Terima Kasih Rafizi Kerana Membersihkan Nama Pas
Ahmad Faiz Faiza
I always argued that these Pakatan Harapan people failed comprehension. Diorang tak faham apa yang orang lain tulis, dan mereka sendiri tak faham apa yang mereka sendiri tulis. Mereka juga tak faham apa maksud dokumen-dokumen yang mereka sendiri bongkarkan. Dan lebih memalukan, tak faham akan fitnah yang mereka sendiri reka.
Isu terhangat sekarang ni adalah fitnah pembayaran RM1.4 juta oleh Tok Guru Abdul Hadi Awang kepada Clare Rewcastle Brown untuk menyelesaikan saman Hadi terhadap Clare di London. Kononnya, Tok Guru Hadi bayar Clare. Nak tunjuk Tok Guru Hadi dan PAS bersalah dan sebenarnya terima duit RM90 juta.
Bermula dengan Anwar Ibrahim berkata ada bukti dalam ucapannya dalam kempen di PRK Semenyih, ia disambung pula oleh Clare dengan bukti-bukti dokumen tentang pembayaran tersebut. Malangnya bukti-bukti ini cepat ditolak orang ramai apabila akaun tersebut tidak dapat diakses. Ramai mencuba menderma duit ke dalam nombor akaun yang tertera di dokumen-dokumen terbabit, tetapi gagal. Lebih malang lagi apabila nombor akaun terbabit bukanlah nombor akaun PAS dalam Bank Islam, mahupun nombor akaun peribadi Tok Guru Hadi.
Penolakan ramai orang terhadap kesahihan akaun bank dan dokumen dokumen terbabit, memaksa Rafizi pula untuk tampil memberi bantuan kecemasan.
https://www.facebook.com/ 145165568851292/posts/ 2344953028872524/
Seperti biasa, beliau dengan bangganya memperincikan secara detail bahawa akaun terbabit sebenarnya wujud dan ini adalah kod sekuriti biasa Bank Islam, yang menyebabkan dokumen-dokumen terbabit tidak menampilkan nombor akaun sebenar. Malah beliau menamakan pemilik akaun terbabit, iaitu seorang Rameli Musa.
Tanpa Rafizi sedari sebenarnya, kenyataan beliau telah secara sekaligus membersihkan Tok Guru Hadi dan PAS daripada dakwaan membayar Clare. Siapa Rameli Musa? Adakah dia ahli PAS? Adakah dia sahabat Tok Guru Hadi? Setahu saya, seorang bernama Rameli Musa yang kaya adalah Pengarah KTMB sekarang, yang ramai tahu adalah sahabat baik Anwar dan juga sahabat salah seorang anak Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Bukan sahabat baik pemimpin PAS. Adakah dia yang Rafizi maksudkan?
Malah sebenarnya jika kita kaji dokumen-dokumen terbabit, ia sendiri membuktikan bahawa dakwaan ini semua adalah fitnah terancang. Ia adalah satu kerja spin menggunakan dokumen yang ada untuk memfitnah Tok Guru Hadi dan PAS. Hanya jika seseorang kaji secara detail dokumen terbabit, you will realise the spin.
Kita ambil statement Letter of Receipt and Undertaking yang mereka paparkan. Di situ ada 3 kondisi untuk duit terbabit dialihkan ke akaun Clare daripada akaun Americk Sidhu. Pertama bahawa kes itu ditarik balik dan/atau tidak diteruskan. Kedua bahawa Perintah Mahkamah terbabit telahpun diterima. Dan ketiga cek terbabit telahpun clear didalam akaun Americk Sidhu.
Tidak ada satu pun didalam kondisi kondisi terbabit menyatakan bahawa duit ini adalah pembayaran oleh Tok Guru Hadi kepada Clare mengikut terma penyelesaian luar mahkamah mereka di Mahkamah London. Yang ada hanyalah kondisi bahawa duit ini dibayar jika kes tersebut ditarik balik dan/atau tidak diteruskan. Hak meneruskan kes adalah hak Clare yang boleh counter-claim jika Tok Guru Hadi menarik balik kes. Tetapi hak menarik balik kes adalah hak Tok Guru Hadi sebagai penyaman. Bermakna pihak yang membayar Clare ini adalah orang yang mahu bukan hanya Clare tak meneruskan kes, tapi juga mahu Hadi drop the case!
Perkara undang undang selalunya bersifat spesifik. Jelas ini bukan pembayaran oleh Tok Guru Hadi kepada Clare kerana tidak dinyatakan sebegitu. Ini adalah pembayaran satu pihak ketiga, a third party, yang mahu kes ini ditamatkan terus oleh kedua dua pihak. Sebab itu yang membayar letakkan ketiga tiga kondisi terbabit sebagai bukti bahawa kes ini sudah tamat. Jika ini adalah pembayaran oleh Tok Guru Hadi kepada Clare, kondisi di dalam Letter of Receipt adalah terma perjanjian mereka dalam penyelesaian luar mahkamah yang mesti menyatakan Tok Guru Hadi bersetuju membuat pembayaran tersebut. Sebab tu saya selalu katakan orang PH ni ramai gagal comprehension, yakni gagal memahami ayat atau perkara sebenar yang nak disampaikan dalam satu satu tulisan, lisan atau dokumen.
Ya, terma perjanjian itu adalah sulit. Tetapi Letter of Receipt ini juga sulit dan ada dinyatakan dengan jelas didalam dokumen tersebut yang dipaparkan oleh Clare sendiri. Jadi soal nanti langgar perjanjian sulit mereka tak timbul.
Dan ini terbukti apabila dilaporkan yang Clare sendiri berkata supaya kes ini diselesaikan diluar mahkamah.
https://www.malaysia-today. net/2019/02/05/clare-yang- minta-supaya-kes-tidak- dipanjangkan-dan-selesai-di- luar-mahkamah/
Now, jika ini adalah pembayaran kepada Clare oleh pihak ketiga, persoalannya tentulah kenapa? Tetapi ini telah pun dinyatakan oleh beberapa orang termasuk Raja Petra dahulu. Malah diulangi lagi sekali oleh RPK hari ini.
https://www.malaysia-today. net/2019/03/01/the-rm1-4- million-payment-to-clare-is- to-prevent-najib-from-leaving- malaysia/
Ceritanya Mahathir mahukan kes ini ditamatkan serta merta kerana saksi utama Tok Guru Hadi di dalam kes tersebut adalah Najib Tun Razak. Najib tidak dibenarkan ke luar negara. Tetapi jika dipanggil mahkamah di London, ada kemungkinan Malaysia terpaksa akur dan membenarkannya. Mahathir takut jika Najib ke luar negara, dia tidak akan balik ke Malaysia lagi.
Jika kita ambil cerita RPK ini, kaitan dengan apa yang dinyatakan Rafizi semakin jelas. Kaitan Rameli Musa, tuan punya akaun pun jelas. Ini sebenarnya adalah duit yang Mahathir atau orang Mahathir bayar Clare, untuk meminta penyelesaian luar mahkamah di dalam kes Hadi menyamannya di London. Ini bukan dokumen Tok Guru Hadi bayar Clare. Ini adalah dokumen orang Mahathir bayar Clare!
Soalnya sekarang pula, kenapa Anwar, Clare dan Rafizi begitu bodoh memaparkan dokumen ini? Kenapa Rafizi sendiri menamakan pemilik akaun? Adakah sebenarnya isu ini ditimbulkan bukan sahaja untuk memfitnah memburukkan Tok Guru Hadi dan PAS, tetapi juga sebagai amaran kepada Mahathir jika beliau tidak mau menyerahkan jawatan PM kepada Anwar?
Wallahualam. Terlampau banyak fitnah, pembohongan dan tikam belakang di dalam PH ni. Entah apa pula lepas ni. Mungkin gambar Rameli Musa bersembahyang di Masjid Rusila di belakang Tok Guru Hadi, untuk tunjukkan kononnya dia sahabat karib Tok Guru Hadi. Mungkin dokumen ajaib daripada bank lagi, berbentuk satu cek berjumlah rm 90 juta.
Yang pasti, rakyat dah bosan dengan mainan politik sebegini. Terutamanya dimana yang dituduh mesti buktikan dirinya tak bersalah. Walhal ikut undang undang dan Islam, yang menuduh patut buktikan tuduhan mereka. Dan kebosanan rakyat ini akan terserlah apabila PH kalah di Semenyih, insyaallah, dan juga pada PRU15 yang akan datang, insyaallah.
Apa apahal, terima kasih Rafizi kerana tanpa sedar telah membersihkan nama Tok Guru Hadi dan PAS. Sesungguhnya kita merancang, mereka merancang, tetapi Allah adalah sebaik baik perancang. Alhamdulillah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysia-today.net/2019/03/03/terima-kasih-rafizi-kerana-membersihkan-nama-pas/