Ara Petah Confident Rupanya Ini Aziz M Osman Buat Kongsi Tip Dalam Pa Matv


Kepetahan Puteri Ara Aziz selalu mencuit hati. Video solekan atau sekadar berceloteh dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai tertarik melihat kepetahannya. Semuanya bermula dari usia 4 tahun lagi.


Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra dan bapanya, pengarah dan pelakon ternama Aziz M. Osman muncul dalam rancangan Pa&Ma TV Musim Kelima Episod 7: Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Apa yang menarik, Aziz sendiri berkongsi cara didikannya kepada anak kecilnya itu. Ara yang kini berusia 8 tahun sangat petah dan kelihatan yakin.
“Didikan yang baik bermula dari rumah. Persekitaran pertama dalam pembentukan anak-anak bermula dari pendidikan pertama yang diperolehinya,” kata Aziz.
Beliau yang menghantar Ara ke sekolah antarabangsa sejak dari awal. Namun bapa kepada 9 anak ini mengakui mempelbagaikan pendedahan kepada Ara. Selain itu anaknya ini pernah dimasukkan ke pelbagai sekolah seperti sekolah aliran agama dan aliran perdana. Katanya pendedahan amat penting untuk pembentukan diri anaknya.

IBU BAPA PERLU JADI CONTOH YANG BAIK
Aziz mengakui pembentukan diri anak bermula daripada apa yang dilihat pada persekitarannya. Justeru, ibu bapa sendiri harus memainkan peranan penting memberikan contoh yang baik.
“Anak akan terbentuk daripada apa yang dilihat di sekeliling. Saya percaya untuk membentuk karakter yang baik kita perlu membentuk diri kita mempunyai karakter yang baik.
“Kalau kita nak anak jujur dan amanah, kita sendiri kena mengaku buat silap, kalau ada buat salah cepat-cepat minta maaf. Kalau kita nak anak kita menjadi seorang yang beriman, kita kena menjaga solat kita. Jaga puasa kita,” kata Aziz.

CARA DIDIKAN ANAK KECIL
Aziz yang turut memiliki anak pada usia remaja mengakui cara didikan bagi dua peringkat usia ini berbeza. Ibu bapa perlu pandai memainkan peranan untuk tackle dan menegur.
“Kanak-kanak ni apabila dia dapat satu pengaruh yang baru, dia tak akan menyembunyikannya. Dia akan tunjuk straight away.
“Kalau remaja susah sikit. Bagi kanak-kanak mereka lebih open. Maknanya kita boleh lihat apabila dia balik dia akan bawa pengaruh yang dilihat semasa di luar. Dengan ini ibu bapa boleh nampak,” kata Aziz.

LARANG TAPI BERIKAN ALTERNATIF
“Saya menggunakan cara diplomasi akan menegur. Saya akan beritahu dan terangkan. Ambil contoh kakak dan abang-abang. Ara amat mengidolakan kakak-kakaknya. Kita larang tapi kita berikan alternatif.

“Kita berikan jawapan dan berikan alasan supaya mereka boleh melihat mana yang baik dan mana yang buruk, “ kata pengarah filem XX Ray ini.

PEMILIHAN SUASANA YANG BAIK
Aziz amat menekankan suasana dan persekitaran yang didedahkan kepada anak-anak amat mustahak dalam pembentukan diri Ara. Bapa ini mengakui berkorban untuk memberikan pendidikan terbaik untuk Ara.
“Untuk memastikan anak membesar dengan baik kita mesti memilih suasana yang baik. Kita kena upgrade mereka ke tempat yang sesuai. Maka dengan itu saya berkorban. Saya tahu saya bukanlah kaya sangat.
“Tapi demi untuk masa depan anak, saya tidak boleh letakkan dia dalam sekolah yang biasa dan memilih untuk ke sekolah antarabangsa. Itu tanggungjawab saya sebagai seorang bapa untuk masa depan anak saya,” kata Aziz tentang pendidikan yang diterima Ara.

TIDAK HANYA FOKUS AKADEMIK
Aziz turut menegaskan dia tidak memfokuskan kepada pelajaran semata-mata sebaliknya turut menekankan perkembangan kendiri anak.
“Saya bukan fokus kepada pelajarannya sahaja, saya turut memfokuskan kepada pendedahannya. Dengan itu pelajaran (akademik) akan datang sendiri.
“Berdasarkan pengalaman sendiri, apabila ibu bapa menyuruh anak belajar, tekankan mereka belajar. Jadi anak akan terpaksa. Tapi biar timbul sendiri kesedaran belajar kerana mereka bersaing dengan kawan-kawannya yang lain. Jadi kerana itu saya hantar Ara ke sekolah tertentu ini.

GALAKKAN UNTUK MELAKUKAN YANG BETUL
Ara yang mempunyai saluran Youtube sendiri petah dan sangat yakin. Dengan gaya bersahaja Ara boleh membuat tutorial solekan dan sekadar membincangkan topik tertentu. Ini semua disampaikan dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

“Pernah saya melihat anak kecil di saluran Youtube sudah pandai memetik gitar, bermain dengan nada Mozart atau Beethoven. Jadi saya terinspirasi dan menggalakkan Ara menyerap sesuatu yang betul. Buat sesuatu  yang betul, perkembangan beginilah yang saya galakkan.
“Saya harap anak-anak termasuk Ara apabila berada bersendirian, kita sudah menanamkan akar tunjang yang kuat. Jadi dia tidak mudah tumbang atau terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik” kata Aziz kepada Pa&Ma. Selain itu, Aziz berharap anak-anaknya yakin dan mampu menjaga diri.
Bagi mama papa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai apakah sebenarnya pendidikan awal kanak-kanak, kupasan lanjut tentang apakah itu tadika dan taska’
Terdapat juag kupasan pendapat pakar pendidikan awal kanak-kanak tentang usia yang sepatutnya didedahkan kepada alam persekolah. Info penting ini boleh ditonton dalam rancangan TV Pa&Ma Musim Kelima Episod 7: Pendidikan Awal Kanak-Kanak bersama pengacara Jihan Muse dan Ungku Hariz  pada 17 Ogos 2019, Sabtu, jam 11 pagi hanya di saluran Astro Prima & Astro Prima HD.
The post Ara Petah & Confident, Rupanya Ini Aziz M. Osman Buat. Kongsi Tip Dalam Pa&MaTV appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ara-petah-confident-rupanya-ini-aziz-m-osman-buat-kongsi-tip-dalam-pamatv/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Teran Macam Buang Air Besar Curi Nafas Doktor Kongsi 12 Tip Mudahkan Proses Bersalin

Teran Macam Buang Air Besar Curi Nafas Doktor Kongsi 12 Tip Mudahkan Proses Bersalin

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 420 hits
Curi nafas posisi badan dan cara teran yang betul membantu mudahkan proses bersalin Bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal ia mungkin agak sukar dilakukan Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat lagi ...
Semua Jari Digomolnya Masuk Dalam Mulut Hanis Kongsi Tip Anak Gatal Gusi

Semua Jari Digomolnya Masuk Dalam Mulut Hanis Kongsi Tip Anak Gatal Gusi

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 534 hits
Sejak melahirkan anak keduanya Alisa Aisyah Mei lalu pelakon dan pengacara Hanis Zalikha tidak lokek berkongsi pelbagai tip mengenai penjagaan bayi dan anak kecil Terbaru dia ada memberitahu bagaimana nak bantu bayi yang mula gatal gusi dan...
Agong Kongsi Aura Bangunan Empat Tingkat Jalan Gambut

Agong Kongsi Aura Bangunan Empat Tingkat Jalan Gambut

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 214 hits
KUANTAN Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengimbas kenangan peribadi baginda dengan bangunan empat tingkat yang terletak di hujung persimpangan Jalan Gambut di sini Bangunan yang...
Kami Pun Tak Berani Nak Ke Gunung Berembun Dakwa Pernah Ragut Puluhan Nyawa Penduduk Kongsi Rahsia Lokasi Nora Ditemui

Kami Pun Tak Berani Nak Ke Gunung Berembun Dakwa Pernah Ragut Puluhan Nyawa Penduduk Kongsi Rahsia Lokasi Nora Ditemui

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 500 hits
Penafian Dakwaan ini tidak menggambarkan apa yang terjadi kepada Nora Anne namun sekadar perkongsian kisah misteri yang berlaku di Gunung Berembun dan kawasan sekitarnya Gunung Berembun merupakan salah satu tumpuan pendaki dan pelancong yan...
Hiburan Fazura Kongsi Kisah Seram Diganggu Hantu Berkebaya Putih

Hiburan Fazura Kongsi Kisah Seram Diganggu Hantu Berkebaya Putih

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 883 hits
Seram juga bila dengar cerita pelakon Nur Fazura berdepan dengan perkara perkara mistik dan menakutkan ketika di set penggambaran filem Dendam Pontianak Fazura dan beberapa kru pernah melihat seorang wanita berkebaya putih dengan rambut men...
Lumayan Tabung Mesin Basuh Setahun Dapat Rm1400 Mudah Je Bapa Ini Kongsi Caranya

Lumayan Tabung Mesin Basuh Setahun Dapat Rm1400 Mudah Je Bapa Ini Kongsi Caranya

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 976 hits
Betul lah orang kata sikit sikit lama lama jadi bukit Begitu juga dengan tabungan walau pun hanya dibuat secara sambilan banyak juga jumlahnya Apa juga yang berkaitan menabung disiplin menjadi kunci utama Perkongsian ini boleh dijadikan pan...
Selepas Hampir Lima Bulan Acap Hilang Abang Acap Kongsi Sesuatu Dan Ini Kata Kata Beliau

Selepas Hampir Lima Bulan Acap Hilang Abang Acap Kongsi Sesuatu Dan Ini Kata Kata Beliau

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 380 hits
Biarpun hampir 150 hari peserta larian Gopeng Ultra Trail Mohamad Ashraf Hasan 29 atau lebih mesra dipanggil Acap dilaporkan hilang ia tidak memutuskan semangat keluarganya untuk meneruskan usaha pencarian sehingga saat ini Selepas Hampir L...
Lelaki Ini Kongsi Kisah Hitam Yang Berlaku Di Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Anne Ditemui

Lelaki Ini Kongsi Kisah Hitam Yang Berlaku Di Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Anne Ditemui

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 774 hits
Percutian bersama keluarga bertukar menjadi tragedi hitam apabila mayat seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne ditemui tidak jauh dari resort penginapannya Mayat gadis yang mengalami masalah pembelajaran itu ditemui dalam keadaan ...
Smartphone Boleh Jadi Cctv Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Pantau Bayinya

Smartphone Boleh Jadi Cctv Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Pantau Bayinya

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 440 hits
Bukan mudah menjaga bayi yang masih kecil Terlalai sikit boleh berlaku macam macam perkara yang ibu bapa sendiri tak jangka Jika nak pantau 24 jam agak sukar tapi dengan adanya aplikasi untuk memantau pergerakan anak mungkin boleh membantu ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque

Kelas Tauhid Bersama Sofea

Flexibility In Business Operations

Semua Ni Sebab Chagee