Terima Kasih Adun Pas Jeneri Mukhriz Mahathir



TERIMA KASIH ADUN JENERI
JELAS KONSEP KERAJAAN PERPADUAN PAS-UMNO.
BUATLAH CEPAT DI KELANTAN DAN TERENGGANU.
KAMI NAK TENGOK

Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Muhammad Sanusi Mohd Nor, ADUN Jeneri kerana cuba sekolahkan saya mengenai jenis Kerajaan yang sedang diusahakan oleh PAS dan UMNO.

Oleh kerana saya ni lembap sikit nak faham apa sebenarnya yang dimaksudkan, maka dengan penuh rendah diri, saya ingin mencadangkan agar konsep Kerajaan Perpaduan ini diamalkan dulu di negeri Kelantan dan Terengganu. Tentu sekali ini tidak akan menimbulkan sebarang masalah bagi PAS dan UMNO kerana kesemua kerusi DUN di kedua-dua negeri dikuasai oleh mereka sahaja, kecuali DUN Ayer Lanas di Kelantan.

Dengan berjayanya penubuhan Kerajaan Perpaduan yang hampir sifar pembangkang di Kelantan dan Terengganu, maka PAS dan UMNO akan dapat membuktikan kematangan politik era baru yang YB Sanusi war-warkan itu.

Maka, akan terkedulah kami atas kejayaan PAS dan UMNO itu. Kedudukan saya sendiri sebagai Menteri Besar Kedah yang digambarkan oleh YB Sanusi umpama telur di hujung tanduk, akan terjejas akibat kehilangan kepercayaan wakil-wakil parti komponen PH terhadap saya dan keinginan mereka untuk menturuti pendekatan politik penuh bijaksana PAS dan UMNO itu.

Mana tidaknya, kekuatan DAP sangat luar biasa kerana dengan hanya dua kerusi DUN, mereka dapat menguasai seluruh Kerajaan Kedah. Dua wakil DAP itu akan menolak saya sebagai Menteri Besar untuk memberi laluan kepada PAS bagi menubuhkan Kerajaan baharu yang diwakili oleh 15 wakil PAS, dua UMNO dan tujuh PKR (termasuk 4 bukan Melayu).

Pembangkang pula akan dianggotai oleh 6 ADUN Bersatu, 3 Amanah dan 2 DAP. Mungkin YB Sanusi perlu menjelaskan bagaimana Kerajaan Campuran Perpaduan Melayu yang mereka idamkan di Kedah tidak dianggotai sepenuhnya oleh ADUN-ADUN Melayu, manakala kesemua ADUN-ADUN pembangkang pula adalah Melayu kecuali di dua DUN.

Hakikatnya, cadangan pendek akal oleh ADUN Jeneri itu tidak boleh diterima oleh Rakyat kerana lojiknya lemah dan kewibawaan pemimpin-pemimpin PAS sendiri diragui setelah terdedahnya kes sogokan RM90 juta daripada UMNO. Bukan saya tuduh tetapi ini diakui oleh pemimpin peringkat nasional parti YB Sanusi sendiri.

PAS perlu jawab persoalan ini dulu bagi membersihkan nama (suci sangatkah?) mereka sebelum menuduh PH menyogok ADUN Guar Chempedak untuk berhijrah ke Bersatu. Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS yang dikatakan dari kalangan alim ulama tentunya tahu bahawa mengaibkan seseorang itu dengan dakwaan sinis, palsu, tiada bukti serta tidak berasas bukannya ciri pemimpin Islam, malah ianya berdosa! Mustahil ADUN Jeneri tak tahu hukum fitnah.

Rakyat tidak terpedaya dengan helah mengalih perhatian yang cuba dilakukan oleh YB Sanusi dan sekutunya. Rakyat juga sedar bahawa skandal kecurian wang Rakyat berskala mega 1MDB yang kini kian terbukti kesahihannya tidak langsung dipedulikan oleh kepimpinan PAS, termasuk YB Sanusi dari dulu sampai ke hari ini.

