Tengok Dia Terus Jadi Suka Tak Mahu Hantaran Nak Sama Sama Kumpul Duit Majlis


“Tengok Dia Tiba-Tiba Jadi Suka” – Gadis Tak mahu Hantaran’, Hanya Nak Sama-Sama Kumpul Duit Buat Majlis! Ketika isu wang hantaran RM15,000 menjadi topik panas netizen, seorang gadis berkongsi kisah dia dan pasangannya saling membantu mengumpul wang RM10,000 untuk bajet perkahwinan mereka. Menurut gadis yang dikenali sebagai Nur Shahira Wahida, 22, dia tidak melihat tindakannya itu salah kerana dia berniat mahu meringankan beban suaminya, Wan Mohd Jabir, 28, untuk mempercepatkan perkahwinan mereka.
BACA: “Cari Rezeki halal..” – Pagi kerja Lazada, Petang Bawa Grab Food, Lelaki Ini Gigih Cari Rezeki Demi Keluarga
“Kos kenduri dan persiapan kahwin kami makan belanja RM10,000. Nak kahwin sama-sama jadi kami kongsi… kumpul RM5,000 seorang dalam masa dua bulan. Tak salah pun nak buat macam tu.
Setuju Kedua-dua belah pihak
“Bagi saya kahwin ni untuk kedua-dua belah pihak. Ikut mana kita nak tolong lagi pun itu suami kita juga nanti. Saya tolong half-half untuk mudahkan urusan dia halalkan hubungan kami,” katanya.
Malah gadis berasal dari Kampung Padang Lalang, Langkawi, Kedah itu mendedahkan perkahwinannya pada 28 Jun lalu juga diadakan secara sederhana tanpa ada wang hantaran mahupun barang hantaran. Jawapan Eiyra kepada pertanyaan netizen mengenai bajet perkahwinannya menjadi tular di Twitter.
Hairan Tidak Mahu Hantaran
“Pada awalnya suami hairan kenapa saya tak mahu hantaran. Saya kata itu tak penting. Lagipun hantaran hanya adat semata-mata dan yang wajibnya cuma mas kahwin. Jadi majlis kami ringkas sahaja. Saya hanya terima mas kahwin RM2,000 dari suami. Nasiblah keluarga suami juga tak strict bab adat. Jadi saya rasa bertuah dapat ahli keluarga yang memahami,” kata Nur Shahira yang turut mengusahakan sebuah restoran di Langkawi bersama kakaknya.
Nur Shahira atau mesra disapa Eiyra berkata dia turut membelanjakan sekitar RM6,000 untuk makanan kepada 1,000 jemputan ke kenduri perkahwinannya.
Kos Katering
“Ada netizen pertikai kos katering murah sampai ada yang kata harga tak masuk akal. Tapi sebenarnya saya tak guna khidmat katering. Dekat kampung saya guna cara merewang. Kiranya adik-beradik dan orang kampung tolong masakkan lauk kenduri sebab tu murah.
“Abah hanya minta RM6,000 untuk makanan kenduri. Itu dah termasuk bayar upah pekerja yang tolong waktu kenduri kami,” katanya. Eiyra bertemu dengan suaminya dalam satu kem keusahawanan pada Mac tahun lalu.
Pada masa sama, Eiyra enggan ambil peduli tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan pelamin, bunga telur, lukisan henna, kek dan juga bunga tangannya yang ditaja pihak tertentu.
Saya hairan mereka kecam pasal sponsor padahal saya ada juga nyatakan pasal tak perlu hantaran. Bagi saya itu rezeki nak kahwin. Alhamdulillah. Saya tak kisah orang nak cakap bukan-bukan sebab saya bukan jenis berfikiran negatif. Kawan-kawan kenal saya sentiasa positif.
Tak Perlu Tunjuk Mewah
Tak perlu nak tunjuk mewah dekat kawan-kawan. Cukup sekadar yang mampu sahaja dan abaikan mulut orang. Apa yang saya kongsi tu hanyalah sebagai motivasi kepada orang lain. Orang kampung pun ok dengan cara kami. Jadi abaikan mulut orang, ambil yang positif sahaja,” katanya.
Ditanya mengenai detik perkenalan dengan suaminya, anak ketiga daripada empat beradik itu mendedahkan mereka bertemu dalam satu kem keusahawanan pada Mac tahun lalu. Saya sama macam suami jenis tak mudah jatuh cinta dengan orang. Tapi bila tengok suami tiba-tiba jadi suka. Mungkin tu jodoh kami.
Jatuh Hati Pada Suami
“Saya suka cara dia bercakap. Sebenarnya suami saya seorang peguam tapi masa dua bulan kenal tu saya tak tahu pun dia peguam,” katanya. Sementara itu, Eiyra turut menasihati bakal pengantin supaya berbelanja untuk majlis perkahwinan mengikut kemampuan masing-masing.
“Bagi saya kehidupan selepas kahwin itu lebih penting. Jadi biarlah kita buat kenduri secara sederhana, itu lebih baik. Tak perlu nak tunjuk mewah dekat kawan-kawan. Cukup sekadar yang mampu sahaja dan abaikan mulut orang,” katanya.
Sumber: Mstar
The post “Tengok Dia Terus Jadi Suka” – Tak Mahu Hantaran, Nak Sama-Sama Kumpul Duit Majlis! appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/tengok-dia-terus-jadi-suka-tak-mahu-hantaran-nak-sama-sama-kumpul-duit-majlis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Licin Akaun Bank Ayah Kau Kerjakan Anak Habiskan Duit Bapa Ngidam Nak Beli Messi

