Terbukti Anwar Ditipu Anak Muridnya Terpaksa Rayu Sokongan Sana Sini


agendaily.com15/8/2021
Datuk Seri Anwar Ibrahim kena tipu dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

Jangkaan Agenda Daily tepat dan tidak disangkal lagi, akhirnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dipermainkan anak muridnya sendiri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kini terpaksa merayu sokongan sana sini untuk mendapatkan majoriti.

Presiden UMNO itu bersama 14 rakan kleptokratnya mempunyai agenda tersirat tetapi kerana terlalu ghairah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), Anwar percaya bulat-bulat sehingga tercetusnya kemelut politik.

Nyata, Anwar kini terpaksa merayu sokongan sana sini kerana tidak memiliki angka yang diperlukan untuk ditabal sebagai Perdana Menteri (PM) baharu dan blok pembangkang adalah punca utama kepada kemelut ini kerana sanggup bersekongkol dengan kleptokrat yang berdepan kes mahkamah.

Selepas pendedahan Ahli Parlimen DAP, Tony Pua yang mendakwa Anwar tidak memiliki majoriti dan hari ini Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula terpaksa merayu kepada Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal bagi pihak Anwar, ia membuktikan bahawa Presiden PKR itu nyata sama sekali tidak akan dapat menjadi PM seperti yang dicita-citakannya.

Anwar nampaknya mabuk kuasa dan khayal dengan retorik politik sehingga memaksa rakyat turut terlibat dalam huru-hara yang dicetuskan kumpulannya yang terdiri daripada Zahid dan konco-konconya.

Sejak awal lagi, Agenda Daily meramalkan Anwar bakal terjerat dengan strategi yang dicaturnya, berkali-kali dipesan supaya tidak percaya dengan Zahid yang mempunyai sejarah tidak bercakap benar, ia turut diakui rakan senior partinya, Datuk Seri Nazri Aziz yang menuduh Zahid seorang penipu besar.

Bagaimanapun, Anwar yang juga cikgu Zahid itu terlalu mempercayai anak muridnya, lebih malang lagi apabila rakan-rakan parti blok pembangkang seperti DAP dan Amanah pula boleh percaya bulat-bulat kepada Anwar.

Kini, DAP dan Amanah pula diheret sekali dalam kancah politik dan mereka nampaknya sekali lagi ditipu Anwar yang kononnya sudah memiliki majoriti walhal hakikatnya sudah ditipu Zahid dan UMNO.

Jika sebelum ini Anwar dilihat berpeluang untuk menjadi PM baharu, bagaimanapun dengan perkembangan terkini politik dan percaturan yang sedang digerakkan UMNO, nampaknya calon PM baharu akan menjadi milik UMNO yang akan kembali menjadi dominan di Putrajaya nanti.

Anwar hampir pasti akan sekadar menjadi PM yang sedang menunggu kerana kebodohan yang diciptanya sendiri.

UMNO kini sedang berunding dengan Bersatu dan PAS untuk menerima calon PM mereka iaitu Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sifir mudah, Bersatu dan PAS tidak akan membiarkan blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) yang majoritinya terdiri daripada Ahli-ahli Parlimen (MP) bukan Melayu bumiputera untuk mentadbir kerajaan pusat.

Apa pun terjadi, kerajaan pusat perlu ditadbir oleh majoriti gabungan yang mempunyai jumlah MP dikalangan orang Melayu Islam, ia bagi mengekalkan kestabilan negara yang majoritinya adalah masyarakat kaum Melayu dan Islam.

Ia suatu yang mustahil untuk Anwar diangkat sebagai PM baharu kerana beliau juga tidak ada majoriti dan apabila DAP terpaksa merayu bagi pihaknya, ia adalah bukti pembangkang kini sudah tersepit dan akhirnya kesilapan mereka sendiri menjadi punca kepada kejayaan UMNO menjadi dominan di Putrajaya.

UMNO berterima kasih kepada Anwar dan blok pembangkang yang sudi menghulurkan bantuan untuk memastikan cita-cita membebaskan kleptokrat yang terpalit dengan rasuah dapat menjadi kenyataan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/terbukti-anwar-ditipu-anak-muridnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Clumsy Langgar Sana Sini Asyik Jatuh Bantu Anak Tingkatkan Kesedaran Tubuh Badannya Dengan Aktiviti Ni

Anak Clumsy Langgar Sana Sini Asyik Jatuh Bantu Anak Tingkatkan Kesedaran Tubuh Badannya Dengan Aktiviti Ni

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 348 hits
Asal berlari mesti jatuh Dalam rumah pun sama mesti terlanggar itu ini Selalu kita mendengar rungutan ibu yang sebegini Anak clumsy sebenarnya perlu ditingkatkan kesedaran tubuh badan mereka Menurut perkongsian bantulah tingkatkan kesedaran...
Saya Anwar Ada Sokongan 105 Ahli Parlimen Shafie Apdal

Saya Anwar Ada Sokongan 105 Ahli Parlimen Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 250 hits
Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa namanya dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa sebagai calon Perdana Menteri daripada PH Plus KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui bahawa diri...
Anwar Dapat Sokongan Lebih Paras Mencukupi Untuk Jadi Pm Ke 9

Anwar Dapat Sokongan Lebih Paras Mencukupi Untuk Jadi Pm Ke 9

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 284 hits
SHAH ALAM Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sudah mendapat angka sokongan mencukupi daripada beberapa parti dan ahli ahli Parlimen fraksi Perikatan Nasional untuk dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Perkara itu didedahka...
Sokongan Anwar Jadi Pm Baharu Lebih Paras Mencukupi Sumber Pkr

Sokongan Anwar Jadi Pm Baharu Lebih Paras Mencukupi Sumber Pkr

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 266 hits
Anwar menganggap tawaran setara dengan Menteri Kanan yang diberikan itu adalah satu penghinaan terhadapanya KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa sudah mendapat angka sokongan mencukupi daripada beberapa parti dan ...
Sokongan Terhadap Anwar Sebagai Pm 9 Didakwa Meningkat

Sokongan Terhadap Anwar Sebagai Pm 9 Didakwa Meningkat

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 482 hits
KUALA LUMPUR Sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri didakwa bertambah berbanding 105 ahli Parlimen sebelum ini Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika memaklumkan perkem...
Terkini Anwar Ada 90 Peluang Sokongan Majoriti Semakin Padu

Terkini Anwar Ada 90 Peluang Sokongan Majoriti Semakin Padu

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 256 hits
ANWAR IBRAHIM FOR PM9 Perkembangan terkini antara parti politik terutamanya dari UMNO dan parti lain selepas pengunduran Muhyiddin sangat berlainan Pemilihan PM baru antara kepentingan parti atau negara Pilih Ismail Sabri menyambung kegagal...
Pkr Dakwa Sokongan Terhadap Anwar Lebih 105 Ahli Parlimen

Pkr Dakwa Sokongan Terhadap Anwar Lebih 105 Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 284 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PKR mendakwa sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri bertambah berbanding 105 Ahli Parlimen sebelum ini Ketua Penerangannya Shamsul Iskandar Mohd Akin bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah p...
Persaingan Pm Tahap Sokongan Ismail Anwar Setakat Ini

Persaingan Pm Tahap Sokongan Ismail Anwar Setakat Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 275 hits
Persaingan PM Tahap sokongan Ismail Anwar setakat ini Ketika negara menunggu penuh debar siapa yang akan diangkat menjadi perdana menteri ke 9 FMT melihat lebih dekat calon disebut sebut dan sokongan yang dilaporkan diperoleh mereka Yang di...
Muhyiddin Jadi Mangsa Komplot Anwar Zahid Tapi Akhirnya Anwar Ditipu Zahid

Muhyiddin Jadi Mangsa Komplot Anwar Zahid Tapi Akhirnya Anwar Ditipu Zahid

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 255 hits
Kemelut politik sehingga episod peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini bermula dengan komplot yang dirancang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapi penghujungnya Ketua Pembangkang itu ditipu ...
Tim Leissner Najib Razak Dan 1mdb Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri

Setiausha Agong Veteran Umno

Thailand Piyamit Tunnel Terowong Persembunyian Komunis Di Betong

Pemilihan Pkr Masih Tiada Pencalonan Jawatan Presiden Timbalan

Blogging Skill Digital Dasar Untuk Eksis Di Dunia Maya

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Disney Bakal Buka Taman Tema Pertama Di Timur Tengah

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

The Flawed Thinking Of Choosing Race Or Nationality

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Mesyuarat Agong Pibg Dan Mesyuarat Pemuafakatan