Saya nak tanya ADUN Jeneri yang bijaksana. Kalau PAS ikhlas inginkan Kerajaan Perpaduan bercirikan Islam, kenapa perjanjian mereka dengan Bersatu ditarikbalik sejurus selepas ianya ditandatangani? Adakah mungkin ianya ada sangkut paut dengan RM90 juta yang diterima mereka dari UMNO? YB, jangan sembang deraih sangat, sampai pokok pun boleh tumbang!

Sekali lagi saya tegaskan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan tetap menegakkan Islam dengan cara membanteras rasuah dan salahguna kuasa. Kerajaan PH tidak akan sekali-kali menidakkan hak Rakyat dengan menerima sebarang sogokan dari mana-mana pihak termasuk dari kepimpinan UMNO sekalipun.

Sebaliknya keluhuran undang-undang negara akan dipertahankan melalui siasatan, dakwaan, perbicaraan dan hukuman kepada pesalah-pesalah rasuah. Bagi kami, pendekatan PH adalah sangat menepati ajaran Islam. Inshaa-Allah.

Mukhriz Mahathir
Jitra, Kedah
13 Mac 2019

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2019/03/terima-kasih-adun-pas-jeneri-mukhriz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Pas Ketua Puteri Umno

Terima Kasih Pas Ketua Puteri Umno

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 402 hits
Susulan kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik mengucapkan terima kasih kepada Pas Menurut Zahida ucapan terima kasih tersebut adalah kerana usaha Pas yang ba...
Terima Kasih Rafizi Kerana Membersihkan Nama Pas

Terima Kasih Rafizi Kerana Membersihkan Nama Pas

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 437 hits
Ahmad Faiz Faiza I always argued that these Pakatan Harapan people failed comprehension Diorang tak faham apa yang orang lain tulis dan mereka sendiri tak faham apa yang mereka sendiri tulis Mereka juga tak faham apa maksud dokumen dokumen ...
Rafizi Dedah Identiti Pemimpin Pas Terima Dana 1mdb

Rafizi Dedah Identiti Pemimpin Pas Terima Dana 1mdb

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 364 hits
Rafizi dedah identiti pemimpin Pas terima dana 1MDBPosted By on March 01 2019Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengotakan janjinya untuk mendedahkan nama bekas pemimpin PAS yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB Dalam sidang media ...
Mukhriz Umno Generously Handing Over Kedah To Pas

Mukhriz Umno Generously Handing Over Kedah To Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 303 hits
Kedah Menteri Besar Mukhriz Mahathir today sarcastically congratulated Umno for its generosity in handing over the state to PAS This he said was because the cooperation between Umno and PAS in the state would work more towards the benefit o...
Ph Tidak Gentar Gabungan Pas Dan Umno Mahathir

Ph Tidak Gentar Gabungan Pas Dan Umno Mahathir

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 304 hits
06 Mac 2019 10 38 PM KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Pakatan Harapan tidak gentar melihat gabungan Pas dengan UMNO kerana ia memberi banyak isu dan peluang dalam men
Bn Tidak Terima Keahlian Parti Baru Termasuk Pas

Bn Tidak Terima Keahlian Parti Baru Termasuk Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 418 hits
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bercakap kepada media selepas hadir Mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional turut sama Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran di Pejabat BN Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur foto FAREEZ FADZIL KU...
Pas Sokong Mahathir Saja Ppbm Tidak Kata Naib Presiden Pas

Pas Sokong Mahathir Saja Ppbm Tidak Kata Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 254 hits
KOTA BARU PAS hanya menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen bukan sokongan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia kata Naib Presidennya Datuk Amar Nik Abdullah L...
Bebas Dari Hukuman Siti Aisyah Sampaikan Terima Kasih Ke Jokowi

Bebas Dari Hukuman Siti Aisyah Sampaikan Terima Kasih Ke Jokowi

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 287 hits
Siti Aisyah mengucapkan terima kasih kepada Presiden Joko Widodo dan para menteri serta semua pihak yang turut membantu pembebasannya
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran