Terengganu Kembali Banjir Kelantan Bersiap Sedia


AGENDA DAILY
Klip video dan gambar keadaan arus deras di Lata Berangin, Kuala Krai bukan 'kepala air' dan menurut polis ianya adalah terjunan air bukit yang biasa berlaku selepas hujan.
Hujan lebat berterusan mengakibatkan Terengganu kembali dilanda banjir, manakala sehingga petang tadi, Kelantan menunjukkan pertambahan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS).
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca peringkat bahaya iaitu hujan sangat lebat berterusan yang dijangka dialami 11 kawasan di tiga negeri pantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga esok. Berita berkaitan
Bernama melaporkan di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan Dungun menjadi daerah pertama dilanda banjir gelombang ketiga apabila PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dibuka pada jam 4 petang yang menempatkan 69 mangsa daripada 22 keluarga.
Banjir gelombang kedua melanda negeri itu pada 17 hingga 21 Disember lepas menyaksikan seramai 423 mangsa daripada 122 keluarga dipindahkan ke PPS di Setiu, Dungun dan Kemaman.
Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 856 orang daripada 245 keluarga setakat 6 petang ini, berbanding 501 orang daripada 142 keluarga, tengah hari tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM), 11 PPS dibuka melibatkan dua jajahan iaitu tujuh di Jeli dan empat di Kuala Krai.
Sementara itu, portal rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli dengan merekodkan bacaan 29.58 meter (m) dan Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.69 m).
Portal rasmi pengurusan bencana Jabatan Kerja Raya (JKR) pula melaporkan jalan yang menghubungkan Jeli-Dabong di Kampung Reka, Jeli ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 4,368 orang di 38 PPS di daerah Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Maran.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang melaporkan hanya Jalan Kampung Belimbing di Maran yang masih ditutup petang tadi, berbanding enam di lima daerah pada sebelah pagi.
Laman web JPS pula melaporkan Sungai Cherating di Kuantan berada para paras bahaya dengan trend menurun, manakala lima sungai pada paras waspada iaitu Sungai Kundang di Maran, Sungai Dong (Raub), Sungai Triang di Chemomoi (Bentong) dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau serta Sungai Lembing, kedua-duanya di Kuantan.
Sementara itu, situasi di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pula menunjukkan keadaan banjir semakin pulih.
Di SELANGOR, aplikasi Info Bencana JKM memaklumkan jumlah mangsa di negeri itu kini 466 orang melibatkan 132 keluarga yang ditempatkan di empat PPS.
Empat PPS tersebut adalah Sekolah Rendah Agama Dusun Nanding (20 orang) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil (77 orang) di Hulu Langat, Stadium Tertutup Kuala Selangor (201 orang) dan SMK Kuala Selangor (168 orang).
Di NEGERI SEMBILAN, mangsa banjir kekal 29 individu manakala di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata PPS tunggal yang menempatkan mangsa banjir di Jasin telah ditutup pada 2 petang tadi.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/12/terengganu-kembali-banjir-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Mungkin Banjir Kerajaan Perlu Bersiap Sedia

Johor Mungkin Banjir Kerajaan Perlu Bersiap Sedia

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 180 hits
Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Johor menggesakan Kerajaan Negeri agar bersiap sedia dalam musim tengkujuh kali ini sekiranya menerima tempias tiupan angin monsun timur laut yang melanda Pantai Timur Semenanjung Menurut Yang Dipertua A...
Hiburan Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir Perdana Menteri

Hiburan Penduduk Di Negeri Utara Semenanjung Dinasihati Bersiap Sedia Kemungkinan Banjir Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 234 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran berhubung hujan berterusan di kawasan di negeri negeri Utara Semenanjung Malaysia sekaligus meminta penduduk di kawasan berkenaan untuk bersedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya b...
Mangsa Banjir Kelantan Terengganu Meningkat

Mangsa Banjir Kelantan Terengganu Meningkat

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 325 hits
BERNAMA Seramai 1 186 orang dari 350 keluarga berada di PPS Kelantan berbanding 856 orang pada sebelah petangnya Beberapa sukarelawan dari Ipoh membantu penduduk Taman Sri Nanding membersihkan lumpur akibat kesan banjir yang melanda dua min...
Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Di Kelantan 4 Negeri Lain Menurun

Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Di Kelantan 4 Negeri Lain Menurun

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 306 hits
Mangsa mangsa banjir di Kelantan ditempatkan di 10 PPS yang kesemuanya dibuka di jajahan Pasir Mas KUALA LUMPUR Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Kelantan mencatatk
Jeli Kembali Dilanda Banjir

Jeli Kembali Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 168 hits
Jeli kembali dilanda banjir Hujan lebat berterusan sejak malam semalam menyebabkan beberapa kawasan di daerah Jeli Kelantan kembali dilanda banjir Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga jam 1 00 petang tadi sebany...
Hiburan Finas Umum Siap Sedia Jadi Pps Untuk Mangsa Banjir

Hiburan Finas Umum Siap Sedia Jadi Pps Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 204 hits
Mangsa banjir di sekitar Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Hulu Kelang boleh menggunakan Kompleks Studio Merdeka sebagai pusat penempatan sementara 17 jam laluSanggup Ketuk Pintu Kereta Di Lebuhraya Fouziah Gous Turun Padang Bantu...
Pm Arah Nadma Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir

Pm Arah Nadma Siap Sedia Gelombang Kedua Banjir

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 209 hits
Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob GAMBAR Abd Razak Aid PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara serta agensi agensi lain yang terlibat bersiap sedia menghadapi gelom...
Covid 19 11 Kes Positif Melibatkan Mangsa Banjir Di Kelantan

Covid 19 11 Kes Positif Melibatkan Mangsa Banjir Di Kelantan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 237 hits
Sebanyak 11 kes positif COVID 19 dikesan melibatkan mangsa banjir di dua daerah di Kelantan SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media...
223 Penyakit Berjangkit Dikesan Dalam Kalangan Mangsa Banjir Kelantan

223 Penyakit Berjangkit Dikesan Dalam Kalangan Mangsa Banjir Kelantan

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 248 hits
Dikesan hasil ujian saringan di PPS yang dibuka di lima daerah KOTA BHARU Sebanyak 223 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di lima daerah di Kelantan sejak kejadian banjir besar pada 17 Dis lepas Pengarah Jabatan Ke...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Bendang


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks