Teppanyaki Daging Kambing Dan Ayam Di Teppan Sijangkang



"Teppan Sijangkang"

Mula-mula mendengar, membaca perkataan 'teppan' bukanlah mudah untuk diolah oleh otak penulis apakah itu teppan. Perkataan 'teppan' penulis temui di satu kedai makan di Sijangkang, itu yang pertama kali.


Review Teppan SijangkangBagi peminat makanan berasaskan Jepun, perkataan teppan bukanlah sesuatu yang asing. Malahan boleh dikatakan agak popular untuk penggemar masakan atau menu dari Jepun.


Apakah Itu Teppan dan Teppanyaki ?

Setelah diperhalusi melalui carian di enjin carian, maka fahamlah penulis apa itu teppan. Teppan sebenarnya nama alatan untuk memasak makanan, jika di temui dalam kamus, teppan bermaksud 'iron plate' atau pelantar besi.

Dapur TeppanyakiPerkataan 'pan' yang bermaksud kuali pun sudah boleh diagak, namun kuali yang mendatar, senang cerita kuali burger di tepi jalan.

Sepatutnya dipanggil 'burger teppan', sekadar meneka.

Hasil masakan di atas teppan ini maka terhasilah menu yang digelar 'teppanyaki'.

Konsep Barbecue dan Grill

Teppanyaki sebenarnya tidak jauh menyimpang dari 'grill' atau barbeku (bbq). Dengan cara gorengan kilas di atas teppan maka siaplah teppanyaki.

Kebiasaan teppanyaki menggunakan bahan mentah yang boleh di panggang seperti ayam, daging lembu dan daging kambing.

Untuk melengkapkan hidangan teppanyaki, daging-daging ini yang telah diperap akan digoreng kilas dengan sayuran dan bawang holland.

Dengan desiran dari jus perapan daging dan kepanasan teppan menambahkan selera penggemar makanan ini.

Kali pertama penulis mencuba hidangan teppan dalah di Kg Sijangkang. Sebuah kedai makan bersaiz sederhana yang diberi nama Teppan Sijangkang.

Menu Teppanyaki Buatan Malaysia

Dua jenis hidangan teppan yang penulis cuba adalah teppan ayam dan teppan daging kambing. Terdapat dua pilihan menu untuk kedua-dua jenis lauk ini, untuk makan bersama nasi atau meratah sahaja lauk ini.

Untuk bersama nasi, akan digelar set teppan ayam atau set teppan kambing.

Teppanyaki Daging Ayam Bakar


Teppan Ayam BakarDengan disediakan dalam satu pinggan mampu milik yang biasa ditemui di kedai dua ringgti atau ekonomi.

Dalam pinggan ini tersedia, daging ayam yang dipotong kecil kecil seumpama ingin dibuat sup, yang telah diperap dengan perapan seumpama bbq.

Digoreng kilas bersama dengan hirisan tomato, daun salad atau kobis beserta bawang holland.

Kuahnya tidak begitu pekat yang membolehkan ia digelar kuah berbanding sos. Pekat dan hitam boleh dianggap sebagai ayam masak kicap bersama sayuran.


Set Nasi Teppan Ayam BakarUntuk set, nasi sepinggan diletakkan bersama semangkuk sup kosong (yang sememangnya kosong rasanya).

Teppanyaki Daging Kambing Bakar


Teppan Kambing BakarDaging kambing bersaiz biasa dilihat di restoran-restoran steamboat and grill, yang pastinya sudah diperap sebelum di goreng kilas bersama sayuran dan bawang di atas teppan yang panas.

Daging kambing memang berbeza dari daging-daging lain, yang lainnya adalah aromanya. 


Sayuran Dalam TeppanDigaul mesra antara daging kambing yang diperap dengan sayuran seperti hirisan tomato dan daun salad menghasilkan satu hidangan ranggup dan berperisa. Ditambah pula dengan bau dan rasa manis bawang holland yang turut ada dalam hidangan.

Tidak begitu jauh persembahan antara teppan ayam dan daging kambing, masih menggunakan pinggan mampu milik.

Sepinggan nasi (bukan semangkuk) akan disertakan bersama sup kosong untuk hidangan set teppanyaki daging kambing.

Hidangan Lain


Senarai Menu Teppan SijangkangDi Teppan Sijangkang, bukan hanya menjurus kepada dua hidangan di sebutkan di atas.
Terdapat hidangan lain berupa masakan panas. Pelbagai nasi goreng, tidaklah begitu pelbagai seumpama kedai tom yam siam, ada juga setengah-setengah hidangan yang tiada dalam menu.

Masakan Panas (Goreng-Goreng)

Untuk masakan panas, penulis telah mencuba nasi goreng seafood. Mimpi ngeri untuk memesan nasi goreng seafood adalah seafood nya tiada atau sedikit (kecil), rasa nasi goreng yang boleh dibuat campak-campak di kuali di rumah.


Nasi Goreng SeafoodOk, itu mimpi ngeri. Hakikatnya atau realitinya, di Teppan Sijangkang salah satu masakan panas yang diberikan nama, nasi goreng seafood di sini memang boleh dipuji. Dengan portion nasi goreng agak banyak, udang yang diletakkan di dalam hidangan besar dan banyak.

Seafood yang lain juga turut dihadirkan di dalam hidangan sotong turut kelihatan bertaburan.

Sizzling dan Claypot


Sizzling Claypot TeppanSizzling, masakan yang bukan selalu dilihat di kedai makan. Dari segi sizzling, cukup lengkap mengikut tema, datang dalam claypot dengan kuah yang masih gelegak.
Secara lahiriahnya, penulis boleh gelarkan sebagai sizzling claypot.

Kedai ini juga turut menyediakan makanan untuk sarapan termasuklah menu kacang pool untuk menu sarapan pagi.

Suasana Kedai

Bukan sekali dua penulis menemui kedai makan yang berkonsepkan suasan drama oleh Rashid Sibir atau suasana malap seperti dalam filem munafik dari Syamsul Yusuf.
Teppan Sijangkang turut mengaplikasikan tema ini. Malap dan kelip-kelip.

Susun atur kerusi dan meja berbentuk L dengan susunan yang agak banyak. Berada betul-betul di sebelah jalan raya.

Hiburan melihat orang lalu lalang itu ada. 

Tidak banyak sebenarnya boleh diceritakan suasana kedai ini kerana suasana yang memang romantik.

Ulasan Penulis

Makanan

Kali pertama mencuba masakan atas teppan sukar untuk membuat perbandingan dengan mana-mana.

Untuk kali pertama mencuba teppanyaki ayam dan teppanyaki kambing penulis lebih suka akan teppan kambingnya.

Teppan ayam tidak jauh sangat bezanya dengan ayam masak kicap (banjir) di rumah. Namun, yang lainnya kuah tidak begitu menghilangkan rasa ayam itu sendiri dengan terdapat rasa pedas lada hitam yang tidak begitu kuat.

Teppan kambing tidak begitu hamis dagingnya (bau kambing perlu ada), dagingnya masih manis oleh kerana tidak terlalu dibayangi oleh rasa kuahnya penulis masih lagi boleh merasai tektur lembut kambing.

Kuah dan daging kambing boleh dikatakan masing-masing tidak 'overshadow' rasa masing-masing.

Masakan panas di kedai ini nasi gorengnya cukup sedap. Dari pemerhatian penulis juga, ramai sebenarnya datang ke sini memesan masakan panas, lebih-lebih lagi nasi goreng. Seumpama masakan teppan bukan masakan utama.

Untuk sizzling dalam claypot yang penulis cuba, tiada sebarang keistimewaan selain kepanasan kuah dan agak hambar perisanya. Isteri penulis yang mencuba sizzling tersebut terpaksa menceduk kuah dari teppan penulis untuk dimasukkan ke dalam sizzling tersebut.

Harga

Kurang berbaloi sebenarnya teppanyaki daging kambing yang agak sedikit sebenarnya portion di dalam pinggan mampu milik. Dengan bayaran tersebut boleh dapatkan makanan lain yang lebih mengenyangkan.

Jika perkadaran portion dengan harga sekarang agak tidak berbaloi sebenarnya.

Dengan rasa teppan kambing yang biasa penulis rasakan harga tersebut tidak begitu berpatutan.

Untuk teppanyaki ayam, cukup berbaloi harganya cukup murah dan tersedia dengan set nasi yang boleh mengenyangkan.

Suasana

Ketika penulis datang ke kedai ini, lampu berjaya mempermainkan pengunjung. Ada sesekali terpadam dan berkelip-kelip.

Memandangkan kawasan sekitar adalah semak dan kebun, pengehadan pengcahayaan untuk kedai makan sebegini sebenarnya tidak sesuai melainkan memang tema anda seumpama rumah ustaz Adam filem munafik, untuk penjimatan bil eletrik.

Portion

Untuk portion lauk makanan selain teppan kambing memang terbaik. Cukup banyak tidak kedekut.

Informasi Pengunjung

Lokasi

Terletak di dalam Kg Sijangkang Telok Panglima Garang. Agak tersorok di tengah-tengah kampung namun tidak begitu sukar untuk ditemui.

Restoran Teppan Sijangkang,
Jalan Orkid, 
Kampung Sijangkang, 
42500 Telok Panglima Garang, 
Selangor



Harga Makanan

Teppan Ayam Bakar - RM4 (+RM1 untuk Nasi dan Sup Kosong)
Teppan Kambing Bakar - RM14 (+RM1 untuk Nasi dan Sup Kosong)

Masakan panas - Harga biasa di lain lain kedai 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad. Mula beroperasi dari jam 8 malam hingga 11 malam.
Kebanyakan public holiday kedai ini akan tutup.

Parkir

Cukup terhad. Disarankan datang bukan dengan bas atau kenderaan melebihi saiz sebuah kereta sedan beramai-ramai.

Anda fikir anda tahu Teppanyaki Daging Kambing dan Ayam Di Teppan Sijangkang ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.belangtarung.com/2018/11/teppanyaki-daging-kambing-dan-ayam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahan Perapan Yang Mudah Maka Terjadinya Resepi Daging Kambing Panggang Noxxa

Bahan Perapan Yang Mudah Maka Terjadinya Resepi Daging Kambing Panggang Noxxa

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 608 hits
AssalamualaikumSalam semua nak kongsi resepi daging kambing panggang dalam noxxa Sebenarnya tak pernah nak buat panggang dalam noxxa Kebetulan jiran bagi sikit daging kambing ni jadi kita pun cuba test panggang dalam noxxa jadi ke tidak Ora...
Mendag Enggar Harga Telur Dan Daging Ayam Berpotensi Naik Jelang Akhir Tahun

Mendag Enggar Harga Telur Dan Daging Ayam Berpotensi Naik Jelang Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 340 hits
Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita mengatakan permintaan warga akan meningkat menjelang dua perayaan besar tersebut Ini merupakan kondisi lumrah yang hampir tiap tahun terjadi
Jelang Akhir Tahun Harga Telur Mulai Naik Daging Ayam Stabil

Jelang Akhir Tahun Harga Telur Mulai Naik Daging Ayam Stabil

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 268 hits
Kenaikan harga daging dan telur ayam di akhir tahun sudah diprediksi sebelumnya Lonjakan harga tersebut disebabkan oleh tingginya permintaan menjelang hari raya Natal dan Tahun Baru Menteri Perdagangan Enggartiasto Lukita mengatakan permint...
Kari Ayam Untuk Kenduri

Kari Ayam Untuk Kenduri

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 1075 hits
AssalamualaikumSebenarnya dah lama nak share resepi sendiri ni Kari ayam atau orang Kedah sebut Gulai ayam Gulai ni sesuai untuk makan dengan pulut kuning ketupat palas atau roti jala Ini cara aku tapi resepi ni untuk kuantiti kenduri sebab...
5 Tepung Ayam Goreng Jamin Rangup Gurih

5 Tepung Ayam Goreng Jamin Rangup Gurih

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 1120 hits
Rahsia pada kulit ayam goreng yang rangup ialah tepungnya Tepung yang dimaksudkan ini bukanlah sekadar mencelup ayam ke dalam tepung yang kosong tetapi tepung yang diperisa dengan rempah ratus dan lebih lagi Namun begitu tahukah anda bahawa...
Nasi Mentega Bersama Filet Ayam Rangup

Nasi Mentega Bersama Filet Ayam Rangup

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 332 hits
Nasi Mentega Bawang Putih Saiz hidangan 6 Tempoh penyediaan 45 minit Bahan bahan 4 cawan beras basmathi 100g mentega 2 sudu besar perahan lemon 30ml minyak masak 10 ulas bawang putih dicencang halus Garam secukup rasa Cara Membuatnya 1 Basu...
Mulut Bau Buntut Ayam Ingat Aku Tak Semak Dengan Kau Berambus Ozlynn Wati

Mulut Bau Buntut Ayam Ingat Aku Tak Semak Dengan Kau Berambus Ozlynn Wati

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 594 hits
Ozlynn berasa rimas dengan segelintir pihak suka bertanya tanpa memikirkan perasaan orang lain PELAKON Ozlynn Wati menegur segelintir pihak yang suka mengambil tahu dan mempersoalkan kehidupan peribadinya Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlina...
Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Talib Taman Nusantara

Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Talib Taman Nusantara

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 854 hits
Jenjalan Cari Makan Nasi Ayam Talib Taman Nusantara Singgah late lunch jap lepas borong tempeyek kat Ulu Pulai TQ Anissa Alyssa manager yang belanja kami berdua makan tengah hari ni Terbaeekkk terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogg...
Kerangupan Ayam Goreng Korea Disaluti Sos Monster Yang Extra Pedas Di Jinjja Chicken

Kerangupan Ayam Goreng Korea Disaluti Sos Monster Yang Extra Pedas Di Jinjja Chicken

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 1063 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Maha tahu ramai memang suka sangat kalau dapat makan ayam goreng Korea yang enak lagi pedas Sebab tu sekarang ni Jinjja Chicken telah membuka cawan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game