TUDM.
Kedua-dua pihak memiliki peluang untuk memperbaiki taktik mereka dan meningkatkan keupayaan dan kemampuan untuk bekerjasama.
“Ia adalah seperti “besi menajamkan besi” (iron sharpens iron), latihan berkualiti tinggi dengan Tentera Udara Diraja Malaysia memberikan kami peluang untuk belajar daripada satu sama lain dan menyediakan latihan yang realistic di udara,” kata Komander Carrier Air Wing 11 Kapten Michael Langbehn.
Menurutnya, pihak Carrier Air Wing 11 menghargai peluang untuk terbang bersama-sama rakan ketika mereka berusaha untuk meningkatkan lagi kemampuan untuk beroperasi secara bersama.
Latihan bersama antara TUDM dan tentera Amerika Syarikat itu menumpukan kepada operasi udara bersama dan integrasi unit.
Ia menampilkan kekuatan hubungan di antara kedua-dua negara dan keberkesanan angkatan tentera masing-masing.
TUDM dalam satu kenyataan berkata, ia dan United States Navy (USN) telah melaksanakan Passing Exercise atau PASSEX di kawasan latihan yang digazetkan pada 6 hingga 7 April 21.
Pesawat Su-30MKM dan FA-18D mewakili TUDM, sementara USN diwakili oleh pesawat F/A-18 E/F dan EA-18G dari USS Theodore Roosevelt Carrier Strike Group (CVN 71).
Menurutnya, eksesais selama dua hari ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diplomatik dua hala dan diplomasi ketenteraan.
“Adalah suatu keistimewaan untuk beroperasi dengan Angkatan Laut AS pada tahun ini dalam PASSEX yang mana dapat meningkatkan operasi dan kerjasama menyeluruh antara kedua-dua pasukan. Eksesais pada tahun ini menumpukan kepada “Dissimilar Basic Fighter Maneuver” dan “Dissimilar Air Combat Tactics,” kata TUDM
- DEFENCE SECURITY ASIA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/terima-kasih-tudm-di-atas-latihan.html