Sampai Licin Akaun Bank Ayah Kau Kerjakan Anak Habiskan Duit Bapa Ngidam Nak Beli Messi

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 467 hits
Bermain permainan video menjadi kegilaan ramai terutama anak muda termasuk kanak kanak pada hari ini Ibu bapa kini nampaknya sudah mempunyai pandangan berbeza mengenai permainan video apabila anak anak lebih bebas malah ada yang mendapat so...
Kalau Ada Jodoh Saya Memang Nak Terus Kahwin

Kalau Ada Jodoh Saya Memang Nak Terus Kahwin

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 203 hits
Orangnya memang cantik sudah tentu ramai lelaki impikan untuk menjadi kekasih penyanyi wanita ini Namun Kilafairy mengakui dia lebih selesa hidup solo The post appeared first on
Baru Nak Joget Sama Suami Dah Sampai Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

Baru Nak Joget Sama Suami Dah Sampai Gelagat Lucu Keluarga Ini Usik Hati Netizen

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 363 hits
Apabila ada sahaja majlis keramaian seperti kenduri kahwin dan majlis makan malam sudah pasti ia dijadikan peluang untuk seluruh ahli keluarga untuk meluangkan masa bersama Lazimnya setiap keluarga besar sudah pasti akan ada seorang dua yan...
Fed Up Jadi Gemuk Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama Sama

Fed Up Jadi Gemuk Satu Keluarga Nekad Nak Kurus Dan Sado Sama Sama

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 618 hits
Keluarga bahagia dan kesihatan yang baik merupakan antara komponen penting dalam hidup seseorang dalam mencapai kehidupan yang bermakna Dalam kesibukan mengejar material ramai orang terlupa nikmat keluarga dan kesihatan sehingga mengabaikan...
Video Suka Sangat Ayam Goreng Gadis Ini Terima Hantaran Ayam Kfc Dari Tunang

Video Suka Sangat Ayam Goreng Gadis Ini Terima Hantaran Ayam Kfc Dari Tunang

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 534 hits
Zaman sekarang sudah menjadi trend untuk pasangan membuat majlis pertunangan dengan bermewah mewah Malah ada yang sanggup mengikat perut dan berjimat semata mata mahu mengeluarkan belanja yang besar pada majlis pertunangan Namun berbeza den...
Nak Suapkan Makanan Pada Anak Orang Jangan Suka Hati Je Minta Izin Mamanya Dulu Takut Tersalah Bagi

Nak Suapkan Makanan Pada Anak Orang Jangan Suka Hati Je Minta Izin Mamanya Dulu Takut Tersalah Bagi

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 452 hits
Kita selalu tak perasan akan hal ini Kita ingat kita terlebih prihatin dan berikan makanan pada anak anak orang lain untuk gembirakan dia tetapi rupanya tak disenangi oleh kedua ibu bapa Jangan salah faham bukan tidak suka sebaliknya kena b...
Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

Anak 2 Tahun Pandai Berkawan Tapi Suka Main Tolak Tolak Mama Jangan Marah Ada Caranya Nak Tegur

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 633 hits
Melihat perkembangan anak kecil kita yang sudah pandai berkawan dan berinteraksi pada usia dua tahun memang seronok Mama pun rasa lega bila anak dah pandai bergaul dengan rakan rakan Namun satu hal yang sentiasa membuatkan mama risau bila m...
Sama Sama Meninggal Sebab Strok Genap 24 Jam Selepas Pemergian Bapa Anak Tunggal Menyusul Yon Terkejut Terus Sawan

Sama Sama Meninggal Sebab Strok Genap 24 Jam Selepas Pemergian Bapa Anak Tunggal Menyusul Yon Terkejut Terus Sawan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 369 hits
Sama sama meninggal sebab strok Genap 24 jam selepas pemergian bapa anak tunggal menyusul Yon terkejut terus sawan
Saya Nak Semua Orang New York Pun Suka Makan Maggi Kari Malaysia

Saya Nak Semua Orang New York Pun Suka Makan Maggi Kari Malaysia

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 576 hits
Apabila bercakap mengenai mi segera sudah pastinya ramai yang telah menikmati makanan yang sangat mudah untuk disediakan ini Penyediaannya yang ringkas dan kos yang lebih murah menyebabkan makanan ini sentiasa menjadi pilihan bagi golongan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner