Terima Birthday Card Dari Lhdn
Terima Birthday Card Dari LHDN. Hehe.. siapa bayar cukai, dia akan dapat virtual birthday card dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ikut hari lahir masing-masing la. Cute pulak rasa... sebab memang dah lama tak dapat birthday card. Last dapat fizikal kad harijadi mungkin 10 tahun lepas. Sejak media sosial terutamanya FB ambil alih, memang dah tak beli birthday card kat orang dan orang pun tak beri birthday card kat saya. Gitulah kehidupan zaman ini..
Harijadi saya jatuh pada hari ini iaitu 4 Disember. I am Sagitarrius baby yang dah tak baby. Dah matured orang kata.. dah beranak pinak. Tak sangka pula LHDN wish birthday saya hari ini melalui email. Adakah saya sedang diintip? Tetapi saya bayar cukai tau.. hehe
Anyway, terima kasih banyak-banyak kepada LHDN atas ingatan ini. Rasanya ini kali pertama LHDN buat CSR wish birthday. Satu perubahan yang agak baik, mungkin satu cara nak hargai pembayar cukai
Terima Birthday Card Dari LHDN
Saya kongsikan kat sini sebagai satu kenangan di harijadi saya. Lagipun, kawan-kawan dan family semua dah wish kat media sosial. Maka yang ni je yang ada kad.
Ini adalah satu penghargaan dari kerajaan, cara mereka mendekati rakyat yang membantu menjana pendapatan negara juga antaraya melalui cukai
Dulu sewaktu bekerja di Bank pun dia orang ada buat macam ini. Bila masuk bulan Disember je, pihak HQ akan hantar kad harijadi kepada staff yang sambut birthday sepanjang bulan Disember. Dapat sorang satu. Walau ayat dalam kad tu standard je, semua sama.. tetapi setiap tahun warna dan dekorasi kad berubah-ubah. Nasib baik la, kalau sama je memang mengamuklah staff semua. Haha.. memang kenangan betul lah.
Menyambut harijadi bukanlah satu kemestian. Cukup sekadar ingatan dan doa-doa yang baik dari orang yang kita sayangi. Semoga doa-doa yang baik ini akan berbalik kepada si pemberi doa jua.
Sempena harijadi saya ni, saya cuma bertekad nak berbuat kebaikan setiap masa, syukur selalu dan berlapang dada atas semua ujian dan musibah. Kerana yang memberi dan menguji kita datangnya dari Allah jua
Lagipun.. Allah Maha Pemurah dan Maha Mendengar permintaan hambaNya. Hampir keseluruhan doa-doa saya telah Allah kabulkan.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2020/12/terima-birthday-card-dari-lhdn.html