Terima Kasih Saya Jual


Ketika ini jam sudah menunjukkan 12.37am. Dah lepas tengah malam dah.. Entah kenapa mata ni tak nak ngantuk sejak dari tadi selepas menonton perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik Malaysia vs Lubnan. Debaran dah berakhir tapi mata masih lagi terkebil-kebil. Nak kejutkan orang sebelah yang dah beralun lama entah sampai kemana.., tak sampai hati pula. Ahhh.. buat je lah entri ni walau belum sampai masanya lagi.. Sekurang-kurangnya ia bermanfaat juga dan dapat pahala orang yang membacanya. Bisik hati saya

Saya teringat baru-baru ini ketika saya singgah di sebuah gerai menjual putu piring di taman tempat saya tinggal. Kakak penjual putu piring sudah pun tersenyum sebelum saya sampai lagi beberapa tapak ke gerainya. Saya bertanya juga walau sudah mengagak harganya. "Akak, putu piring ni macam mana kira?" "Sekotak ni dua ringgit, dalam sekotak ni ada enam keping.." Cukup lengkap jawaban yang diberikan akak ni sejurus selepas saya bertanya. "Oh, kalau macam tu, berikan saya untuk empat ringgit.." Kakak putu piring tu cepat sahaja membungkuskan dengan dua beg plastik berasingan berisi setiap satunya sekotak polysterine yang telah pun berisi putu piring. "Terima kasih saya jual.." Sambil mengucapkan terima kasih, tangan kakak putu piring tu sudah pun menghulurkan bungkusan putu piring tersebut. "Saya beli.." Pantas juga saya menjawab bersama empat helaian duit seringgit yang saya hulurkan buat kakak putu piring. Tersenyum saya sebab dah lama saya tak dengar seorang peniaga mengucapkan terima kasih yang disertakan sekali dengan perkataan "saya jual" Biasanya peniaga hanya mengucapkan "Terima kasih" sahaja. Menurut pemahaman saya, jika dalam adab jual beli dalam islam, ini juga dinamakan 'akad' yang baik

Teknik terima kasih ni bukan sahaja untuk diucapkan, dalam jualan ia akan memberikan impak yang baik untuk peniaga tersebut. Dari sudut lain sebagai contoh sehingga kini setiap tahun, saya masih menerima kad ucapan terima kasih dan peringatan untuk memperbaharui roadtax dan insuran kereta dari syarikat penjual kereta yang saya beli dulu.. Ohh.. 
Walaupun saya ada pilihan untuk menentukan dengan siapa yang saya nak renew insuran kereta saya, tapi saya masih terdorong untuk ke syarikat tersebut bagi memperbaharui roadtax saya setiap tahun. Dalam perniagaan lain sebenarnya kaedah ini mesti ada dan ia perlu, mungkin kaedah sahaja agak berbeza mengikut bisnes yang dijalankan

Jadi, rumusannya untuk pelanggan dan memberi impak yang baik kepada peniaga adalah,Senyum dan bersikap mesra.Ucapkanlah terima kasih walau dengan apa jua cara sekali pun.Mengingatkan pelanggan sesuatu yang perlu atau wajib di lakukan.
Apakah kesannya selepas jualan? Ya, baik untuk bisnes kita. Pengalaman seorang kawan saya, jangan jadi seperti si penjual goreng pisang yang bermuka masam dan memarahi pelanggan yang bertanya. Sampai sekarang kawan saya tu tak mahu singgah lagi ke gerai tersebut


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hairizal.com/2011/06/terima-kasih-saya-jual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bila Suami Ucap Terima Kasih Ada Satu Aura Positif Buat Isteri Bahagia

Bila Suami Ucap Terima Kasih Ada Satu Aura Positif Buat Isteri Bahagia

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 483 hits
Setiap pasangan yang berkahwin bukan sahaja perlu bersedia untuk hidup berdua tetapi juga mental harus kuat kerana ujian selepas berkahwin berganda daripada ketika kita bersendirian Sebelum berumah tangga sudah tentu kita memasang niat untu...
Berduka Ditinggal Ria Irawan Mayk Wongkar Ucapkan Terima Kasih Sudah Dikenalkan Dengan Islam

Berduka Ditinggal Ria Irawan Mayk Wongkar Ucapkan Terima Kasih Sudah Dikenalkan Dengan Islam

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 477 hits
Artis peran Ria Irawan telah meninggal dunia di usia 50 tahun pada Senin lalu Artis senior itu meninggal saat Azan Subuh Ria mengembuskan napas terakhir di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo Jakarta Pusat Ria Irawan meninggal dunia setelah meng...
Terima Kasih Atas Nasihat Tmj Tapi

Terima Kasih Atas Nasihat Tmj Tapi

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 373 hits
Terima kasih TMJ untuk nasihat Amat menghargainya tetapi perkara ini akan diselesaikan secara dalaman dengan cara oleh MUSA Apa apapun lawan tetap lawan Nanti kita jumpa di padang JDT pada 13 5 2020 Thanks TMJ for the advice appreciate much
Iamneeta Terima Kasih Chord

Iamneeta Terima Kasih Chord

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 403 hits
F m B E C mF m B E EF m B E C mF m B E E F m B ETidak pernah ku rasa C m F mperasaan yang begini B E tulusku mencintaimuF m B E C msemua kerna dirimu ku berubah F m B hidup kini penuh dengan senyuman E C mOh sayang datanglah F m Bkuinginkan...
Terima Kasih Ummi Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Terima Kasih Ummi Farhan Syukur Bekas Isterinya Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 702 hits
Pendakwah bebas Nik Ahmad Farhan memanjatkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya semalam Menerusi akaun Instagramnya Farhan memuat naik sekeping foto dirinya mendukung cahaya mata lelakinya itu Alhamdulillah selamat melihat dunia puter...
Terima Kasih Kimanis Gelombang Kebangkitan Anak Muda Berintegriti

Terima Kasih Kimanis Gelombang Kebangkitan Anak Muda Berintegriti

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR 19 Jan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menganggap kemenangan BN di PRK Kimanis adalahgelombang kebangkitan anak muda di Semenanjung yang terus bersinar dan memugar di bumi Sabah dengan barisan kepimpin...
Terima Kasih Untuk 1 000 000 Pageviews

Terima Kasih Untuk 1 000 000 Pageviews

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 382 hits
AssalamualaikumBismillahTerima Kasih Untuk 1 000 000 Pageviews Alhamdulillah syukur kerana mempunyai pembaca dan rakan blogger yang baik hati serta banyak memberi sokongan jatuh bangun blog Sii Nurul ini Penghargaan Untuk Insan TersayangDi ...
Jual Sabu Ke Santri Ustaz Am Tidak Ada Dalil Alquran Yang Haramkan Sabu

Jual Sabu Ke Santri Ustaz Am Tidak Ada Dalil Alquran Yang Haramkan Sabu

papar berkaitan - pada 23/1/2020 - jumlah : 540 hits
SuaraJatim id AM warga Kecamatan Kwanyar Kabupaten Bangkalan ditangkap polisi karena mengonsumsi narkoba jenis sabu sekaligus menjadi bandar penjualan barang haram tersebut Uniknya AM merasa perbuatannya itu tidak melawan hukum Kepada polis...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka