Terbukti Akhirnya Duit Jadi Matlamat Bersatu



Malaysia Gazette
“Melayu perlu lindungi diri sendiri”
“Melayu perlu berdikari, tak boleh bergantung bantuan kerajaan selamanya”
“Melayu malas”
Kesemua ini antara ungkapan yang pernah diucapkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Antaranya Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka sentiasa mempersoalkan kehidupan orang Melayu kononnya, orang-orang Melayu terlalu bergantung harap dengan bantuan kerajaan sehinggakan negara tidak boleh maju ke hadapan.
Sepatutnya sebelum mana-mana pemimpin Bersatu ingin memberi nasihat kepada rakyat untuk tidak menjadi Melayu yang malas seeloknya berikan dahulu kuliah percuma itu kepada ahli-ahli Melayu dalam Bersatu.
Belum pun ada perkara yang dilakukan boleh dibanggakan tetapi sudah berani meminta macam-macam dari kerajaan.
Baru-baru ini, Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sendiri menggesa kerajaan memberikan jawatan serta kontrak kepada ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawangan Bersatu, termasuk wakil-wakil yang kalah di Kelantan dan Terengganu diberikan faedah seperti jawatan dan kontrak.
Apabila ahli-ahli Bersatu sendiri lantang meminta-meminta tanpa rasa malu, ia mengambarkan dengan jelas bahawa prinsip perjuangan mereka bersandarkan kepada pangkat dan wang semata-mata. Bukannya untuk berkhidmat untuk negara mahupun rakyat.
Jadi inikah yang dinamakan Malaysia Baharu?
Desakan ini sama sekali tidak mengejutkan mana-mana pihak kerana perkara ini sudah dijangka apabila Bersatu berada di blok kerajaan. Tetapi hairannya bukankah Bersatu dikatakan mempunyai perjuangan yang ikhlas dan suci? Jadi inilah perjuangan yang suci yang dibangga-banggakan oleh Bersatu?
Ini bukan perjuangan suci tetapi ini perjuangan lanun-lanun secara terang-terangan yang ingin memusnahkan negara.
Dahulunya sibuk menghina, mencaci dan pelbagai lagi tuduhan berbakul-bakul terhadap ahli UMNO kerana makan rasuah, perompak dan sebagainya tetapi sekarang apa bezanya? Tidak ubah seperti meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.
Betullah kata pepatah Melayu, satu jari telunjuk menunjuk orang tetapi dalam tidak sedar empat jari lagi menunding ke diri sendiri. Malah kini sudah terang lagi bersuluh selama ini orang-orang yang merosakkan UMNO bukanlah yang berada dalam UMNO pada hari ini tetapi orang-orang yang sudah pun menyertai Bersatu pada hari ini.
Walaupun Ketua Pemuda BERSATU, Syed Saddiq menyangkal pandangan ini tetapi tidak boleh dinafikan lagi rata-rata perwakilan yang berada dalam perhimpunan tersebut bersorak meraikan pandangan Naib Presiden mereka.
Namun yang menarik perhatian saya adalah kenyataan Syed Saddiq yang mengatakan sehingga ada perwakilan yang berani untuk menyebut nama Menteri yang menjanjikan (kontrak) kepada mereka.
Persoalannya, siapakah Menteri yang dimaksudkan oleh Syed Saddiq itu?
Adakah ini merupakan rancangan yang sudah dirancang sebelum tertubuhnya gabungan parti Pakatan Harapan? Jika perkara ini benar-benar berlaku nampaknya perjuangan untuk membela nasib rakyat hanya retorik kerajaan pada hari ini sahaja.
Dhia Hani,
Persatuan Pemikir Muda Johor.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/01/terbukti-akhirnya-duit-jadi-matlamat-bersatu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Tergelincir Matlamat

Bersatu Tergelincir Matlamat

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 191 hits
Rakyat Malaysia secara keseluruhannya pasti bersetuju bahawa ini bukanlah permulaan yang paling molek dan cantik untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia Memang benar menjadi parti utama dalam kerajaan dengan hakikat asas sebenar kekuatan polit...
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 896 hits
Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi BERSATU Malaysia kali kedua di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Bersatu Will Test Sincerity Of Former Umno Leaders Dr M

Bersatu Will Test Sincerity Of Former Umno Leaders Dr M

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 346 hits
Dr Mahathir delivering his keynote address at the Bersatu Annual General Assembly at the Putrajaya International Convention Centre here yesterday Bernama Photo PUTRAJAYA Former Umno leaders who have been accepted to join Parti Pribumi Bersa...
Armada Srikandi Senada Tapisan Ketat Bekas Pemimpin Umno Sertai Bersatu

Armada Srikandi Senada Tapisan Ketat Bekas Pemimpin Umno Sertai Bersatu

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 383 hits
PUTRAJAYA Tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata Boleh dikatakan tidak ada udang di sebalik batu lagi dalam meluahkan rasa apa yang terbuku di dalam jiwa Angkatan Bersatu Anak Muda Isu ketua bahagian mahu menyingkirkan pemimpin Ar...
Bekas Ahli Parlimen Umno Dakwa Sertai Bersatu Untuk Berkhidmat Di Kawasan Mereka

Bekas Ahli Parlimen Umno Dakwa Sertai Bersatu Untuk Berkhidmat Di Kawasan Mereka

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 410 hits
Bekas ahli Parlimen Umno dakwa sertai Bersatu untuk berkhidmat di kawasan mereka nbsp
Bersatu Ambil Alih Tugas Dan Tanggungjawab Umno

Bersatu Ambil Alih Tugas Dan Tanggungjawab Umno

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 428 hits
ULAS UCAPAN DASARDr Mahathir sedang menyampaikan ucapan DEWAN PICC bergema dengan laungan Hidup Tun Hidup Tun oleh lebih 1 200 perwakilan di perhimpunan agung ke 2 Parti Pribumi Bersatu Malaysia Laungan itu beremosi sebaik sahaja Dr Mahathi...
Selepas Ini Ahli Umno Tak Perlu Terhegeh Hegeh Lagi Nak Menyertai Bersatu

Selepas Ini Ahli Umno Tak Perlu Terhegeh Hegeh Lagi Nak Menyertai Bersatu

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 378 hits
Satu satunya perkara terbaik yang diumumkan dalam ucapan Tun Mahathir Mohamad sempena perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi ialah jaminan bahawa bekas ahli UMNO yang menyertai parti itu selepas PRU14 tidak akan dibenarkan m...
Acara Perbarisan Dahului Hari Terakhir Pat Bersatu 2018

Acara Perbarisan Dahului Hari Terakhir Pat Bersatu 2018

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 383 hits
Bernama30 Dec 2018 9 18 am Acara perbarisan dahului hari terakhir PAT Bersatu 2018Hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia kali kedua dimulakan dengan acara perbarisan oleh anggota parti di Pusat Konvensyen Ant...
Bersatu Belum Buktikan Apa Apa Kepada Orang Melayu Dan Rakyat Malaysia Presidennya Masih Dihantui Umno

Bersatu Belum Buktikan Apa Apa Kepada Orang Melayu Dan Rakyat Malaysia Presidennya Masih Dihantui Umno

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 429 hits
KUALA LUMPUR 30 Dis Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melihat selaku Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin yang diberikan ruang berucap semasa perasmian Perhimpunan Agung Armada dan Srikandinya s
Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Read The Room Kj Sound Fadhlina Sidek Anggap Gagal Urus Krisis Komunikasi Kes Zara Qairina

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Masak Nasi Lemak Simple

Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Belanjawan 2026 Tarikh Pembentangan Jangkaan Intipati


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Air Kumbahan Limpahi Hospital

Lirik Lagu Harry Nona

Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

Dibayar Berlari Untuk Orang Lain Khidmat Joki Strava Makin Popular Di Indonesia

Solve Your Conflict Between Yourselves Takiyuddin Tells Umno And Dap

Sabah Umno At Weakest Point Faces Critical Juncture Says Analyst