Terengganu Fc Mungkin Jelajah Pra Musim Di Luar Negara



Terengganu FC mungkin mengadakan jelajah pra-musim di Thailand dan menurut pengendali, Nafuzi Zain ketika dihubungi Semuanya BOLA, ianya belum disahkan dan dalam perancangan.

Terengganu baru sahaja selesai menjalani aksi pemanas badan pertama mereka malam kelmarin dengan meraih keputusan seri 3-3 menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Gol-gol Terengganu telah dijaringkan oleh dua pemain yang baharu direkrut untuk musim 2020 iaitu dua gol oleh penyerang import, Dominic da Sylva dan juga pemain sayap, D. Saarvindran.

Sang Penyu dilihat sudah hampir tiga minggu menjalani latihan di bawah kendalian Nafuzi Zain dan kelibat beberapa pemain baharu telah mencuri tumpuan para penyokong sambil merasakan musim ini mereka mampu meraih sesuatu dalam saingan Liga Malaysia.

Musim lalu, Terengganu menamatkan saingan liga di kedudukan ke-7, dua anak tangga di bawah kedudukan musim 2018, mara ke suku akhir Piala FA sebelum disingkir Pahang dan ditumbangkan Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat suku akhir Piala Malaysia.

Menurut pengendali berusia 41 tahun itu, aksi bertemu musuh Pantai Timur itu adalah sebagai pembuka tirai siri perlawanan persahabatan dan akan ada banyak lagi aksi persahabatan yang dirancang sebelum sepak mula Liga Super, penghujung Februari.

“Selepas persahabatan dengan Kelantan, akan ada beberapa lagi perlawanan persahabatan [yang dirancang] pada bulan Januari dan Februari,” ujar Nafuzi Zain ketika ditanya tentang aksi pra-musim.

“Mungkin. Kita tunggu. Kita telah merancang untuk ke Bangkok. Tahun lepas kita ke Vietnam,” ujarnya lagi mengenai perancangan untuk mengadakan sesi jelajah pra-musim di luar negara.

Ketika ditanyakan Semuanya BOLA mengenai pemain-pemain muda yang telah membantu Sang Penyu menjulang kejuaraan Sheikh Kamal International Club Cup di Bangladesh, bulan lalu, Nafuzi Zain mengesahkan mereka berada bersama skuad utama.

“Pemain-pemain muda itu ada bersama saya sekarang ini,” ujarnya mengenai beberapa pemain muda yang telah menyerlah sambil berkata beliau sangat berpuas hati dengan sesi latihan mereka.

“Setakat ini saya berpuas hati dengan sesi latihan bersama mereka dan tidak mustahil akan ada tempat buat mereka di dalam skuad utama,” tambahnya mengenai kemungkinan untuk pemain-pemain tersebut memecah masuk ke skuad utama pada musim hadapan. - Semuanyabola

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/terengganu-fc-mungkin-jelajah-pra-musim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Negara Luar Kurang Kerjasama Tangkap Jho Low Hamid

Negara Luar Kurang Kerjasama Tangkap Jho Low Hamid

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 579 hits
Polis Malaysia telah berusaha sedaya upaya untuk membawa pulang penjenayah yang terlibat dalam kes penyelewengan 1MDB Bagaimanapun menurut Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador pihak berkuasa negara negara terbabit enggan bekerjasama dengan ...
Negara Luar Enggan Bantu Bawa Pulang Jho Low Kata Kpn

Negara Luar Enggan Bantu Bawa Pulang Jho Low Kata Kpn

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 426 hits
Negara luar enggan bantu bawa pulang Jho Low kata KPN nbsp Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 23 Dec 2019 12 25P
Indef Saran Program Pra Kerja Terapkan Pelatihan Keahlian Untuk Kebutuhan Luar Negeri

Indef Saran Program Pra Kerja Terapkan Pelatihan Keahlian Untuk Kebutuhan Luar Negeri

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 214 hits
Pengangguran di Indonesia saat ini mencapai 7 juta orang Dari jumlah tersebut setidaknya ada 2 juta orang ikut dalam program kartu pra kerja Mirah menyarankan di program tersebut ada pelatihan berbasis keahlian sesuai dengan kebutuhan pasar...
Konvo Dengan Pointer 3 98 Gadis Sebak Dapat Tawaran Belajar Luar Negara

Konvo Dengan Pointer 3 98 Gadis Sebak Dapat Tawaran Belajar Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 340 hits
Sejak kebelakangan ini ramai pengguna media sosial Twitter berkongsi kejayaan mereka tahun ini setelah nbsp memperoleh segulung ijazah sempena majlis konvokesyen Tidak terkecuali dengan seorang gadis yang turut mengambil kesempatan untuk be...
Isn Teroka Peluang Kerjasama Dengan Syarikat Institut Sukan Luar Negara Pada 2020

Isn Teroka Peluang Kerjasama Dengan Syarikat Institut Sukan Luar Negara Pada 2020

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 439 hits
KUALA LUMPUR 25 Dis Institut Sukan Negara merancang untuk mengadakan lebih banyak kerjasama dengan beberapa institut sukan luar negara terutamanya di benua Asia dan Eropah melibatkan pertukaran kepakaran dalam bidang sains sukan pada tahun ...
79 Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Diberkas Di Luar Negara

79 Rakyat Malaysia Jadi Keldai Dadah Diberkas Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 431 hits
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dalam Sinar Live bertajuk Dadah Masalah Tak Sudah hari ini SHAH ALAM Sejak Januari sehingga November tahun ini seramai 79 warga Malaysia ditangkap di luar negara kerana...
Pengguna Celcom Di Kelantan Terengganu Pahang Mungkin Mengalami Gangguan Sementara

Pengguna Celcom Di Kelantan Terengganu Pahang Mungkin Mengalami Gangguan Sementara

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 411 hits
Celcom kini telah mengumumkan yang mana pengguna rangkaian Celcom di Kelantan Terengganu dan Pahang mungkin mengalami gangguan rangkaian sementara disebabkan oleh kerosakkan fiber kerana banjir Celcom mengatakan pengguna mungkin mengalami g...
Masih Ramai Tidak Peduli Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Seluruh Negara

Masih Ramai Tidak Peduli Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 488 hits
MASIH ramai individu yang enggan patuh dengan larangan merokok di restoran pada hari pertama penguatkuasaan penuh dijalankan seluruh negara semalam lapor The Malaysian Insight Malah ramai mendakwa mereka tidak tahu tentang larangan itu mesk...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Healthy Ground Beef Recipes Bodybuilding

Makam Pahlawan Mat Kilau

Lunch Dengan Ikan Puput Goreng

Vietnam Tutup Lapangan Terbang Siap Sedia Hadapi Taufan Bualoi

Rahsia Nasi Kekal Segar Dari Pagi Hingga Malam

Cuba Pilih Mana Daun Sirih