Tentu Dr M Tak Mahu Dikenang Sebagai Pemecah Melayu


Oleh Athirah Huda Zalhe
tyrazalhe 16/07/2019
Bagaimana merawat perasaan orang Melayu yang telah dihina Tun?

BANGI, 13 Zulkaedah 1440H, Selasa – Sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengejutkan negara berpelukan dengan seterunya, Lim Kit Siang, tidak mustahil perdana menteri membuat satu lagi kejutan, kembali ke tempat asal dan meninggalkan musuh ketatnya, demi menyatukan orang Melayu.

Bercakap perkara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya mengakui Dr Mahathir Mohamad sebenarnya mampu membentuk semula perpaduan dalam kalangan orang Melayu.

Beliau berkata, di usia 94 tahun, sudah pasti Dr Mahathir tidak mahu nama beliau dicatatkan dalam sejarah sebagai ‘pemecah bangsa Melayu’.

“Orang Melayu tidak akan mengampunkan beliau jika beliau pergi dalam keadaan nasib orang Melayu dihina dan dikeji bangsa lain.

“Jika ini berlaku, saya yakin 1,000 tahun lagi anak cucu orang Melayu akan terus mencemuh beliau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir mempelawa semua parti politik Melayu, termasuk UMNO, untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menguatkan kuasa politik orang Melayu.

Dr Mahathir berkata, banyaknya parti politik Melayu menyebabkan potensi untuk mereka menang dalam pilihan raya semakin tipis.

Mengulas seruan Dr Mahathir itu, Aminuddin berkata, sebagai rakyat khususnya orang Melayu, pelawaan untuk perpaduan pemimpin-pemimpin Melayu sememangnya menjadi doa dan harapan mereka setiap hari.

“Orang Melayu sudah muak melihat perpecahan yang berlaku. Kebimbangan bahawa hak mereka dan agama Islam akan terhakis kini menjadi kenyataan. Sedikit demi sedikit keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan agama Islam mula dirobek-robek.

“Orang Melayu tidak lagi sanggup menunggu lagi empat tahun untuk mengundi kembali kerana dalam empat tahun lagi seribu satu macam perkara boleh berlaku,” katanya.

Bagaimanapun, Aminuddin mempersoalkan keihklasan Dr Mahathir dalam menyatukan kuasa politik Melayu, sedangkan beliau sendiri yang memecahkannya dengan membentuk Bersatu.

“Jika semua parti Melayu (UMNO, PAS dan Bersatu) bergabung dalam satu gabungan baru, apa akan jadi pada PH? Bolehkah PKR dan DAP menerimanya?

“Saya tidak ada jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Sukar untuk kita menjangkakan apa yang sedang difikirkan oleh Tun,” katanya.

Aminuddin berkata, bukanlah perkara mengaibkan atau salah untuk pemimpin-pemimpin Melayu duduk semeja dan berfikir secara mendalam seruan Dr Mahathir itu.

“Sudah pasti di sana ada keburukan dan kebaikannya yang harus ditimbangi. Ada liku-liku yang harus ditempuhi terutama dalam meyakinkan rakyat bahawa ia akan membawa kebaikan kepada Melayu dan Islam.

“Bagaimana merawat perasaan orang Melayu yang telah dihina dan dilekehkan oleh Tun sebelum ini? Apakah gurisan ini mampu ditampung atau darahnya akan terus menitis dijiwa dan sanubari orang Melayu?,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/tentu-dr-m-tak-mahu-dikenang-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Pelawa Parti Melayu Sertai Bersatu Bagi Saya Niatnya Betul Sebagai Seorang Ayahanda Dan Ahli Negarawan Kj

Dr M Pelawa Parti Melayu Sertai Bersatu Bagi Saya Niatnya Betul Sebagai Seorang Ayahanda Dan Ahli Negarawan Kj

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 484 hits
Pelawaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar semua parti politik Melayu menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia mempunyai niat yang baik Bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata semua pihak perlu melihat pelawaan Pengerus...
Dr Mahathir Yang Racik Racik Melayu

Dr Mahathir Yang Racik Racik Melayu

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 256 hits
Orang Melayu tidak pandai politik bila nak jadi presiden sahaja tubuh parti baru demikianlah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohama pada sidang medianya baru baru ini Tun kata Orang Melayu bila nak jadi presiden sahaja buka parti baharu Memang be...
4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

4 Peristiwa Perpecahan Melayu Angkata Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 306 hits
HENTIKAN SANDIWARA PENYATUAN MELAYU DEMI SERAKAH KUASA Makin gawat nampaknya politik dalaman Pakatan Harapan sehinggakan Tun Mahathir begitu terdesak merayu parti parti Melayu menyertai PPBM atas nama penyatuan Melayu Ironinya orang yang me...
Bubar Bersatu Amanah Jika Tak Mahu Melayu Berpecah Kata Umno

Bubar Bersatu Amanah Jika Tak Mahu Melayu Berpecah Kata Umno

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 394 hits
Oleh SM AminPRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi menolak tawaran untuk parti itu menyertai Bersatu sebaliknya mendesak parti itu dan Amanah dibubarkan sekiranya tidak mahu kuasa politik Melayu terus berpecah Zahid berkata Umno tegas untuk tidak...
Google Tralste Mengumumkan Sokongan Terjemahan Teks Melalui Kamera Untuk Bahasa Melayu

Google Tralste Mengumumkan Sokongan Terjemahan Teks Melalui Kamera Untuk Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 344 hits
Fungsi secara masa nyata disokong oleh aplikasi Google Translate sejak tahun 2015 Pada awalnya hanya bahasa utama dunia seperti Inggeris Jepun Cina dan Perancis disokong Hari ini aplikasi Google Translate dikemaskini dan akhirnya boleh digu...
7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak Kos Pun Murah Aje Dari Mmyankees

7 Lauk Melayu Sempoi Mudah Dimasak Kos Pun Murah Aje Dari Mmyankees

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 543 hits
Lumrah orang Melayu walaupun citarasa sudah bercampur dengan aneka sajian kota lain tetapi lauk pauk Melayu tradisi pasti dicari Bahannya mudah kos pun rendah sajian yang mudah dan cepat dimasak Bagi Marazrin Martadha masakan Melayu tidak a...
7 Wasiat Raja Raja Melayu Yang Harus Dipegang Rakyat Malaysia

7 Wasiat Raja Raja Melayu Yang Harus Dipegang Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 506 hits
Generasi zaman sekarang mungkin kurang memahami apakah peranan sebenar badan di Raja dalam sistem pemerintahan negara kita apatah lagi apabila semakin banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada Sultan dan Raja oleh pihak pihak tertentu ata...
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Pelbagai Jawatan

Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Pelbagai Jawatan

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 433 hits
Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad Kerjakosong co berkongsi maklumat Jawatan Kosong Keretapi Tanah Melayu Berhad yang kini dibuka untuk semua warganegara Malaysia Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk mengisi ke...
Asia S Brightest Young Builders Crowned At Legoland School Challenge 2025

Uni Student 17 Falls To Death At Cyberjaya Condo

Senarai Syarikat Produk Jenama Popular Pro Israel

Restoran Suhaimi Ipoh Port Sarapan Pagi Legend

Naik Bas Dari Makkah Ke Kota Madinah

Throttles And Bottles Vtr Customs Nitrous Boosted Bmw R 12 Ninet

Sejarah Dan Asal Usul Flotilla Ke Gaza

Why Are Sweet Potatoes Considered So Healthy When They Are Extremely Sweet


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelebihan Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

Jalan Jalan Bandar Georgetown Chew Jetty

Genocide Di Gaza Fakta Terkini Dan Realiti Di Sebalik Tragedi

Daging Goreng Kunyit Versi Kering Dan Bab Sumud Flotila

Lirik Lagu Sumud Nusantara Fetya

Usa89 10 July Usa89 Top 30 By Iris