Terima Kasih Followers Setia Sejak 2009
Walaupun orang kata zaman blog dah berlalu tapi bagi blogger yang jiwanya suka menulis pasti bukan trend yang di utamakan. Sama macam aku walau lama juga tak aktif di blog bukan bermakna ikut trend. Aku masih suka menulis di blog cuma perjalanan aku seorang blogger penuh cerita, pengalaman dan suka duka. Apa aku lalui buat aku berehat sebentar dari dunia blog bukan kerana blog sudah tidak relevan atau sudah bukan trend tapi apa pernah aku lalui di sebabkan penulisan di blog ni memerlukan aku mencari kekuatan dan semangat untuk kembali menulis.
Sempat juga buka komen komen yang belum Approve untuk paparan di blog.. Terharu rupanya masih ada followers sejak awal aku berblog yang masih mengikuti blog aku sehingga kini walaupun tak aktif agak lama. Ya Allah rasa bersemangat proton waja nak menulis balik agar penulisan ni terus menjadi proton persona buat followers setia. Dah proton pulak terlibat.. Tiber...!!!
Sekarang ni tengah cari momentum balik nak menulis blog. Bukan mudah. Menulis di blog tak sama hangpa dok up posting kat social media lain macam fb, X threat bagai tu. Tulis blog ni macam kau buat karangan juga nak kena ada mukadimah, pengisian cerita dan penamat. Tak kisah penulisan hangpa tak formal atau formal tapi dia punya format menulis tu sama je. Takkan kau nak menulis macam rojak dalam satu entri macam kau bersembang di facebok. Dan takkan kau nak menulis hanya 1 perenggan dengan tak sampai 50 patah perkataan. Baik tutup je blog kalau camtu.
Lagipun sekarang pc aku pun rosak.. Hanya yang ada phone murahan dan buka blog terpaksa guna mobile views. Memang tak ada jiwa sangat la nak menulis di skrin kecil. Tunggu mak hangpa dapat laptop sebiji dulu yer.. Hari hari aku update blog sampai hangpa muntah darah. Jangan pulak hangpa pi upah hacker lepas ni.
Walaupun aku tahu.. Dah tak ramai rakan rakan blogger bersama aku tapi aku menulis bukan kerana sesiapa. Tak kisahlah.. Sesiapa rasa sudi clik & baca, Alhamdulillah. Kalau tak ada pun aku anggap aku menulis hanya untuk kepuasan sendiri. Mungkin yang baik & membawa manafaat boleh di jadikan panduan buat orang lain.
Betapa waktu dah berlalu kan.. Zaman kegemilangan blog dulu ramai masih muda remaja sekarang ramai dah berkeluarga. Ada yang dah pergi.. Allahyarham blogger relevan sokmo antara blogger yang sudah pulang kepangkuan Ilahi. Antara rakan blogger yang baik bagi aku. Antara rakan blogger yang juga turut membantu waktu aku dalam kesusahan dulu. Semoga Allah tempatkan Allahyarham bersama orang orang yang beriman.
Apapun.. Terima kasih pada yang masih menyokong blog lekatlekit sehingga hari ini. Anda adalah sebahagian dari orang orang yang terus memberi saya semangat & inspirasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://lekatlekitgurl.blogspot.com/2024/01/terima-kasih-followers-setia-sejak-2009.html