Kerangupan Ayam Goreng Korea Disaluti Sos Monster Yang Extra Pedas Di Jinjja Chicken
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha tahu ramai memang suka sangat kalau dapat makan ayam goreng Korea yang enak lagi pedas. Sebab tu sekarang ni Jinjja Chicken telah membuka cawangan mereka di Kuala Lumpur untuk memberi kepuasan kepada pecinta makanan ayam goreng Korea ni. Lagi bertambah sedap bila ayam goreng tu disaluti dengan sos extra pedas daripada biasa
Maha sendiri dah pergi makan kat restoran ini dan memang betul ayam goreng yang disaluti sos MONSTER sangat pedas. Kalau korang tak kuat untuk makan pedas amaran jangan sekali-kali cuba. Tapi kalau betul-betul nak rasa boleh lah sekadar colek sahaja ayam goreng dengan sos pedas giler tu. Memang pedas tahap gaban dan tak boleh tahan punya akan berpeluh dibuatnya. Kalau korang kata makan Mee Samyang tu pedas tapi ayam ini dua kali ganda lagi pedas daripada mee tersebut ok. Kalau nak makan digalakkan menggunakan sarung tangan yang disediakan tau
Tapi kalau korang masih nak juga makan ayam goreng kat sini meraka ada juga dua lagi sos yang tidak pedas iaitu Soy Garlic dan Yangnyeom yang medium pedas. Korang pilih set dalam satu kotak seperti yang Maha makan ni korang boleh campuran dua sos untuk ayam goreng tu. Set Big Bang ini juga datang dengan Fries yang boleh pilih dari dua jenis sos serta ada empat ketul Mandu dan satu Chicken Kimbap
So satu kotak ni memang banyak ayam tu tak silap Maha ada 20 ketul dimana 16 chicken wing dan juga 4 drumstick. Juga set ini ada empat cawan minuman ringan jadi memang sesuai untuk makan empat orang dalam satu keluarga atau datang dengan kawan-kawan. Puas dan kenyang banyak sangat dalam satu set dan hari tu Maha siap bawa balik sebab tak boleh habis kerana ayam goreng sos pedas giler tu
Chicken Kimbap - RM15.90
Pilihan makanan lain korang boleh cuba kat sini seperti Burgers dimana burger ni ada dua pilihan iaitu Tofu atau Chicken. Maha makan hari tu burger daging ayam disalut sos yang sederhana pedas saiz pun sederhana besar sesuai untuk seorang makan. Menu lain yang menarik untuk korang cuba Maha cadangkan Bimbisalad. Campuran salad segar bersama dengan dua pilihan lain iaitu Tofu atau Chicken. Maha try hari tu yang chicken cara nak makan kena gaul semua bahan tu sekata dan baru makan ada rasa rangup-rangup dalamnya
Chicken Burger - RM15.90
Chicken Bimbisalad - RM15.90
Kalau korang suka yang lebih berkuah korang mesti kena cuba Army Stew ni. Dalam tu ada macam-macam bahan seperti sosej, kacang panggang, cendawan dan kepingan keju. Macam korang makan steamboat lah tapi dengan kuah sos yang sedikit pedas dan sedap untuk dimakan sewaktu masih panas. Korang boleh pilih juga untuk padankan makanan ni dengan nasi putih macam Maha pilih ni atau juga mee dan vermicelli.
Army Stew with rice - RM22.90
Bibim Bap Beef - RM17.90
Dah puas makan semua pedas dan panas kat sini korang mesti kena cuba dessert yang ada iaitu Mandu. Mandu ini adalah Dumpling Korea style dimana digoreng dan disalut dengan sos unik dan rasa rangup-rangup. Juga nak sejukkan perut korang kena order aiskrim kat sini yang ada dua perisa popular iaitu Charcoal Caramel berwarna hitam dan juga yang warna biru tu pula adalah perisa Vanilla. Maha suka yang perisa charcoal dan aisrkim ni hanya berharga RM2.90 sahaja satu cone.
Fried Mandu - RM12.90 (6pcs)
Charcoal Caramel Ice Cream - RM2.90
Restoran ini adalah satu konsep franchising daripada negara jiran Singapura, di mana yang telah mendapat persijilan Halal di sana dan di Malaysia ini mereka masih dalam proses permohonan jadi korang tak perlu bimbang untuk makan. Kalau korang nak beli sos mereka juga ada menjual beberapa perisa sos seperti Yangnyeom Sauce dan juga Gochujang Sauce.
Untungnya kalau korang seorang pelajar kerana ada diskaun RM5 untuk setiap Set Meals yang diorder. Hanya perlu bawa kat pelajar korang dan boleh nikmati diskaun ini, bestkan rasa macam nak belajar semula lak semata-mata nak makan kat sini hehehe. Suasana dalam restoran ini bagi Maha sangat menarik membawa kita kepada konsep seperti berada di negara Korea yang sebenar.
Kat sini kalau korang nak order perlu pergi kat kaunter order dan nanti mereka akan berikan kepada korang satu button. Setelah menu yang korang order itu telah siap dimasak button tu akan berbunyi dan korang perlu pergi ambil di kaunter yang disediakan. Macam restoran kat Korea semua konsep macam tu. Jadi tak perlu nak pergi jauh untuk makan hidangan Korea kat Malaysia dah ada yang Halal. So tunggu apa lagi pergi lah cuba dan nanti tinggalkan komen kat sini adakah ayam tu betul-betul pedas atau tidak ok. Selamat menjamu selera semua
Cawangan Jinjja Chicken di Malaysia:-
Jinjja Chicken Sunway Pyramid LG 2.47, Lower Ground Floor,3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor
Jinjja Chicken The Gardens LG-241A, Lower Ground Floor,The Gardens Mall,Mid Valley City, Kuala Lumpur.
Waktu operasi : 10.00pagi-10.00 malam setiap hari
Maklumat lanjut dan promosi layari :-Facebook : https://www.facebook.com/jinjjachickenmalaysia Instagram : https://www.instagram.com/jinjjachickenmalaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2018/11/kerangupan-ayam-goreng-korea-disaluti-sos-monster-jinjja-chicken.html