Teran Macam Buang Air Besar Curi Nafas Doktor Kongsi 12 Tip Mudahkan Proses Bersalin


Curi nafas, posisi badan dan cara teran yang betul membantu mudahkan proses bersalin. Bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar dilakukan.
Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat lagi tidak pandai untuk meneran mengeluarkan bayi tanpa menggunakan sebarang alat bantu. Lebih-lebih lagi setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, ibu boleh jadi keliru!

Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, cara meneran yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar. Elakkan meneran pada muka kerana ia cara yang salah dan boleh menyebabkan anda berasa cepat penat. Ini adalah kesilapan yang sering kali terjadi terutamanya bagi ibu pertama kali yang tidak mempunyai pengalaman bersalin normal.
PERSEDIAAN DAN LATIHAN
Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan lancar, anda bolehlah mengikuti kelas antenatal sebagai persiapan untuk bersalin. Semasa kelas dijalankan, anda akan diajar cara-cara senaman yang membantu ibu menjadi lebih sihat dan ceria. Relaxation technique juga turut diajar iaitu;
Penafasan melalui abdomen (deep breath/ abdominal breathing)
Anda digalakkan untuk menarik nafas dalam daripada ruang abdomen semasa kontraksi (bukan dari dada). Cara pernafasan ini jika dilakukan dengan betul boleh membantu mengalih perhatian para ibu daripada perasaan sakit semasa kontraksi dan menumpukan kepada teknik pernafasan yang betul.

Relaxation technique
Pergerakan-Anda perlu membuat banyak pergerakan semasa proses awal kelahiran. Ini  boleh membantu mengalih perhatian dan mengurangkan kesakitan serta mempercepatkan proses bersalin secara tidak langsung.
Birthing Ball-Menggunakan birthing ball atau melakukan senaman ringan semasa awal proses kelahiran boleh membantu postur badan dan pelvis semasa menahan kesakitan semasa  bersalin.
Mandi air suam-Mandi air suam atau berendam dalam kolam (birthing pool) juga membantu mengalih perhatian anda daripada kesakitan kontraksi.

TENAGA
Meneran memerlukan tenaga. Anda disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan tumpuan kepada perasaan sakit. Sesetengah pakar perbidanan juga berpendapat berjalan semasa proses  awal bersalin boleh membantu mempercepatkan proses  bersalin kerana tekanan kepala bayi pada serviks.
Anda dibolehkan mengambil snek ringan sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek yang boleh diambil ialah seperti roti, minuman berkhasiat dan buah-buahan seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat diambil dalam kuantiti yang kecil sebagai mengalas perut dan membekalkan tenaga untuk meneran.
Menurut Dr Sharina, kenyataan mengenai ibu yang ingin bersalin tidak dibenarkan adalah tidak benar sama sekali kecuali pada kes yang telah dijadualkan melahirkan menerusi pembedahan secara elektif. Manakala sepanjang masa di dewan bersalin, ibu diberikan air dalam kuantiti sedikit seakan-akan seperti membasahkan bibir dengan air untuk mengelakkan kehausan.

POSTUR BADAN
Postur badan memainkan peranan untuk memudahkan ibu untuk meneran. Caranya ialah dengan;
Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas. Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang. Bahagian belakang akan ditinggikan bahagian sedikit. Cuba pegang pada tumit atau meletakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan. IKUT ARAHAN
Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat  yang bertugas. Teran apabila disuruh dan tahan apabila tidak perlu teran. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan teran setelah memantau kontraksi menerusi bacaan CTG dan keadaan bayi.
Elakkan meneran terlalu awal iaitu sebelum bukaan serviks 10sm kerana ia boleh menyebabkan ibu berasa penat  dan memberikan stres berlebihan kepada bayi. Meneran terlalu awal juga boleh menyebabkan serviks terkoyak.
CARA MENERAN YANG  BETUL SEMASA BERSALIN
Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada. Mata memandang ke arah perut. Tangan pegang pergelangan kaki. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur. Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat. Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh). Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami. Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi. Dengar arahan jururawat dan doktor Elakkan menjerit – jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
AWAS! Menghembus nafas dengan kuat semasa meneran akan menyebabkan anda jadi cepat letih. Jika anda mempunyai masalah pernafasan seperti asma, beritahu doktor atau jururawat yang bertugas. Jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti metered dose inhalers.
The post “Teran Macam Buang Air Besar & Curi Nafas.” Doktor Kongsi 12 Tip Mudahkan Proses Bersalin appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/teran-macam-buang-air-besar-curi-nafas-doktor-kongsi-12-tip-mudahkan-proses-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Bayi Kembung Perut Susah Buang Air Besar

Masalah Bayi Kembung Perut Susah Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 431 hits
Bagi ibu bapa yang beru mendapatkan cahaya mata pelbagai rawatan penjagaan perlu dititikberatkan Terutamanya apabila bayi kerap menyusu tetapi kurang buang air besar Perihal ini boleh menyebabkan bayi kembung perut menyebabkannya tidak sele...
Tarik Nafas Panjang Dalam Dalam Sekali Teran Je Baby Terus Keluar Tak Koyak Pun Mudahnya Cara Ibu Ni Bersalin

Tarik Nafas Panjang Dalam Dalam Sekali Teran Je Baby Terus Keluar Tak Koyak Pun Mudahnya Cara Ibu Ni Bersalin

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 474 hits
Jahitan selepas bersalin sememangnya buat ibu trauma seketika walaupun diberikan ubat bius Terasa ngilu yang berpanjangan pada kawasan faraj Inilah yang menakutkan semua ibu Namun bukan semuanya merasai jahitan ini ada juga ibu bertuah yang...
Pergi Dengan Kebahagiaan Isteri Meninggal Selepas Bersalin Suami Kongsi Foto Arwah Seakan Senyum

Pergi Dengan Kebahagiaan Isteri Meninggal Selepas Bersalin Suami Kongsi Foto Arwah Seakan Senyum

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 387 hits
Proses kelahiran meletakkan pelbagai risiko buat ibu Ada ibu ibu terpilih menemui Maha Pencipta semasa bersalin pergi saat berjuang melahirkan zuriat adalah sesuatu yang amat mulia Perkongsian daripada bapa ini pasti mengundang air mata Tid...
Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

Macam Macam Dugaan Ibu Nak Bersalin Bila Anak Keluar Copy Paste Muka Ayah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 328 hits
Lucunya apabila ibu mengandungkan anak kemudian diuji dengan macam macam masalah sepanjang kehamilan tetapi bila keluar si manja itu mengikut acuan ayahnya Itulah yang terjadi kepada pelantun lagu Be Mine Tasha Manshahar yang buat pertama k...
Percikan Darah Basahi Lantai Macam Perang Bekas Wartawan Kongsi Kenangan Cover Kes Rompakan Kedai Emas

Percikan Darah Basahi Lantai Macam Perang Bekas Wartawan Kongsi Kenangan Cover Kes Rompakan Kedai Emas

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 432 hits
Menjadi seorang wartawan jenayah pastinya mendedahkan seseorang kepada risiko keselamatan Ada antara mereka yang perlu menyamar untuk membongkarkan kegiatan jenayah kelompok tertentu dan menyertai serbuan pihak berkuasa Walaubagaimanapun tu...
Hamil Anak Pertama Bayi Lelaki Berisiko Overdue Banyakkan Jalan Mudahkan Bersalin

Hamil Anak Pertama Bayi Lelaki Berisiko Overdue Banyakkan Jalan Mudahkan Bersalin

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 418 hits
Bila kandungan melepas tarikh jangkaan bersalin ibu berdebar Macam macam yang bermain di fikiran Bimbangkan si kecil proses bersalin nanti Ibu yang kandungan overdue Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan Kandungan melepasi tarikh ...
Bersalin Tak Koyak Jahit Pun Tak Doktor Check Luka Pun Tak Ada Ibu Ni Kongsikan Tipnya

Bersalin Tak Koyak Jahit Pun Tak Doktor Check Luka Pun Tak Ada Ibu Ni Kongsikan Tipnya

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 595 hits
Rezeki orang berbeza beza Namun rezeki bersalin tanpa koyakan dan jahitan sememangnya satu pengalaman hebat dan berjaya bagi seorang ibu Inilah yang didambakan semua ibu ibu lain setiap kali disahkan hamil Takut alami koyakan besar dan jahi...
Semua Jari Digomolnya Masuk Dalam Mulut Hanis Kongsi Tip Anak Gatal Gusi

Semua Jari Digomolnya Masuk Dalam Mulut Hanis Kongsi Tip Anak Gatal Gusi

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 534 hits
Sejak melahirkan anak keduanya Alisa Aisyah Mei lalu pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tidak lokek berkongsi pelbagai tip mengenai penjagaan bayi dan anak kecil Terbaru dia ada memberitahu bagaimana nak bantu bayi yang mula gatal gusi dan...
Ara Petah Confident Rupanya Ini Aziz M Osman Buat Kongsi Tip Dalam Pa Matv

Ara Petah Confident Rupanya Ini Aziz M Osman Buat Kongsi Tip Dalam Pa Matv

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 467 hits
Kepetahan Puteri Ara Aziz selalu mencuit hati Video solekan atau sekadar berceloteh dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai tertarik melihat kepetahannya Semuanya bermula dari usia 4 tahun lagi Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra dan...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine

Tattoos Raised And Itchy